Kes dikompaun pada 2020
Untitled Document
Bil. Jenis Kesalahan Pesalah Fakta Kes Kompaun Ditawarkan
1.

Mengemukakan maklumat yang mengelirukan kepada SC berhubung satu cadangan

Lim Kim Hai (Lim KH)

Lim KH dikenakan pertuduhan kerana melakukan kesalahan di bawah seksyen 32B (1) (a) (aa) yang dibaca bersama seksyen 138 (2) SCA ketika GP Ocean dikemukakan melalui Alliance Merchant Bank Bhd, maklumat yang mengelirukan kepada SC yang terkandung dalam Laporan Pengarah dan Penyata Kewangan 31 Januari 2006 GP Ocean. Maklumat ini dikehendaki dikemukakan kepada SC berhubung cadangan GP Ocean untuk disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia Securities Bhd.

Lim KH dikenakan pertuduhan di Mahkamah Sesyen pada 22 Mei 2007. Pada 6 Januari 2011, Mahkamah Sesyen membebaskan dan melepaskannya. Pihak pendakwaan kemudian membuat rayuan kepada Mahkamah Tinggi, yang pada 14 Februari 2017, membatalkan pembebasan tersebut dan memerintahkan Lim KH agar membela diri atas pertuduhan terhadapnya.
Pada 28 Mac 2018, Mahkamah Sesyen membebaskan Lim KH pada akhir kes Pembelaan.

Pada 9 April 2018, Pendakwaan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi terhadap pembebasan tersebut.

Pada 11 Ogos 2020, dengan persetujuan Pendakwa Raya, Lim KH membayar kompaun jenayah sebanyak RM300,000.

Pada 18 Ogos 2020, rayuan tersebut ditarik balik.

2.

Mengemukakan maklumat yang mengelirukan kepada SC berhubung satu cadangan

Lee Sin Teck (Lee ST)

Lee ST dikenakan pertuduhan kerana melakukan kesalahan di bawah seksyen 32B(1)(a)(aa) yang dibaca bersama seksyen 138 (2) SCA ketika GP Ocean dikemukakan melalui Alliance Merchant Bank Bhd, maklumat yang mengelirukan kepada SC yang terkandung dalam Laporan Pengarah dan Penyata Kewangan 31 Januari 2006 GP Ocean. Maklumat ini dikehendaki dikemukakan kepada SC berhubung cadangan GP Ocean untuk disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia Securities Bhd.

Lee ST dikenakan pertuduhan di Mahkamah Sesyen pada 22 Mei 2007. Pada 6 Januari 2011, Mahkamah Sesyen membebaskan dan melepaskannya. Pihak pendakwaan kemudian membuat rayuan kepada Mahkamah Tinggi, yang pada 14 Februari 2017, membatalkan pembebasan tersebut dan memerintahkan Lee ST agar membela diri atas pertuduhan terhadapnya.
Pada 28 Mac 2018, Mahkamah Sesyen membebaskan Lee ST pada akhir kes Pembelaan.

Pada 9 April 2018, Pendakwaan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi terhadap pembebasan tersebut.

Pada 11 Ogos 2020, dengan persetujuan Pendakwa Raya, Lee ST membayar kompaun jenayah sebanyak RM300,000.

Pada 18 Ogos 2020, rayuan tersebut ditarik balik.

3.

Mengemukakan maklumat yang mengelirukan kepada SC berhubung satu cadangan

Tan Siok Wan (Tan SW)

Tan SW dikenakan pertuduhan kerana melakukan kesalahan di bawah seksyen 32B(1)(a)(aa) yang dibaca bersama seksyen 138 (2) SCA ketika GP Ocean dikemukakan melalui Alliance Merchant Bank Bhd, maklumat yang mengelirukan kepada SC yang terkandung dalam Laporan Pengarah dan Penyata Kewangan 31 Januari 2006 GP Ocean. Maklumat ini dikehendaki dikemukakan kepada SC berhubung cadangan GP Ocean untuk disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia Securities Bhd.

Tan SW dikenakan pertuduhan di Mahkamah Sesyen pada 22 Mei 2007. Pada 6 Januari 2011, Mahkamah Sesyen membebaskan dan melepaskannya. Pihak pendakwaan kemudian membuat rayuan kepada Mahkamah Tinggi, yang pada 14 Februari 2017, membatalkan pembebasan tersebut dan memerintahkan Tan SW agar membela diri atas pertuduhan terhadapnya.

Pada 28 Mac 2018, Mahkamah Sesyen membebaskan Tan SW pada akhir kes Pembelaan.
Pada 9 April 2018, Pendakwaan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi terhadap pembebasan tersebut.

Pada 11 Ogos 2020, dengan persetujuan Pendakwa Raya, Tan SW membayar kompaun jenayah sebanyak RM300,000.

Pada 18 Ogos 2020, rayuan tersebut ditarik balik.

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup