Penyelesaian Kawal Selia pada 2015
Penyelesaian Pengawalseliaan bersama Chan Chee Beng
Pada 15 Disember 2015, Chan Chee Beng mencapai penyelesaian dengan SC berjumlah RM1,944,438.78 apabila dia bersetuju tanpa pengakuan atau penafian liabiliti, untuk menyelesaikan cadangan tuntutan yang dimulakan oleh SC terhadapnya kerana berkomunikasi tentang maklumat material bukan awam yang bertentangan dengan seksyen 89E (3) Akta Perindustrian Sekuriti (“SIA”) kepada mendiang isterinya Yeoh Phaik Choo yang kemudiannya menjalankan dagangan waran Maxis Communications Bhd (“Maxis”) antara 23 April 2007 dan 27 April 2007. Maklumat tersebut berkaitan dengan pemberitahuan daripada Usaha Tegas Sdn Bhd (UTSB), pemegang saham utama Maxis bahawa UTSB dan sekutu-sekutunya berhasrat untuk membuat tawaran am sukarela melalui perantara kegunaan khas untuk semua saham biasa Maxis, seperti yang dinyatakan dalam pengumuman yang dibuat oleh Maxis kepada Bursa Malaysia 30 April 2007. Berikutan pengumuman ini, Maxis seterusnya mengumumkan pada 3 Mei 2007 butiran tawaran pengambilalihan bersyarat termasuk harga tawaran sebanyak RM15.60 bagi setiap saham yang ditawarkan. Penyelesaian itu dicapai berikutan surat tuntutan SC menurut kuasa penguatkuasaan sivilnya di bawah undang-undang sekuriti, di mana, jumlah yang perlu dibayar oleh Chan adalah bersamaan dengan 1.5 kali ganda perbezaan antara harga Yeoh membeli waran panggilan tersebut dengan harga yang sepatutnya diperolehi sekiranya maklumat tersebut boleh didapati secara umum. Wang yang diperolehi kembali akan digunakan mengikut seksyen 90A (7) SIA. Ketika kesalahan tersebut dilakukan, Chan merupakan pengarah eksekutif UTSB dan juga pengarah bukan eksekutif Maxis.
Penyelesaian Pengawalseliaan bersama Pang Soo Ling

Pada 23 Mac 2015, Pang Soo Lin mencapai penyelesaian dengan SC berjumlah RM71,224.50 apabila dia bersetuju tanpa pengakuan atau penafian liabiliti, untuk menyelesaikan cadangan tuntutan yang dimulakan oleh SC terhadapnya kerana kesalahan dagangan orang dalam ke atas saham Putrajaya Perdana Bhd antara 12 Julai 2007 hingga 8 Ogos 2007, bertentangan dengan seksyen 89E (2) Akta Perindustrian Sekuriti (SIA). Maklumat dalaman tersebut berkaitan dengan penjualan saham Putrajaya Perdana Bhd (PPB) yang dipegang oleh Eastern & Oriental Bhd (“E&O”) dan anak-anak syarikat milik penuhnya, iaitu Dynamic Degree Sdn Bhd dan Matrix Promenade Sdn Bhd kepada Swan Symphony Sdn Bhd (SSSB) pada RM2.90 sesaham PPB, seperti yang dinyatakan dalam pengumuman yang dibuat oleh E&O kepada Bursa Malaysia pada 8 Ogos 2007. Dinyatakan juga dalam pengumuman tersebut bahawa SSSB perlu memenuhi obligasinya di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 dan Kod Pengambilalihan dan Percantuman Malaysia 1998 dengan membuat tawaran am untuk semua sekuriti dalam PPB yang tidak pernah dimiliki oleh SSSB dan mana-mana pihak yang bertindak bersama pada tarikh penjualan dan pembelian saham PPB dimuktamadkan. Penyelesaian itu dicapai berikutan surat tuntutan SC menurut kuasa penguatkuasaan sivilnya di bawah undang-undang sekuriti, di mana jumlah yang perlu dibayar oleh Pang adalah bersamaan dengan tiga kali ganda perbezaan antara harga saham telah diperolehi dengan harga saham yang sepatutnya diperolehi sekiranya maklumat tersebut boleh didapati secara umum. Wang yang diperolehi kembali akan digunakan mengikut seksyen 90A (7) SIA.

Penyelesaian Pengawalseliaan bersama Sip Way Keong
Pada 23 Mac 2015, Sip Way Keong mencapai penyelesaian dengan SC berjumlah RM71,224.50 apabila dia bersetuju tanpa pengakuan atau penafian liabiliti, untuk menyelesaikan cadangan tuntutan yang dimulakan oleh SC terhadapnya kerana berkomunikasi tentang maklumat material bukan awam, bertentangan dengan seksyen 89E (3) Akta Perindustrian Sekuriti (SIA) kepada isterinya, Pang Soo Ling, yang kemudiannya menjalankan dagangan saham PPB antara 12 Julai 2007 hingga 8 Ogos 2007.  Maklumat tersebut berkaitan dengan penjualan saham PPB yang dipegang oleh E&O dan anak-anak syarikat milik penuhnya, iaitu Dynamic Degree Sdn Bhd dan Matrix Promenade Sdn Bhd kepada SSSB pada RM2.90 sesaham PPB, seperti yang dinyatakan dalam pengumuman yang dibuat oleh E&O kepada Bursa Malaysia pada 8 Ogos 2007. Dinyatakan juga dalam pengumumannya bahawa SSSB perlu memenuhi obligasinya di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 dan Kod Pengambilalihan dan Percantuman Malaysia 1998 dengan membuat tawaran am untuk semua sekuriti dalam PPB yang tidak pernah dimiliki oleh SSSB dan mana-mana pihak yang bertindak bersama pada tarikh penjualan dan pembelian saham PPB dimuktamadkan. Penyelesaian itu dicapai berikutan surat tuntutan SC menurut kuasa penguatkuasaan sivilnya di bawah undang-undang sekuriti, di mana jumlah yang perlu dibayar oleh Sip adalah bersamaan dengan tiga kali ganda perbezaan antara harga saham yang diperolehi oleh Pang dengan harga saham yang sepatutnya diperolehi sekiranya maklumat tersebut boleh didapati secara umum. Wang yang diperolehi kembali akan digunakan mengikut seksyen 90A(7) SIA.  Ketika kesalahan tersebut dilakukan Sip merupakan Pengarah Kewangan Korporat AmInvestment Bank Bhd.
Penyelesaian Pengawalseliaan bersama Puan Chan Cheong

Pada 16 Februari 2015, Puan Chan Cheong (“Puan CC”) mencapai penyelesaian dengan SC berjumlah RM475,531.92 apabila dia bersetuju tanpa pengakuan atau penafian liabiliti, untuk menyelesaikan satu cadangan tuntutan oleh SC terhadapnya kerana dagangan orang dalam bagi saham Inti Universal Holdings Bhd (“Inti”) pada 18 dan 19 September 2007, bertentangan dengan seksyen 89E (2) Akta Perindustrian Sekuriti (“SIA”). Maklumat dalaman tersebut adalah berkaitan dengan notis yang telah disampaikan kepada Inti oleh pemegang saham kawalannya, Inti Supreme Holdings Sdn Bhd (“Inti Supreme”) pada 18 September 2007 bahawa Inti Supreme telah menerima cadangan daripada Laureate Education, Inc. untuk memperoleh kepentingan kawalan dalam Inti dengan agregat pembayaraan bagi pembelian berjumlah RM126.6 juta iaitu dengan harga RM1.20 sesaham Inti, yang kemudiannya dinyatakan dalam pengumuman yang dibuat oleh Inti kepada Bursa Malaysia pada 19 September 2007.

Penyelesaian itu dicapai berikutan surat tuntutan SC menurut kuasa penguatkuasaan sivilnya di bawah undang-undang sekuriti, yang mana jumlah yang perlu dibayar oleh Puan adalah bersamaan dengan tiga kali ganda perbezaan antara harga saham telah diperolehi dengan harga yang sepatutnya saham itu diperolehi sekiranya maklumat itu boleh didapati secara umum. Wang yang diperolehi kembali akan digunakan mengikut seksyen 90A (7) SIA

Penyelesaian Pengawalseliaan bersama Puan Chan Cheong dan Loo Poh Keng
Pada 16 Februari 2015, Puan Chan Cheong dan Loo Poh Keng mencapai penyelesaian dengan SC sebanyak RM302.727 apabila mereka bersetuju tanpa pengakuan atau penafian liabiliti, untuk menyelesaikan tuntutan oleh SC terhadap mereka atas kesalahan dagangan orang dalam bagi saham Inti pada 19 September 2007, bertentangan dengan seksyen 89E(2) Akta Perindustrian Sekuriti (SIA). Maklumat material bukan awam tersebut adalah berkaitan dengan satu notis yang telah disampaikan kepada Inti oleh pemegang saham kawalan, Inti Supreme pada 18 September 2007 bahawa Inti Supreme telah menerima cadangan daripada Laureate Education, Inc. untuk memperoleh kepentingan kawalan dalam Inti dengan agregat pembayaran bagi pembelian berjumlah RM126.6 juta iaitu dengan harga RM1.20 sesaham Inti, yang kemudiannya dinyatakan dalam pengumuman yang dibuat oleh Inti kepada Bursa Malaysia pada 19 September 2007. Penyelesaian itu dicapai berikutan surat tuntutan SC menurut kuasa penguatkuasaan sivilnya di bawah undang-undang sekuriti, di mana jumlah wang yang perlu dibayar oleh Puan dan Loo adalah bersamaan dengan tiga kali ganda perbezaan antara harga saham diperolehi dengan harga saham sepatutnya diperolehi jika maklumat tersebut boleh didapati secara umum. Wang yang diperolehi kembali akan digunakan mengikut seksyen 90A (7) SIA.
Penyelesaian Pengawalseliaan bersama Puan Kam Fook

Pada 16 Februari 2015, Puan Kam Fook (“Puan KF”) mencapai  penyelesaian dengan SC sebanyak RM218,520 apabila dia bersetuju tanpa pengakuan atau penafian liabiliti, untuk menyelesaikan cadangan tuntutan oleh SC terhadapnya kerana dagangan orang dalam bagi saham Inti pada 17 dan 19 September 2007, bertentangan dengan seksyen 89E(2) Akta Perindustrian Sekuriti (“SIA”). Maklumat dalaman tersebut adalah berkaitan dengan notis yang telah disampaikan kepada Inti oleh pemegang saham kawalannya, Inti Supreme pada 18 September 2007 bahawa Inti Supreme telah menerima cadangan daripada Laureate Education, Inc. untuk memperoleh kepentingan kawalan dalam Inti dengan agregat pembayaran bagi pembelian agregat RM126.6 juta iaitu dengan harga RM1.20 sesaham Inti, yang kemudiannya dinyatakan dalam pengumuman yang dibuat oleh Inti kepada Bursa Malaysia pada 19 September 2007.

Penyelesaian di atas dicapai berikutan surat tuntutan oleh SC menurut kuasa penguatkuasaan sivilnya di bawah undang-undang sekuriti, di mana jumlah wang yang perlu dibayar oleh Puan KF adalah bersamaan dengan tiga kali ganda perbezaan antara harga yang mana saham telah diperolehi dengan harga saham itu sepatutnya diperolehi, sekiranya maklumat tersebut boleh didapati secara umum. Wang yang diperolehi kembali akan digunakan mengikut seksyen 90A (7) SIA.

HUBUNGI KAMI
HOTLINE: +603-6204 8000
PAUTAN BERKAITAN
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia    |    Hubungi Kami    |    Penolak Tuntutan    |    Paparan laman yang lebih baik menggunakan Internet Explorer 11 dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup