Penyelesaian Pengawalseliaan bersama Teng Choon Kwang dan Tan Boon Hwa |
---|
Pada 15 Mac 2016, Teng Choon Kwang dan Tan Boon Hwa mencapau penyelesaian dengan SC berjumlah RM293,502 apabila mereka bersetuju tanpa pengakuan atau penafian liabiliti untuk menyelesaikan cadangan tuntutan oleh SC terhadap mereka kerana dagangan orang dalam saham Inti Universal Holdings Bhd (Inti) antara 13 September dan 18 September 2007, yang bertentangan dengan seksyen 89E(2) SIA. Maklumat dalaman tersebut adalah berkaitan dengan cadangan daripada Laureate Education, Inc. untuk memperolehi kepentingan kawalan dalam Inti dengan agregat pembayaran bagi pembelian berjumlah RM126.6 juta, iaitu RM1.20 sesaham Inti. Maklumat ini kemudiannya dinyatakan dalam pengumuman oleh Inti kepada Bursa Malaysia pada 19 September 2007. |