Penyelesaian Kawal Selia bersama Tan Shao Wei |
---|
Pada 19 Disember 2017, Tan Shao Wei (“Shao Wei”) mencapai penyelesaian dengan SC berjumlah RM112,420.00 apabila dia bersetuju tanpa pengakuan atau penafian liabiliti untuk menyelesaikan cadangan tuntutan oleh SC ke atasnya kerana menyampaikan maklumat dalaman yang bercanggah dengan seksyen 188(3) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (“CMSA”). Dia memaklumkan kepada suaminya, Tom Tan Chee Kwong (“Tom”) dan adiknya, Tan Eng Kean (“Tan”), yang mana kedua-duanya kemudian masing-masing telah memperoleh sebanyak 4,000 dan 5,000 saham PacificMas Berhad (“PacMas”) pada 4 Januari 2008. Jumlah sebanyak RM112,420.00 yang perlu dibayar tersebut adalah bersamaan 3 kali perbezaan harga saham yang diperolehi Tom dan Tan dan harga yang sepatutnya saham itu dijual ketika pemerolehan sekiranya maklumat tersedia secara umum, serta penalti sivil sebanyak RM100,000 yang dikenakan oleh SC. Maklumat dalaman tersebut adalah berkaitan dengan cadangan tawaran pengambilaalihan bersyarat oleh OSPL Holdings Sdn Bhd (“OSPL”) untuk memperoleh kesemua saham mengundi dalam PacMas yang tidak pernah dimiliki oleh OSPL yang diumumkan pada 4 January 2008. Pada ketika itu, Shao Wei merupakan kakitangan CIMB Investment Bank Berhad. Penyelesaian tersebut dicapai berikutan dari surat tuntutan yang dihantar oleh SC menurut kuasa penguatkuasaan sivil di bawah undang-undang sekuriti.
|
Penyelesaian Kawal Selia bersama Soon Leh Hong |
---|
Pada 21 Ogos 2017 2017, Soon Leh Hong (“Soon LH”) mencapai penyelesaian dengan SC berjumlah RM41,744.00 apabila dia bersetuju tanpa pengakuan atau penafian liabiliti untuk menyelesaikan cadangan tuntutan oleh SC ke atasnya kerana menyampaikan maklumat dalaman yang bercanggah dengan seksyen 188(3) CMSA kepada abangnya, Soon Koon Cheng (“Soon KC”). Maklumat dalaman tersebut adalah berkaitan dengan M3nergy Bhd’s (“M3nergy”) menerima Notis Tawaran Pengambilalihan Sukarela Bersyarat daripada Melewar Equities (BVI) Ltd yang telah diumumkan kepada Bursa Malaysia pada12 September 2008. Soon KC telah memperoleh 80,000 unit saham M3nergy dalam akaunnya sendiri pada tarikh yang sama sebelum pengumuman tersebut. Pada ketika itu, Soon LH merupakan Ketua Pegawai Kewangan Melewar Industrial Group Bhd. Penyelesaian tersebut dicapai berikutan dari surat tuntutan yang dihantar oleh SC menurut kuasa penguatkuasaan sivil di bawah undang-undang sekuriti. Jumlah yang perlu dibayar oleh Soon LH adalah bersamaan dengan dua kali perbezaan harga saham diperoleh oleh Soon KC dan harga yang sepatutnya saham itu diperolehi ketika pemerolehan, sekiranya maklumat tersedia secara umum. Wang yang diperolehi semula akan digunakan menurut seksyen 201(7) CMSA. |
Penyelesaian Kawal Selia bersama Soon Koon Cheng |
---|
Pada 21 Ogos 2017 2017, Soon KC mencapai penyelesaian dengan SC berjumlah RM41,744.00 apabila beliau bersetuju tanpa pengakuan atau penafian liabiliti untuk menyelesaikan tuntutan yang dicadangkan oleh SC ke atasnya kerana memperoleh saham M3nergy Bhd (“M3nergy”) ketika memiliki maklumat dalaman yang bercanggah dengan seksyen 188(3) CMSA. Maklumat dalaman tersebut adalah berkaitan dengan M3nergy Bhd’s (“M3nergy”) menerima Notis Tawaran Pengambilalihan Sukarela Bersyarat daripada Melewar Equities (BVI) Ltd yang telah diumumkan kepada Bursa Malaysia pada 12 September 2008. Soon KC telah memperoleh 80,000 unit saham M3nergy dalam akaunnya sendiri pada 12 September 2008 sebelum pengumuman tersebut. Penyelesaian tersebut dicapai berikutan dari surat tuntutan yang dihantar oleh SC menurut kuasa penguatkuasaan sivil di bawah undang-undang sekuriti. Jumlah yang perlu dibayar oleh Soon KC adalah bersamaan dengan dua kali perbezaan harga saham diperoleh dan harga yang sepatutnya saham itu diperolehi ketika pemerolehan, sekiranya maklumat tersedia secara umum. Wang yang diperolehi semula akan digunakan menurut seksyen 201(7) CMSA. |
Penyelesaian Kawal Selia bersama Lee Tian Wah @ Lim Siew Wah |
---|
Pada 30 Jun 2017, Lee Tian Wah @ Lim Siew Wah mencapai penyelesaian dengan SC berjumlah RM215,890.00 apabila beliau bersetuju tanpa pengakuan atau penafian liabiliti untuk menyelesaikan cadangan tuntutan an oleh SC ke atasnya kerana kesalahan dagangan orang dalam bagi saham APL Industries Bhd (APLI) pada 30 dan 31 Oktober 2007 melalui akaun miliknya dan milik isterinya, Lai Moi, yang bercanggah dengan seksyen 188(2) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (“CMSA”). Maklumat dalaman tersebut adalah berkaitan dengan pelarasan audit yang dicadangkan oleh juruaudit APLI yang akan menyebabkan APLI melaporkan kerugian yang lebih tinggi bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2007 berbanding keputusan suku keempat tidak teraudit bagi tahun kewangan yang sama yang telah dilaporkan sebelum itu, dan APLI akan diklasifikasikan sebagai penerbit terjejas menurut Keperluan Penyenaraian Bursa Malaysia Securities Bhd dan Nota Amalan 17/2005 yang telah diumumkan pada 31 Oktober 2007. Penyelesaian tersebut dicapai berikutan dari surat tuntutan yang dihantar oleh SC menurut kuasa penguatkuasaan sivil di bawah undang-undang sekuriti, di mana jumlah yang perlu dibayar oleh Lee TW adalah bersamaan dengan dua kali perbezaan harga saham dijual dan harga yang sepatutnya saham itu dijual ketika penjualan, sekiranya maklumat tersedia secara umum. Wang yang diperolehi semula akan digunakan menurut seksyen 201(7) CMSA. |
Penyelesaian Kawal Selia bersama Lim Lee Kuan |
---|
Pada 30 Jun 2017, Lim LK mencapai penyelesaian dengan SC berjumlah RM323,835.00 apabila beliau bersetuju tanpa pengakuan atau penafian liabiliti untuk menyelesaikan cadangan tuntutan oleh SC ke atasnya kerana menyampaikan maklumat dalaman yang bercanggah dengan seksyen 188(3) CMSA kepada bapanya, Lee TW yang kemudian berdagang dalam saham APL Industries Bhd (“APLI”) pada 30 dan 31 Oktober 2007 melalui akaun miliknya dan milik isterinya, Lai Moi. Maklumat dalaman tersebut adalah berkaitan dengan pelarasan audit yang dicadangkan oleh juruaudit APLI yang akan menyebabkan APLI melaporkan kerugian yang lebih tinggi bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2007 berbanding dengan keputusan suku tahun keempat tidak teraudit bagi tahun kewangan yang sama yang telah dilaporkan sebelum itu dan APLI akan diklasifiksikan sebagai penerbit terjejas menurut Keperluan Penyenaraian Bursa Malaysia Securities Bhd dan Nota Amalan 17/2005 yang telah diumumkan pada 31.10.2007. Pada ketika itu, Lim LK merupakan setiausaha syarikat APLI. Penyelesaian tersebut dicapai berikutan dari surat tuntutan yang dihantar oleh SC menurut kuasa penguatkuasaan sivil di bawah undang-undang sekuriti, di mana jumlah yang perlu dibayar oleh Lim LK adalah bersamaan dengan 3 kali perbezaan harga saham yang dijual oleh Lee TW dan harga yang sepatutnya saham itu dijual ketika penjualan, sekiranya maklumat tersedia secara umum. Wang yang diperolehi semula akan digunakan menurut seksyen 201(7) CMSA. |
Penyelesaian Kawal Selia bersama Yeoh Soo Ann and Chua Choon Chai |
---|
Pada 11 Mei 2017, Yeoh SA mencapai penyelesaian dengan SC bagi jumlah RM78,000.00 apabila beliau bersetuju tanpa pengakuan atau penafian liabiliti untuk menyelesaikan cadangan tuntutan oleh SC ke atasnya kerana menyampaikan maklumat dalaman yang bercanggah dengan seksyen 188(3) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (“CMSA”) kepada Chua Choon Chai, yang telah berdagang dalam saham GW Plastics Holding Bhd (“GW Plastics”) di antara 25 September 2012 dan 28 September 2012. Maklumat dalaman tersebut adalah berkaitan dengan Perjanjian Penjualan Saham di antara GW Plastics dan Scientex Packaging Film Sdn Bhd (“Scientex Packaging”), subsidiari milik penuh Scientex Bhd (“Scientex”) iaitu penjualan 100% kepentingan ekuiti GW Plastics dalam Great Wall Plastic Industries Bhd (“GWPI”), dan GW Packaging Sdn Bhd (“GW Packaging”) kepada Scientex Packaging bagi jumlah pembayaran tunai sebanyak RM283.20 juta (“Cadangan Penjualan”) dan cadangan pengagihan hasil kutipan tunai daripada Cadangan Penjualan tersebut kepada semua pemegang saham GW Plastics (Cadangan Pengagihan), yang telah diumumkan pada 3 Oktober 2012. Yeoh SA, pada ketika itu merupakan pengarah bukan eksekutif bukan bebas GW Plastics. Pada 1 Jun 2017, Chua CC juga mencapai penyelesaian dengan SC bagi jumlah RM78,000.00 apabila beliau bersetuju tanpa pengakuan atau penafian liabiliti untuk menyelesaikan cadangan tuntutan oleh SC ke atasnya bagi kesalahan dagangan orang dalam saham GW Plastics, yang bercanggah dengan seksyen 188(2) CMSA. Penyelesaian tersebut dicapai berikutan dari surat tuntutan yang dihantar oleh SC menurut kuasa penguatkuasaan sivil di bawah undang-undang sekuriti, di mana jumlah yang perlu dikembalikan oleh Yeoh SA dan Chua CC adalah bersamaan dengan 3 kali perbezaan harga saham yang diperoleh oleh Chua CC dan harga yang sepatutnya saham itu diperoleh ketika pemerolehan, sekiranya maklumat tersedia secara umum. Wang yang diperolehi semula akan digunakan menurut seksyen 201(7) CMSA. |