Penyelesaian Kawal Selia Bersama Dato’ Lim Lean Heng |
---|
Pada 18 Oktober 2018, Dato’ Lim Lean Heng (“Dato’ Lim LH”) mencapai penyelesaian dengan SC berjumlah RM666,900.00 apabila dia bersetuju tanpa pengakuan atau penafian liabiliti untuk menyelesaikan cadangan tuntutan oleh SC ke atasnya kerana kerana memperolehi 727,000 unit saham Hirotako Holdings Bhd (“Hirotako”) dalam akaun Bright Memory Sdn Bhd ketika mempunyai maklumat dalaman yang bercanggah dengan seksyen 188(2)(a) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (“CMSA”). Maklumat dalaman tersebut adalah berkaitan dengan cadangan tawaran pengambilalihan oleh MBM Resources Berhad untuk memperoleh semua saham mengundi dan waran belum tebus dalam Hirotako. Penyelesaian tersebut dicapai berikutan surat tuntutan yang dihantar oleh SC menurut kuasa penguatkuasaan sivil di bawah undang-undang sekuriti. Jumlah yang perlu dikembalikan oleh Dato’ Lim adalah bersamaan dengan 2.5 kali perbezaan harga saham diperoleh dan harga yang sepatutnya saham itu diperolehi ketika pemerolehan, sekiranya maklumat tersedia secara umum. Wang yang diperolehi semula akan digunakan menurut seksyen 201(7) CMSA. |
Penyelesaian Kawal Selia Bersama Abdul Rahman Bin Omar |
---|
Pada 20 Julai 2018, Tan Sri Abdul Rahman bin Omar (“Abdul Rahman Bin Omar”) mencapai penyelesaian dengan SC berjumlah RM69,144.00 apabila dia bersetuju tanpa pengakuan atau penafian liabiliti untuk menyelesaikan cadangan tuntutan an oleh SC ke atasnya kerana memperolehi saham Edaran Otomobil Nasional Bhd (EON) ketika mempunyai maklumat dalaman, bercanggah dengan seksyen 89E(2) Akta Perindustrian Sekuriti 1983 (“SIA”). Maklumat dalaman tersebut adalah berhubung pengumuman EON kepada Bursa Malaysia Bhd berkenaan cadangan dividen kasar khas sebanyak 137 sen sesaham ditolak cukai 27% bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2006. Tan Sri Abdul Rahman telah memperoleh sebanyak 100,000 unit saham EON pada 23 Februari 2007, sebelum pengumuman tersebut. Penyelesaian tersebut dicapai berikutan surat tuntutan yang dihantar oleh SC menurut kuasa penguatkuasaan sivil di bawah undang-undang sekuriti. Jumlah yang perlu dibayar oleh Tan Sri Abdul Rahman adalah bersamaan dengan tiga kali perbezaan harga saham diperoleh dan harga yang sepatutnya saham itu diperolehi ketika pemerolehan, sekiranya maklumat tersedia secara umum. Wang yang diperolehi semula telah digunakan untuk dikembalikan menurut seksyen 90A(7) CMSA |
Penyelesaian Kawal Selia Bersama Tan Eng Kean |
---|
Pada 6 April 2018, Tan Eng Kean (“Tan EK”) mencapai penyelesaian dengan SC berjumlah RM56,900.00 apabila dia bersetuju tanpa pengakuan atau penafian liabiliti untuk menyelesaikan tuntutan yang dicadangkan oleh SC ke atasnya kerana memperolehi 5,000 unit saham PacificMas Bhd (PacMas) dalam akaunnya ketika mempunyai maklumat dalaman yang bercanggah dengan seksyen 188(2) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (“CMSA”). Maklumat dalaman tersebut adalah berkaitan dengan cadangan tawaran pengambilalihan bersyarat oleh OSPL Holdings Sdn Bhd (“OSPL”) untuk memperoleh semua saham mengundi dalam PacMas yang tidak dimiliki oleh OSPL yang diumumkan pada 4 Januari 2008. Di samping itu, penalti sivil sebanyak RM50,000 telah dikenakan oleh SC. Penyelesaian tersebut dicapai berikutan surat tuntutan yang dihantar oleh SC menurut kuasa penguatkuasaan sivil di bawah undang-undang sekuriti. Jumlah yang perlu dibayar oleh Tan EK adalah bersamaan dengan 3 kali perbezaan harga saham diperoleh dan harga yang sepatutnya saham itu diperolehi ketika pemerolehan, sekiranya maklumat tersedia secara umum. Wang yang diperolehi semula akan digunakan menurut seksyen 201(7) CMSA. |