Tindakan Pentadbiran pada 2020
Untitled Document
Bil. Jenis Salah Laku Pihak-pihak yang Terlibat Huraian ringkas salah laku Tindakan yang Diambil Tarikh Tindakan
1.

Pelanggaran 1*
Gagal untuk menyelia dan memastikan pematuhan terhadap garis panduan yang relevan dan gagal untuk melaksanakan ketelitian wajar.
Pelanggaran 2*
Gagal untuk menyelia dan memastikan pematuhan terhadap garis panduan yang relevan dan memastikan tindakan oleh Perujuk/Wakil Pemasaran adalah selaras dengan aktiviti rujukan dan pemasaran yang dibenarkan.   
Pelanggaran 3*
Gagal menyediakan polisi dan prosedur (P&P) untuk memantau Perujuk/Wakil Pemasarannya.
Pelanggaran 4*
Gagal untuk memastikan latihan yang sewajarnya kepada Wakil Pemasarannya.
Pelanggaran 5*
Penyeliaan pemantauan yang tidak mencukupi terhadap Wakil Pemasarannya.
Pelanggaran 6*
Gagal untuk menjalankan penilaian kesesuaian
Pelanggaran 7*
Gagal untuk menjalankan saringan sewajarnya ke atas Wakil Pemasarannya.

BIMB Investment Management Bhd (BIMB)

Pelanggaran 1
Gagal untuk menyelia dan memastikan pematuhan terhadap garis panduan yang relevan dan gagal untuk melaksanakan ketelitian wajar.
Pelanggaran 2
Gagal untuk menyelia dan memastikan pematuhan terhadap garis panduan yang relevan dan memastikan tindakan oleh Perujuk/Wakil Pemasaran adalah selaras dengan aktiviti rujukan dan pemasaran yang dibenarkan.
Pelanggaran 3
Gagal untuk menyediakan polisi dan prosedur (P&P) untuk memantau Perujuk/Wakil Pemasaran.
Pelanggaran 4
.
Pelanggaran 5
Penyeliaan pemantauan yang tidak mencukupi terhadap Wakil Pemasarannya.
Pelanggaran 6
Gagal untuk menjalankan penilaian kesesuaian
Pelanggaran 7
Gagal untuk menjalankan saringan sewajarnya terhadap Wakil Pemasarannya.

  • Celaan ke atas semua Pelanggaran; dan
  • Bagi Pelanggaran 1, 2, 3, 5 dan 6 - BIMB diarahkan agar tidak menggunakan tidak kurang daripada RM500,000.00 bagi peningkatan polisi, prosedur, kawalan dan sistem dengan melantik perunding bebas untuk menyemak dan meningkatkan polisi, prosedur dan kawalan dalaman syarikat, sebagai contoh, tetapi tidak terhad kepada:
    • Menyemak dan meningkatkan kawalan sedia ada yang berkaitan dengan pembukaan akaun (sebagai contoh untuk memastikan terdapat penyemak imbang yang sesuai dan penyimpanan rekod yang wajar berkaitan penilaian kesesuaian yang dijalankan); dan
    • Menyemak dan meningkatkan keberkesanan fungsi pematuhan khususnya yang berkaitan dengan pembukaan akaun,  pemantauan berterusan terhadap urus niaga pelanggan dan memantau aktiviti pemasaran/ pengedaran (termasuk individu yang terlibat dalam aktiviti).

29 September 2020

* Peruntukan/ Keperluan
Pelanggaran 1
Seksyen 356(1)(a) CMSA yang dibaca bersama:

  • Perenggan 7.02(7) Panduan Pelesenan (LH);
  • Perenggan 7.05 Guidelines for Marketing Representative (Garis Panduan MR);
  • Perenggan 4.01 Garis Panduan MR; dan
  • Perenggan 3.05(a) Guidelines on Unit Trust Funds (GUTF).

Pelanggaran 2
Seksyen 356(1)(a) CMSA yang dibaca bersama:

  • Perenggan 7.02(7) LH;
  • Perenggan 3.05(a) GUTF; dan
  • Perenggan 4.03, 4.05 and 7.05 Garis Panduan MR.

Pelanggaran 3
Seksyen 356(1)(a) CMSA yang dibaca bersama:

  • Perenggan 2.02 Guidelines on Sales Practices of Unlisted Capital Market Products (Garis Panduan SP); dan
  • Perenggan 7.04 Garis Panduan MR.

Pelanggaran 4
Seksyen 356(1)(a) CMSA yang dibaca bersama:

  • Perenggan 7.07 Garis Panduan MR; dan
  • Perenggan 7.08 Garis Panduan MR.

Pelanggaran 5
Seksyen 356(1)(a) CMSA yang dibaca bersama Perenggan 7.06 Garis Panduan MR.
Pelanggaran 6
Seksyen 356(1)(a) CMSA yang dibaca bersama Perenggan 4.05 Garis Panduan SP.
Pelanggaran 7
Seksyen 356(1)(a) CMSA yang dibaca bersama Perenggan 7.01(a) Garis Panduan MR.

2.
  • Pelanggaran Seksyen 356(1)(a) yang dibaca bersama seksyen 179 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA); dan
  • Pelanggaran seksyen 356(1)(a) yang dibaca bersama seksyen 206 CMSA.

Muhamad Nur Syafiq Mat Sari (Syafiq)

Syafiq terlibat dalam perlakuan, amalan atau operasi perniagaan yang dijalankan secara menipu yang berkait langsung dengan langganan, pembelian atau penjualan sekuriti dan derivatif seperti mana yang berikut:

  • Syafiq telah memperdaya Mangsa untuk melaksanakan Perjanjian dengannya dan untuk memindahkan sebanyak RM30,000.00 ke dalam Akaun Bersama Maybank yang kononnya untuk pelaburan dalam ekuiti dan kontrak niaga hadapan, termasuk pelaburan dalam derivatif Emas dan Perak; dan
  • Seterusnya, Syafiq juga telah menerima sebanyak RM5,000.00 dan RM10,000.00 daripada dua lagi Mangsa melalui deposit yang dibuat ke dalam Akaun Bersama Maybank yang kononnya bagi tujuan pelaburan dalam ekuiti dan kontrak niaga hadapan bagi pihak mereka.
  • Celaan;
  • Dikehendaki membuat pengembalian wang sebanyak RM30,000.00; dan
  • Penalti sebanyak RM17,500.00.

3 September 2020

3.

Pelanggaran seksyen 354(1)(a)   CMSA dan yang dibaca bersama seksyen 246(1)(b) CMSA and Perenggan 1.06, Bab 1, Bahagian 1 Prospectus Guidelines.

Pasdec Holdings Bhd (Pasdec)

  • Pasdec, melalui Lembaga Pengarahnya, telah membenarkan penerbitan Prospektus Ringkas yang tidak mengandungi maklumat material yang masih menunggu kelulusan daripada Kementerian Kewangan (MOF) bagi Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (“PKNP”) untuk melanggan Hak PKNP pada harga terbitan sebanyak RM0.35 bagi setiap Saham Hak; dan
  • Pasdec telah gagal untuk memastikan Prospektus Ringkas mengandungi maklumat yang mana kelulusan MOF bagi PKNP untuk melanggan Hak PKNP masih ditunggu, dengan itu menjadikan Prospektus Ringkas tersebut tidak lengkap dan tidak tepat.

Celaan

22 Julai 2020

4.

Pelanggaran seksyen 354(1)(a) CMSA dan yang dibaca bersama seksyen 246(1)(b) dan seksyen 367(1) CMSA.

  • Dato’  Dato’ Sri DiRaja Haji Adnan Haji Yaakob;
  • Dato’ Indera Haji Abdul Rahim Mohd Ali;
  • Dato’ Sri Kamaruddin Mohammed; dan
  • Dato’ Sri Tew Kim Tin.

(Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif Pasdec ketika itu secara kolektif dikenali sebagai “NINED”)

  • Lembaga Pengarah Pasdec telah mengeluarkan Prospektus Ringkas yang yang tidak mengandungi maklumat material yang masih menunggu kelulusan daripada MOF bagi PKNP untuk melanggan Hak PKNP pada harga terbitan sebanyak RM0.35 bagi setiap Saham Hak; dan
  • Sebagai pengarah Pasdec ketika itu, menurut  Seksyen 367(1) CMSA, NINED dianggap telah melakukan pelanggaran melalui persetujuan atau pembabitan dan telah gagal untuk membuktikan bahawa mereka telah melaksanakan ketekunan sedemikian untuk menghalang berlakunya pelanggaran tersebut. 
  • Celaan; dan
  • Penalti sebanyak RM84,000.00.

22 Julai 2020

5.

Pelanggaran seksyen 354(1)(a) CMSA dan yang dibaca bersama seksyen 246(1)(b) dan seksyen 367(1) CMSA.

  • Dato’ Ir. Noor Azmi Jaafar;
  • Dato’ Majid Mohamad;
  • Sharina Bahrin; dan
  • Teh Sew Hong.

(Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif Pasdec ketika Pelanggaran tersebut, secara kolektif dikenali sebagai “NINED”)

  • Lembaga Pengarah Pasdec telah mengeluarkan Prospektus Ringkas yang yang tidak mengandungi maklumat material yang masih menunggu kelulusan daripada MOF bagi PKNP untuk melanggan Hak PKNP pada harga terbitan sebanyak RM0.35 bagi setiap Saham Hak; dan
  • Sebagai pengarah Pasdec ketika itu, menurut  Seksyen 367(1) CMSA, NINED dianggap telah melakukan pelanggaran melalui persetujuan atau pembabitan dan telah gagal untuk membuktikan bahawa mereka telah melaksanakan ketelitian sedemikian bagi menghalang berlakunya pelanggaran tersebut.   

Celaan

22 Julai 2020

6.

Pelanggaran seksyen 354(1)(a) CMSA dan yang dibaca bersama seksyen 246(1)(b) dan seksyen 367(1) CMSA.

Dato’ Zuber Hj. Shamsuri
(Ketua Pegawai Eksekutif ketika pelanggaran tersebut dan Pengerusi Kumpulan Kerja Ketelitian Wajar bagi Terbitan Hak) Pasdec  

  • Lembaga Pengarah Pasdec telah mengeluarkan Prospektus Ringkas yang tidak mengandungi maklumat material yang masih menunggu kelulusan daripada MOF bagi PKNP untuk melanggan Hak PKNP pada harga terbitan sebanyak RM0.35 bagi setiap Saham Hak; dan
  • Sebagai Ketua Pegawai Ekesekutif Pasdec ketika itu, menurut  Seksyen 367(1) CMSA, NINED dianggap telah melakukan pelanggaran melalui persetujuan atau pembabitan dan telah gagal untuk membuktikan bahawa mereka telah melaksanakan ketelitian sedemikian bagi menghalang berlakunya pelanggaran tersebut
  • Celaan; dan
  • Penalti sebanyak RM94,500.00.

22 Julai 2020

7.

Pelanggaran seksyen 356(1)(a) CMSA dan yang dibaca bersama seksyen 246(1)(b) and Perenggan 3.08 Guidelines on Due Diligence Conduct for Corporate Proposals.

RHB Investment Bank Bhd

 

  • RHB IB, sebagai Penasihat Utama, telah menyebabkan penerbitan Prospektus Ringkas yang tidak mengandungi maklumat material yang masih menunggu kelulusan daripada MOF bagi PKNP untuk melanggan Hak PKNP pada harga terbitan sebanyak RM0.35 bagi setiap Saham Hak; dan
  • RHB IB, walaupun telah dimaklumkan bahawa kelulusan MOF bagi PKNP masih ditunggu untuk melanggan Hak PKNP pada harga terbitan sebanyak RM0.35 setiap Saham Hak, telah gagal untuk memastikan bahawa Prospektus Ringkas Pasdec bertarikh 16 Mei 2018 tidak mengandungi maklumat material yang ditinggalkan berkaitan perkara tersebut.
  • Celaan;
  • Penalti sebanyak RM400,000.00; dan
  • Mengarahkan RHBIB untuk melakukan semakan dan penilaian yang komprehensif ke atas kecukupan semua polisi dan proses yang berkaitan dengan peranannya sebagai penasihat utama bagi cadangan korporat (seperti yang dinyatakan dalam DDGL) dan memastikan pematuhan terhadap Perenggan 3.14 Garis Panduan Penasihat Utama. Hasil semakan dan penilaian tersebut serta cadangan (jika ada) mesti dilaporkan kepada SC dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tindakan. 

22 Julai 2020

8.

Pelanggaran seksyen 356(1) CMSA yang dibaca bersama Perenggan 6.2(a) dan (b)   Garis Panduan Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan bagi Pengantara Pasaran Modal (AML Guidelines)

Malacca Securities Sdn Bhd

Gagal bertindak sewajarnya terhadap perintah agensi penguatkuasaan undang-undang yang dikeluarkan menurut Seksyen 48 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUA).

  • Celaan; dan
  • Mengarahkan MSSB untuk memperuntukkan tidak kurang daripada RM200,000.00 bagi:
    • Peningkatan pematuhan MSSB terhadap keperluan sistem AML/CFT termasuk sistem pemantauan dan langkah kawalan bagi memastikan Perintah tersebut dilaksanakan tepat pada masanya; dan
    • Latihan atau pembangunan keupayaan kakitangan bagi memastikan keberkesanan operasi keperluan AML/CFT dan kakitangan terbabit dikehendaki mengikuti perkembangan mengenai keperluan, isu dan trend AML/CFT. SC menghendaki kakitangan pengurusan utama MSSB termasuk Ketua Pematuhan dan semua pegawai operasi yang relevan menghadiri latihan yang tersebut di atas.

6 Julai 2020

9.

Pembatalan menurut Seksyen 72(2)(a)(ii) CMSA

Etalage Sdn Bhd (Pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal aktiviti yang dikawal selia iaitu, perancangan kewangan, berurus niaga dalam sekuriti, berurus niaga dalam sekuriti terhad kepada unit amanah dan berurus niaga dalam skim persaraan swasta)

Gagal atau berhenti menjalankan perniagaan dalam semua atau mana-mana aktiviti yang dikawal selia yang mana syarikat dilesenkan selama tiga (3) bulan berturut-turut

Pembatalan lesen

25 Jun 2020

10.

Pelanggaran seksyen 354(1)(a)   CMSA yang dibaca bersama seksyen 29A Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA)

Wong Shin Yih

Wong Shin Yih telah membenarkan individu lain yang bukan pemilik benefisial Akaun Sistem Depositori Pusatnya untuk menjual saham melalui akaun tersebut.

  • Celaan
  • Penalti sebanyak RM5,000

13 Mei 2020

11.

Pelanggaran seksyen 354(1)(a) CMSA yang dibaca bersama seksyen 29A of SICDA 

Teh Bee Lee

Teh Bee Lee telah membenarkan individu lain yang bukan pemilik benefisial Akaun Sistem Depositori Pusatnya untuk menjual saham melalui akaun tersebut.  

  • Celaan
  • Penalti sebanyak RM5,000

13 Mei 2020

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup