Tindakan Pentadbiran pada 2021

Bil.

Jenis Salah Laku

Pihak Terlibat

Huraian Ringkas Salah Laku

Tindakan Diambil

Tarikh Tindakan

1.

Pelanggaran Seksyen 356(1)(a) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007  dibaca bersama Perenggan 4.07, Seksyen B, Bahagian 3 dibaca bersama Perenggan 4.08, Seksyen B, Bahagian 3 Garis Panduan Produk Pasaran Modal Tidak Tersenarai di bawah Rangka Kerja Serah dan Simpan

OCBC Bank (Malaysia) Berhad

Penangguhan selama satu (1) hari perniagaan dalam pengemukaan notis pascapenerbitan kepada SC bagi pihak penerbit bon korporat/sukuk.

Penalti sebanyak RM1,000.00

10 Disember 2021

2.

Pelanggaran Seksyen 356(1)(a) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007  dibaca bersama Perenggan 4.07, Seksyen B, Bahagian 3 dibaca bersama Perenggan 4.08, Seksyen B, Bahagian 3 Garis Panduan Produk Pasaran Modal Tidak Tersenarai di bawah Rangka Kerja Serah dan Simpan

OCBC Al-Amin Bank Berhad

Penangguhan selama satu (1) hari perniagaan dalam pengemukaan notis pascapenerbitan kepada SC bagi pihak ldua (2) penerbit bon korporat/sukuk.

Penalti sebanyak RM2,000.00

10 Disember 2021

3.

Lapan (8) pelanggaran di bawah Seksyen 354(1)(b)(iii) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dibaca bersama:

  • Klausa 6(a) Kod Etika dan Piawaian Tatalaku Profesional  bagi Industri Unit Amanah (Edisi Pertama) setakat 1 September 2001 (“Kod Pertama”) Persekutuan Pengurus Pelaburan Malaysia  
  • Klausa 3.1.3(a) Kod Etika dan Peraturan Tatalaku Profesional (Dana Unit Amanah)  setakat 22 Januari 2013 Persekutuan Pengurus Pelaburan Malaysia  
Suhana Binti Sa’adon (“Suhana”)

Sebagai Perunding Unit Amanah  Bank Kerjasama Rakyat Bhd (“Bank Rakyat”), Suhana telah:

  • Melakukan 89 urus niaga tanpa kebenaran menggunakan akaun unit amanah pelanggan Bank Rakyat;
  • Melakukan pemalsuan tanda tangan pelanggan dalam dokumen yang dikemukakan kepada Bank Rakyat dan bekas kakitangan Bank Rakyat; dan 
  • Dengan sengaja mengemukakan penyata kepada pelanggan Bank Rakyat yang mengandungi maklumat palsu dan mengelirukan.
  1. Celaan bagi setiap pelanggaran; dan
  2. Penalti sebanyak RM450,000.00
22 November 2021
4.

Empat (4) pelanggaran di bawah Seksyen 354(1)(b)(iii) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dibaca bersama:

  • Kod Etika dan Piawaian Tatalaku Profesional bagi Industri Unit Amanah (Edisi Pertama) setakat 1 September 2001 (“Kod Pertama”) Persekutuan Pengurus Pelaburan Malaysia 
  • Klausa 3.1.3(a) Kod Etika dan Peraturan Tatalaku Profesional (Dana Unit Amanah) setakat 22 Januari 2013 Persekutuan Pengurus Pelaburan Malaysia  
Sharifah Syafeeqah Binti Syed Ahmad Amir Feisal Al-Idrus (“Syafeeqah”)

Sebagai Perunding Unit Amanah  Bank Kerjasama Rakyat Bhd (“Bank Rakyat”), Suhana telah:

  • Melakukan 89 urus niaga tanpa kebenaran menggunakan akaun unit amanah pelanggan Bank Rakyat;
  • Melakukan pemalsuan tanda tangan pelanggan dalam dokumen yang dikemukakan kepada Bank Rakyat dan bekas kakitangan Bank Rakyat; dan
  • Dengan sengaja mengemukakan penyata kepada pelanggan Bank Rakyat yang mengandungi maklumat palsu dan mengelirukan.
  1. Celaan bagi setiap pelanggaran; dan

  2. Penalti sebanyak RM270,000.00

 

19 November 2021
5.

Lapan (8) pelanggaran di bawah Seksyen 354(1)(b)(iii) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dibaca bersama:

  • Klausa 6(a) Kod Etika dan Piawaian Tatalaku Profesional bagi Industri Unit Amanah (Edisi Pertama) setakat 1 September 2001 (“Kod Pertama”) Persekutuan Pengurus Pelaburan Malaysia 
  • Klausa 3.1.3(a) Kod Etika dan Peraturan Tatalaku Profesional (Dana Unit Amanah)  setakat  22 Januari 2013 Persekutuan Pengurus Pelaburan Malaysia  
Aiza Binti Aziz (“Aiza”)

Sebagai Perunding Unit Amanah  Bank Kerjasama Rakyat Bhd (“Bank Rakyat”), Aiza telah:

  • Melakukan 190 urus niaga tanpa kebenaran menggunakan akaun unit amanah pelanggan Bank Rakyat; dan
  • Dengan sengaja mengemukakan penyata kepada pelanggan Bank Rakyat yang mengandungi maklumat palsu dan mengelirukan
  1. Celaan bagi setiap pelanggaran; and

  2. Penalti sebanyak RM270,000.00

 

19 November 2021
6.

Tujuh (7) pelanggaran di bawah Seksyen 354(1)(b)(iii) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dibaca bersama:-

  • Klausa 6(a) Kod Etika dan Piawaian Tatalaku Profesional bagi Industri Unit Amanah (Edisi Pertama) setakat 1 September 2001 (“Kod Pertama”) Persekutuan Pengurus Pelaburan Malaysia 
  • Klausa 3.1.3(a) Kod Etika dan Peraturan Tatalaku Profesional (Dana Unit Amanah)  setakat  22 Januari 2013 Persekutuan Pengurus Pelaburan Malaysia  
Siti Rahayu Binti Abu Bakar (“Rahayu”)

Sebagai Perunding Unit Amanah  Bank Kerjasama Rakyat Bhd (“Bank Rakyat”), Rahayu telah:-

  • Melakukan 94 urus niaga tanpa kebenaran menggunakan akaun unit amanah pelanggan Bank Rakyat;
  • Melakukan pemalsuan tanda tangan pelanggan dalam dokumen yang dikemukakan kepada Bank Rakyat dan bekas kakitangan Bank Rakyat; dan
  • Dengan sengaja mengemukakan penyata kepada pelanggan Bank Rakyat yang mengandungi maklumat palsu dan mengelirukan.
  1. Celaan bagi setiap pelanggaran; dan
  2. Penalti sebanyak RM450,000.00

 

19 November 2021
7. Pelanggaran Seksyen 218(2) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dan Perenggan 4.01(a) Peraturan Pengambilalihan, Percantuman dan Pemerolehan Wajib
  • Dato’ Dr. Yu Kuan Chon
  • Datin Chan Sow Keng
  • Dato’ Yu Kuan Huat
  • Datin Teh Nai Sim
  • Dr. Yu Chong Choo
  • Dr. Yu Choon Geok
  • Ng Choon Hua
(secara kolektif dikenali sebagai “Kumpulan”)

Gagal melaksanakan tawaran pengambilalihan wajib ke atas Rapid Snergy Bhd berikutan peningkatan pegangan saham kolektif Kumpulan melebihi 33% pada 29 April 2019.

  1. Celaan
  2. Penalti sebanyak RM130,000 terhadap Kumpulan secara kolektif.
28 September 2021
8.

Pelanggaran 1:
Pelanggaran  Seksyen 356(1)(a) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan ("CMSA") dibaca bersama Seksyen 206(b) CMSA.

Pelanggaran 2:
Pelanggaran  Seksyen 356(1)(a) CMSA dibaca bersama Peraturan 3.24(n) Peraturan Bursa Malaysia Derivatives Bhd ("Peraturan Bursa").

Jamilulailjamiludin Kamarodin

Pelanggaran 1:
Terlibat dalam tindakan, amalan atau perlakuan perniagaan yang dijalankan secara menipu berkaitan urus niaga yang membabitkan urus niaga derivatif dengan mendorong mangsa untuk memindahkan wang yang kononnya sebagai deposit margin kepada akaun yang dimiliki oleh Jamilulailjamiludin Kamarodin.

Pelanggaran 2:
Terlibat dan mempunyai kepentingan dalam perniagaan lain tanpa memperoleh kelulusan terlebih dahulu daripada majikannya.

 

Pelanggaran 1:

  1. Celaan;
  2. Dikehendaki membuat pembayaran balik kepada mangsa sebanyak RM3,000.00;
  3. Penalti sebanyak RM20,000.00.

Pelanggaran 2:

     a. Celaan

 

27 September 2021
9. Pelanggaran Seksyen 356(1)(a) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dibaca bersama Perenggan 4.17, Seksyen B, Bahagian 1 Garis Panduan Produk Pasaran Modal Tidak Tersenarai di bawah Rangka Kerja Serah dan Simpan

Hong Leong Asset Management Berhad

Penangguhan selama satu (1) hari perniagaan dalam pengemukaan pulangan pelaburan bulanan bagi tiga (3) dana borong.

Penalti sebanyak RM3,000.00 3 Ogos 2021
10. Pelanggaran Seksyen 354(1)(a) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (“CMSA”) dibaca bersama Seksyen 58(1) CMSA

Premier Asia Financial Sdn Bhd

Menyamar sebagai pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal ("CMSL") dalam aktiviti yang dikawal selia iaitu, perancangan kewangan dan nasihat pelaburan.

Celaan 30 Julai 2021
11. Pelanggaran Seksyen 354(1)(a) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 ("CMSA") dibaca bersama Seksyen 59(1) CMSA

Kee Wah Soong Menyamar sebagai pemegang Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal ("CMSRL") dalam aktiviti yang dikawal selia iaitu pengurusan dana. Celaan 30 Julai 2021
12.

Pelanggaran Seksyen 354(1)(a) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (“CMSA”) dibaca bersama Seksyen 7(1) CMSA dan Perintah 3(1) Perintah Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Preskripsi Sekuriti) Mata Wang Digital dan Token Digital) 2019 (“Perintah CMSA”)

Binance Holdings Limited

Binance Holdings Limited mengendalikan pasaran yang diiktiraf (bursa aset digital) tanpa berdaftar dengan SC di bawah Seksyen 34 CMSA melalui laman web  https://www.binance.com/en dan melalui aplikasi mudah alih (“Pelanggaran”)

  1. Celaan, menurut Seksyen 354(3) CMSA; dan

  2. Arahan untuk mengurangkan kesan pelanggaran menurut Seksyen 354(3)(d) CMSA di mana Binance Holdings Limited dikehendaki:-

    i. Menyahaktifkan Laman web dan Apps Binance (di Apple Store, Google Play atau mana platform aplikasi digital) di Malaysia dalam tempoh 14 hari perniagaan bermula 26 Julai 2021, iaitu 16 Ogos 2021

    ii. Dengan segera menghentikan pengedaran, penerbitan atau menghantar apa-apa iklan, sama melalui emel atau sebagainya, kepada pelabur di Malaysia; dan

    iii. Dengan segera menghalang pelabur di Malaysia daripada mengakses kumpulan Telegram Binance dan mana-mana platform pesanan yang dikendalikan oleh Binance.
26 Julai 2021
13.

Pelanggaran Seksyen 354(1)(a) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (“CMSA”) dibaca bersama Seksyen 7(1) dan Perintah 3(1) Perintah Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Preskripsi Sekuriti) Mata Wang Digital dan Token Digital) 2019 (“Perintah CMSA”)

Binance Digital Limited

Binance Digital Limited mengendalikan pasaran yang diiktiraf (bursa aset digital) tanpa berdaftar dengan SC di bawah Seksyen 34 CMSA melalui laman web  https://www.binance.com/en dan melalui aplikasi mudah alih (“Pelanggaran”)

  1. Celaan, menurut Seksyen 354(3) CMSA; dan
  2. Arahan untuk mengurangkan kesan pelanggaran menurut Seksyen 354(3)(d) CMSA di mana Binance Digital Limited dikehendaki:-

    i. Menyahaktifkan Laman web dan Apps Binance (di Apple Store, Google Play atau mana platform aplikasi digital) di Malaysia dalam tempoh 14 hari perniagaan bermula 26 Julai 2021, iaitu 16 Ogos 2021;

    ii. Dengan segera menghentikan pengedaran, penerbitan atau menghantar apa-apa iklan, sama melalui emel atau sebagainya, kepada pelabur di Malaysia; dan

    iii. Dengan segera menghalang pelabur di Malaysia daripada mengakses kumpulan Telegram Binance dan mana-mana platform pesanan yang dikendalikan oleh Binance.
26 Julai 2021
14.

Pelanggaran Seksyen 354(1)(a) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (“CMSA”) dibaca bersama Seksyen 7(1) CMSA dan Perintah 3(1) Perintah Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Preskripsi Sekuriti) Mata Wang Digital dan Token Digital) 2019 (“Perintah CMSA”)

Binance UAB

Binance UAB mengendalikan pasaran yang diiktiraf (bursa aset digital) tanpa berdaftar dengan SC di bawah Seksyen 34 CMSA melalui laman web  https://www.binance.com/en dan melalui aplikasi mudah alih (“Pelanggaran”)

  • Celaan, menurut Seksyen 354(3) CMSA; dan
  • Arahan untuk mengurangkan kesan pelanggaran menurut Seksyen 354(3)(d) CMSA di mana Binance UAB dikehendaki:-

    i. Menyahaktifkan Laman web dan Apps Binance (di Apple Store, Google Play atau mana platform aplikasi digital) di Malaysia dalam tempoh 14 hari perniagaan bermula 26 Julai 2021, iaitu 16 Ogos 2021;

    ii. Dengan segera menghentikan pengedaran, penerbitan atau menghantar apa-apa iklan, sama melalui emel atau sebagainya, kepada pelabur di Malaysia; dan

    iii. Dengan segera menghalang pelabur di Malaysia daripada mengakses kumpulan Telegram Binance dan mana-mana platform pesanan yang dikendalikan oleh Binance.
26 Julai 2021
15.

Pelanggaran Seksyen 354(1)(a) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (“CMSA”) dibaca bersama Seksyen 7(1) CMSA dan Perintah 3(1) Perintah Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Preskripsi Sekuriti) Mata Wang Digital dan Token Digital) 2019 (“Perintah CMSA”)

Binance Asia Services Pte Ltd

Binance Asia Services Pte Ltd mengendalikan pasaran yang diiktiraf (bursa aset digital) tanpa berdaftar dengan SC di bawah Seksyen 34 CMSA melalui laman web  https://www.binance.com/en dan melalui aplikasi mudah alih (“Pelanggaran”)

  1. Celaan, menurut Seksyen 354(3) CMSA; dan
  2. Arahan untuk mengurangkan kesan pelanggaran menurut Seksyen 354(3)(d) CMSA di mana Binance Asia Services Pte Ltd dikehendaki:-

    i. Menyahaktifkan Laman web dan Apps Binance (di Apple Store, Google Play atau mana platform aplikasi digital) di Malaysia dalam tempoh 14 hari perniagaan bermula 26 Julai 2021, iaitu 16 Ogos 2021;
    ii. Dengan segera menghentikan pengedaran, penerbitan atau menghantar apa-apa iklan, sama melalui emel atau sebagainya, kepada pelabur di Malaysia; dan
    iii. Dengan segera menghalang pelabur di Malaysia daripada mengakses kumpulan Telegram Binance dan mana-mana platform pesanan yang dikendalikan oleh Binance.
26 Julai 2021
16.

Pelanggaran Seksyen 354(1)(a) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (“CMSA”) dibaca bersama Seksyen 7(1) dan 367(1) CMSA  dan Perintah 3(1) Perintah Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Preskripsi Sekuriti) Mata Wang Digital dan Token Digital) 2019 (“Perintah CMSA”)

Zhao Changpeng Binance Holdings Limited Binance Asia Services Pte Ltd, (di mana Zhao Changpeng merupakan Ketua Pegawai Eksekutif dan pengarah) telah mengendalikan  pasaran yang diiktiraf (bursa aset digital) tanpa berdaftar dengan SC di bawah Seksyen 34 CMSA melalui laman web  https://www.binance.com/en dan melalui aplikasi mudah alih.

 

  1. Celaan, menurut Seksyen 354(3) CMSA; dan
  2. Arahan untuk mengurangkan kesan pelanggaran menurut Seksyen 354(3)(d) CMSA di mana Zhao Changpeng dikehendaki mengarahkan Binance untuk:-

    i. Menyahaktifkan Laman web dan Apps Binance (di Apple Store, Google Play atau mana platform aplikasi digital) di Malaysia dalam tempoh 14 hari perniagaan bermula 26 Julai 2021, iaitu 16 Ogos 2021;
    ii. Dengan segera menghentikan pengedaran, penerbitan atau menghantar apa-apa iklan, sama melalui emel atau sebagainya, kepada pelabur di Malaysia; dan
    iii. Dengan segera menghalang pelabur di Malaysia daripada mengakses kumpulan Telegram Binance dan mana-mana platform pesanan yang dikendalikan oleh Binance.



26 Julai 2021
17.

Pelanggaran 1
Pelanggaran Seksyen 218(3) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (“CMSA”) dibaca bersama Perenggan 4.01(b) Peraturan Pengambilalihan, Percantuman dan Pemerolehan Wajib (“Peraturan”).

Pelanggaran 2
Pelanggaran Seksyen 354(1)(a) CMSA dibaca bersama Seksyen 369(b)(A) dan (B) CMSA.

Tiong Toh Siong Enterprises Sdn Bhd (“TTSE”), Teck Sing Lik Enterprise Sdn Bhd, Tan Sri Datuk Sir Diong Hiew King @ Tiong Hiew King, Tiong Kiong King, Datuk Tiong Thai King, Puan Sri Datin Ngu Yii Chuo, Tiong Chiong Ong, Dato’ Tiong Ing, Law Cheng King, Tiong Toh Siong Holdings Sdn Bhd (“TTSH”), Tiong Toh Siong & Sons Sdn Bhd, Pertumbuhan Abadi Asia Sdn Bhd, Unique Wood Sdn Bhd, ETI Blessed Holdings Sdn Bhd dan Amat Abadi Sdn Bhd (“Amat Abadi”) (secara kolektif, “TTSE dan PACnya”).

Pelanggaran 1
Pegangan saham kolektif TTSE dan PACnya dalam Subur Tiasa Holdings Bhd (“STHB”) telah meningkat daripada 40.73% kepada 57.62% berikutan pemerolehan 16.89% kepentingan ekuiti pada RM0.48 sesaham pada 20 Februari 2020. Peningkatan lebih daripada 2% dalam mana-mana  tempoh enam bulan telah menyebabkan TTSE dan PACnya mempunyai obligasi tawaran wajib dalam STHB.

Pelanggaran 2
Amat Abadi dianggap individu yang bertindak secara bersama dengan TTSE dan PACnya di bawah Seksyen 216(3)(i) CMSA berikutan bantuan kewangan yang diberikan oleh TTSH kepada Amat Abadi bagi pemerolehan saham TTSH. Oleh itu, representasi kepada SC bahawa penjualan seterusnya sebanyak 16.89% kepada Amat Abadi, pihak yang tidak berkaitan, adalah tidak tepat.

  • Celaan
  • Arahan kepada TTSE dan PACnya untuk melaksanakan perkara berikut:

    i. Tawaran tunai kepada semua saham selebihnya yang tidak dipegang oleh TTSE dan PACnya pada harga RM0.48 sesaham atau pada harga tawaran tertinggi sekiranya dikehendaki menurut Perenggan 6.03 Peraturan tersebut, yang akan ditetapkan (“Harga Tawaran”); dan

    ii. Skim pampasan kepada pemegang saham STHB setakat 20 Februari 2020, yang kemudiannya menjual saham STHB mereka pada harga di bawah Harga Tawaran. Pemegang saham tersebut hendaklah diberi pampasan dalam bentuk tunai mengikut perbezaan sesaham antara Harga Tawaran dan harga jualannya.
14 Julai 2021
18.

Pelanggaran Seksyen 354(1)(a) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (“CMSA”) dibaca bersama Seksyen 214(1)(a)(A) CMSA (“Pelanggaran 1”);

Pelanggaran Seksyen 354(1)(a) CMSA dibaca bersama Seksyen 246(1)(a) CMSA (“Pelanggaran 2”);

Pelanggaran Seksyen 354(1)(a) CMSA dibaca bersama Seksyen 369(b)(B) CMSA (“Pelanggaran 3”); and

Pelanggaran Seksyen 354(1)(a) CMSA dibaca bersama Seksyen 369(b)(B) CMSA (“Pelanggaran 4”).

China Automobile Parts Holdings Limited (“CAP”)

Pelanggaran 1
Mengemukakan kepada SC Prospektus CAP yang mengandungi penyata kewangan yang palsu atau mengelirukan, khususnya tunai dan setara tunai yang dizahirkan (“CCE yang Dizahirkan”) dalam Penyata Kedudukan Kewangan QuanZhou FenSun Automobile Parts Co., Ltd.  (“FenSun”) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember (“FYE”) 2009, FYE 2010, FYE 2011 dan tempoh kewangan berakhir 30 September 2012 (“CCE yang Dizahirkan bagi FenSun”)

Pelanggaran 2
Menyebabkan pengeluaran Prospektus CAP bertarikh 11 Januari 2013 yang mengandungi penyata kewangan yang palsu atau mengelirukan, khususnya CCE yang Dizahirkan bagi FenSun.

Pelanggaran 3
Dengan sengaja membenarkan pengemukaan penyata kewangan CAP yang palsu atau mengelirukan disebabkan terlebih nyata baki bank kepada Bursa Malaysia.

Penyata kewangan terbabit ialah:

  • Laporan Suku Tahun CAP Keputusan Digabungkan bagi Suku Tahun Pertama Berakhir 31 Mac 2015 (“1Q 2015”) sehingga Laporan Suku Tahun Keputusan Digabungkan bagi Suku Keempat Berakhir 1 Disember 2016 (“4Q 2016”); dan
  • Penyata Kewangan Diaudit CAP bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2012 (“AFS 2012”), Penyata Kewangan Diaudit bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2013 (“AFS 2013”), Penyata Kewangan Diaudit bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2014 (“AFS 2014”), Penyata Kewangan Diaudit bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2015 (“AFS 2015”) dan Penyata Kewangan Diaudit yang Dikeluarkan Semula bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2015 (“AFS 2015yang Dikeluarkan Semula“)

Pelanggaran 4
Dengan sengaja membenarkan pengemukaan penyata kewangan CAP yang palsu atau mengelirukan disebabkan tiada penzahiran litigasi dan tiada pengiktirafan kepada liabiliti tertunggak kepada Bursa Malaysia. Penyata kewangan terbabit ialah:

  • Laporan Suku Tahun Keputusan Digabungkan bagi Suku Tahun Pertama Berakhir 31 Mac 2014 (“1Q 2014”) sehingga 4Q 2016; dan
  • AFS 2014, AFS 2015 dan AFS 2015 yang Dikeluarkan Semula.
Celaan bagi setiap pelanggaran 14 Julai 2021
19.

Pelanggaran Seksyen 354(1)(a) CMSA dibaca bersama Seksyen 214(1)(a)(A) CMSA (“Pelanggaran 1”)

Pelanggaran Seksyen 354(1)(a) CMSA dibaca bersama Seksyen 246(1)(a) CMSA (“Pelanggaran 2”)

Pelanggaran Seksyen 354(1)(a) CMSA dibaca bersama Seksyen 369(b)(B) dan 367(1) CMSA (“Pelanggaran 3”)

Pelanggaran Seksyen 354(1)(a) CMSA dibaca bersama Seksyen 369(b)(B) dan 367(1) CMSA (“Pelanggaran 4”)

Wang YuYun, Pengurusi Eksekutif CAP

Pelanggaran 1
Menyebabkan pengemukaan Prospektus CAP kepada SC yang mengandungi penyata kewangan yang palsu atau mengelirukan, khususnya CCE yang Dizahirkan bagi FenSun.

Pelanggaran 2
Membenarkan penerbitan Prospektus CAP bertarikh 11 Januari 2013 yang mengandungi penyata kewangan yangn palsu atau mengelirukan, CCE yang Dizahirkan bagi FenSun.

Pelanggaran 3
Dengan sengaja membenarkan pengemukaan penyata kewangan CAP yang palsu atau mengelirukan disebabkan terlebih nyata baki bank kepada Bursa Malaysia.

Pelanggaran 4
Dengan sengaja membenarkan pengemukaan penyata kewangan CAP yang palsu atau mengelirukan disebabkan tiada penzahiran litigasi dan tiada pengiktirafan kepada liabiliti tertunggak kepada Bursa Malaysia.

  • Celaan bagi setiap pelanggaran; dan
  • SC telah mengeluarkan kenyataan awam yang menguatkuasakan bahawa, pada pendapat SC, pengekalan jawatan Wang YuYun sebagai Pengerusi Eksekutif CAP adalah memudaratkan kepentingan awam.
14 Julai 2021
20.

Pelanggaran Seksyen 354(1)(a) CMSA dibaca bersama Seksyen 369(b)(B) dan 367(1) CMSA (“Pelanggaran 1”)

Pelanggaran Seksyen 354(1)(a) CMSA dibaca bersama Seksyen 369(b)(B) dan 367(1) CMSA (“Pelanggaran 2”)

Chen Xunze, Pengarah Eksekutif CAP

Pelanggaran 1
Dengan sengaja membenarkan pengemukaan penyata kewangan CAP yang palsu atau mengelirukan disebabkan terlebih nyata baki bank kepada Bursa Malaysia

Pelanggaran 2
Dengan sengaja membenarkan pengemukaan penyata kewangan CAP yang palsu atau mengelirukan disebabkan tiada penzahiran litigasi dan tiada pengiktirafan kepada liabiliti tertunggak kepada Bursa Malaysia.

  • Celaan bagi setiap pelanggaran; and
  • SC telah mengeluarkan kenyataan awam yang menguatkuasakan bahawa, pada pendapat SC, pengekalan jawatan Chen Xunze sebagai Pengarah Eksekutif CAP adalah memudaratkan kepentingan awam.
14 Julai 2021
21.

Pelanggaran Seksyen 354(1)(a) CMSA dibaca bersama Seksyen 214(1)(a)(A) CMSA (“Pelanggaran 1”)

Pelanggaran Seksyen 354(1)(a) CMSA dibaca bersama Seksyen 246(1)(a) CMSA (“Pelanggaran 2”)

Pelanggaran Seksyen 354(1)(a) CMSA dibaca bersama Seksyen 369(b)(B) dan 367(1) CMSA (“Pelanggaran 3”)

Pelanggaran Seksyen 354(1)(a) CMSA dibaca bersama Seksyen 369(b)(B) dan 367(1) CMSA (“Pelanggaran 4”)

Li Guo Qing, bekas Pengarah Urusan CAP

Pelanggaran 1
Menyebabkan pengemukaan Prospektus CAP kepada SC yang mengandungi penyata kewangan yang palsu atau mengelirukan, khususnya CCE yang Dizahirkan bagi FenSun.

Pelanggaran 2
Membenarkan penerbitan Prospektus CAP bertarikh 11 Januari 2013 yang mengandungi penyata kewangan yangn palsu atau mengelirukan, CCE yang Dizahirkan bagi FenSun.

Pelanggaran 3
Dengan sengaja membenarkan pengemukaan penyata kewangan CAP yang palsu atau mengelirukan disebabkan terlebih nyata baki bank kepada Bursa Malaysia.

Pelanggaran 4
Dengan sengaja membenarkan pengemukaan penyata kewangan CAP yang palsu atau mengelirukan disebabkan tiada penzahiran litigasi dan tiada pengiktirafan kepada liabiliti tertunggak kepada Bursa Malaysia.

Celaan bagi setiap pelanggaran 14 Julai 2021
22.

Pelanggaran Seksyen 354(1)(a) CMSA dibaca bersama Seksyen 214(1)(a)(A) CMSA (“Pelanggaran 1”)

Pelanggaran Seksyen 354(1)(a) CMSA dibaca bersama Seksyen 246(1)(a) CMSA (“Pelanggaran 2”)

Pelanggaran Seksyen 354(1)(a) CMSA dibaca bersama Seksyen 369(b)(B) dan 367(1) CMSA (“Pelanggaran 3”)

Ong Juan Tee, bekas Naib Presiden Bukan Bebas Bukan Eksekutif CAP

Pelanggaran 1
Menyebabkan pengemukaan Prospektus CAP kepada SC yang mengandungi penyata kewangan yang palsu atau mengelirukan, khususnya CCE yang Dizahirkan bagi FenSun.

Pelanggaran 2
Membenarkan penerbitan Prospektus CAP bertarikh 11 Januari 2013 yang mengandungi penyata kewangan yangn palsu atau mengelirukan, CCE yang Dizahirkan bagi FenSun.

Pelanggaran 3
Dengan sengaja membenarkan pengemukaan penyata kewangan CAP yang palsu atau mengelirukan disebabkan terlebih nyata baki bank kepada Bursa Malaysia.

Celaan bagi setiap pelanggaran 14 Julai 2021
23.

Pelanggaran Seksyen 354(1)(a) CMSA dibaca bersama Seksyen 369(b)(B) dan 367(1) CMSA (“Pelanggaran 1”)

Pelanggaran Seksyen 354(1)(a) CMSA dibaca bersama Seksyen 369(b)(B) dan 367(1) CMSA (“Pelanggaran 2”)

Lai Fong Ling, bekas Ketua Pegawai Kewangan CAP

Pelanggaran 1
Menyebabkan pengemukaan Prospektus CAP kepada SC yang mengandungi penyata kewangan yang palsu atau mengelirukan, khususnya CCE yang Dizahirkan bagi FenSun.

Pelanggaran 2
Dengan sengaja membenarkan pengemukaan penyata kewangan CAP yang palsu atau mengelirukan disebabkan tiada penzahiran litigasi dan tiada pengiktirafan kepada liabiliti tertunggak kepada Bursa Malaysia.

Celaan bagi setiap pelanggaran 14 Julai 2021
24. Seksyen 354(1)(a) CMSA dibaca bersama Seksyen 369(b)(B) dan 367(1) CMSA Chai Wai Teck, bekas Ketua Pegawai Kewangan CAP
  • Dengan sengaja membenarkan pengemukaan penyata kewangan CAP yang palsu atau mengelirukan disebabkan terlebih nyata baki bank kepada Bursa Malaysia. 
Celaan 14 Julai 2021
25. Pelanggaran Seksyen 218(2) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dan Perenggan 4.01(a) Peraturan Pengambilalihan, Percantuman dan Pemerolehan Wajib
  • Koon Yew Yin
  • Tan Kit Pheng
  • David Chew @ Chew Hooi Boon
  • Yap Sung Pang

(secara kolektif dikenali sebagai “Kumpulan”)

  • Gagal melaksanakan tawaran wajib ke atas JAKS  Resources Bhd berikutan peningkatan pegangan saham Kumpulan melebihi 33% pada 29 November 2017.
  • Celaan
  • Penalti sebanyak RM520,000 terhadap Kumpulan secara kolektif.
14 Julai 2021
26.

Pelanggaran Seksyen 356(1)(a) CMSA dibaca bersama peruntukan berikut:

Perenggan 7.1.1, 7.1.2 dan 7.14 of Garis Panduan Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan bagi Pengantara Pasaran Modal setakat 31 Mac 2004; dan

Perenggan 8.2.1, 8.2.3 dan 8.2.4 Garis Panduan Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan bagi Pengantara Pasaran Modal setakat 15 Januari 2014.

Eastspring Investments Berhad (EIB)

Pelanggaran 1
Gagal melaksanakan ketelitian wajar dan pemeriksaan berterusan terhadap pelanggan EIB sepanjang hubungan perniagaan dan memantau akaun pelanggan secara kerap bagi memastikan bahawa urus niaga yang dilaksanakan konsisten dengan, antara lain, pengetahuan EIB terhadap pelanggan dan profil risiko mereka, serta memantau urus niaga yang mencurigakan.

Pelanggaran 2
Gagal mengklasifikasi semula pelanggannya sebagai berisiko lebih tinggi dan mengemukakan laporan urus niaga yang mencurigakan kepada pihak berkuasa yang berkenaan, dalam situasi di mana, antara lain, trend aktiviti akaun pelanggan yang kelihatan luar daripada kebiasaan atau tidak konsisten dengan profil atau pengetahuan EIB terhadap pelanggan. 

  • Celaan; dan
  • Penalti sebanyak RM400,000.00

30 Jun 2021

Pada 23 Julai 2021, EIB telah memohon semakan kepada SC ke atas jumlah penalty yang dikenakan ke atas mereka. Rayuan tersebut kemudian ditolak oleh SC dan EIB telah dimaklumkan mengenai keputusan SC itu pada  24 September 2021.

27.

Pengenaan sekatan di bawahSeksyen 220 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (“CMSA”) kerana ketakpatuhan terhadap  Perenggan 1.07, 3.01 and 3.05 Peraturan Pengambilalihan, Percantuman dan Pemerolehan Wajib (“Peraturan”) dan Pelanggaran Seksyen 221 CMSA

UOB Kay Hian Securities (M) Sdn Bhd (“UOBKH”)
  • UOBKH, sebagai penasihat utama kepada tawaran pengambilalihan dalam GETS Global Bhd, gagal mengadakan rundingan bersama Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (“SC”) terlebih dahulu untuk panduan mengenai permohonan hubungan pihak bersama yang berkemungkinan.
  • Kegagalan ini telah menyebabkan ia gagal menasihati pelanggannya mengenai pematuhan terhadap Peraturan dan CMSA dan pengemukaan maklumat palsu atau mengelirukan kepada SC dan pelabur.
  • UOBKH tidak mengambil perhatian kepada pertanyaan SC sebelum ini dan sepatutnya menggunakan ketelitian yang sama kepada hubungan pihak bersama yang berkemungkinan berhubung adik-beradik pihak pembuat tawaran bersama.
  • Di samping itu, UOBKH gagal untuk mendokumenkan isu-isu material dengan sewajarnya.
  • Celaan
  • Arahan kepada UOBKH untuk melaksanakan perkara berikut:

    i. Menjalankan semakan dan penilaian menyeluruh bagi pematuhan terhadap pengenalpastian pihak bersama menurut Peraturan dan CMSA. Keputusan semakan dan penilaian tersebut dengan saranan (sekiranya ada) hendaklah dilaporkan kepada SC dalam tempoh 3 bulan dari tarikh sekatan; dan
    ii. Membentangkan keputusan SC di mesyuarat Lembaga Pengarah UOBKH dan salinan minit mesyuarat bersama dokumen Lembaga Pengarah yang relevan yang membincangkan isu-isu hendaklah dihantar kepada SC dalam tempoh 1 bulan dari tarikh sekatan.
30 April 2021
28. Pengenaan sekatan di bawah Seksyen 220 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (“CMSA”) kerana ketakpatuhan terhadap  Seksyen 221 CMSA dan Perenggan 10.01 Peraturan Pengambilalihan, Percantuman dan Pemerolehan Wajib ("Peraturan")
  • Teong Lian Aik
  • ADA Capital Investments Limited
  • Low Bok Tek
  • Teong Lian Aik, ADA Capital Investments Limited dan Low Bok Tek (“Pihak-Pihak”) secara bersama dan menerima tanggungjawab penuh terhadap ketepatan maklumat yang terkandung dalam pengemukaan kepada SC (“Pengemukaan”) dan mengesahkan bahawa semua pertanyaan yang  wajar telah dibuat, yang pada pengetahuan, pendapat terbaik mereka yang dinyatakan dalam pengemukaan tersebut telah dibuat, selepas pertimbangan wajar dan berhati-hati dan tiada fakta lain yang tidak terkandung dalam Pengemukaan tersebut, yang mana peninggalan fakta itu akan menjadikan mana-mana kenyataan dalam Pengemukaan itu paslu atau mengelirukan. Bagaimanapun, Pengemukaan tersebut didapati mengandungi kenyataan palsu atau mengelirukan.
  • Namun begitu, Pihak-Pihak tersebut, ketika memaklumkan Pihak-Pihak bersama mengenai obligasi atau halangan mereka berhubung tawaran tersebut, tidak menyatakan secara khusus tempoh terpakai bagi obligasi atau halangan tersebut, dengan mengetahui bahawa surat obligasi tidak diedarkan kepada mereka; dan
  • Pihak-Pihak tersebut tidak mengambil perhatian kepada pertanyaan SC sebelum ini dan sepatutnya menggunakan ketelitian yang sama kepada hubungan pihak bersama yang berkemungkinan berhubung adik-beradik pihak-pihak tersebut.  
Celaan 30 April 2021
29. Pelanggaran 354(1)(b)(ii) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan dibaca bersama Perenggan 4.05 dan Perenggan 4.06, Seksyen B, Bahagian 2 Garis Panduan Produk Pasaran Modal Tidak Tersenarai di bawah Rangka Kerja Serah dan Simpan ("Garis Panduan LOLA")

AmBank (M) Berhad (“AmBank”)

Penangguhan selama sepuluh (10) hari perniagaan dalam pengemukaan laporan pascapenerbitan bulanan bagi program produk berstruktur mereka.

Penalti sebanyak RM10,000.00 9 April 2021
30.

Dua (2) pelanggaran di bawah Seksyen 354(1)(b)(iii) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dibaca bersama Klausa 3.1.3(a) Kod Etika dan Peraturan Tatalaku Profesional (Dana Unit Amanah)  setakat  22 Januari 2013 Persekutuan Pengurus Pelaburan Malaysia

Rohaini Binti Mohd Satari (“Rohaini”)

Sebagai Perunding Unit Amanah Bank Kerjasama Rakyat Bhd (“Bank Rakyat”), Rohaini telah:-

  • Melakukan 15 urus niaga tanpa kebenaran bagi akaun unit amanah pelanggan Bank Rakyat; dan
  • Dengan sengaja mengemukakan kenyataan kepada pelanggan Bank Rakyat yang mengandungi maklumat palsu atau mengelirukan. 
  • Celaan bagi setiap pelanggaran; and
  • Penalti sebanyak RM100,000.00
5 April 2021
31.

Pelanggaran Seksyen 354(1)(a) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (“CMSA”) dibaca bersama Seksyen 7(1) CMSA dan Perintah 3(1) Perintah Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Preskripsi Sekuriti) Mata Wang Digital dan Token Digital) 2019 (“Perintah CMSA”)

Remitano Co. Ltd.

Remitano telah mengendalikan pasaran yang diiktiraf (bursa aset digital) tanpa didaftarkan dengan SC di bawah Seksyen 34 CMSA melalui laman web https://remitano.com/btc/my serta melalui aplikasi mudah alih.

  • Celaan
2 April 2021
32. Ketakpatuhan terhadap Perenggan 19.01 dan 19.04 Peraturan Pengambilalihan, Percantuman dan Pemerolehan Wajib

Datuk Wira Lye Ek Seang

Ketakpatuhan 1
Datuk Wira Lye, sebagai individu yang bertindak secara bersama dengan pembuat tawaran dan pembuat tawaran akhir, telah menjual 8,875,770 saham pegangannya dalam Caring Pharmacy Bhd (“Caring”) melalui urus niaga luar pasaran ketika dalam tempoh tawaran berhubung tawaran pengambilalihan Caring tanpa persetujuan SC.

Ketakpatuhan 2
Penzahiran lewat urus niaga yang berkaitan dengan penjualan beberapa saham Caring miliknya.
  • Celaan
  •  Penalti sebanyak RM38,500
25 Mac 2021
33.

Ketakpatuhan terhadap  Perenggan 19.01 dan 19.04 Peraturan Pengambilalihan, Percantuman dan Pemerolehan Wajib

Datuk Seri Syed Ali bin Syed Abbas Al-Habshee

Ketakpatuhan 1
Datuk Seri Syed Ali, sebagai individu yang bertindak secara bersama dengan pembuat tawaran dan pembuat tawaran akhir, telah menjual 6,527,035 saham pegangannya dalam Caring Pharmacy Bhd (“Caring”) melalui urus niaga luar pasaran ketika dalam tempoh tawaran berhubung tawaran pengambilalihan Caring tanpa persetujuan SC.

 

Ketakpatuhan 2
Penzahiran lewat urus niaga yang berkaitan dengan penjualan beberapa saham Caring miliknya.

  • Celaan 
  • Penalti sebanyak RM38,500
25 Mac 2021
34.

Ketakpatuhan terhadap  Perenggan 19.01 dan 19.04 Peraturan Pengambilalihan, Percantuman dan Pemerolehan Wajib

Encik Arsam bin Damis

Ketakpatuhan 1
Encik Arsam, sebagai individu yang bertindak secara bersama dengan pembuat tawaran dan pembuat tawaran akhir, telah menjual 5,085,160 saham pegangannya dalam Caring Pharmacy Bhd (“Caring”) melalui urus niaga luar pasaran ketika dalam tempoh tawaran berhubung tawaran pengambilalihan Caring tanpa persetujuan SC.

Ketakpatuhan 2
Penzahiran lewat urus niaga yang berkaitan dengan penjualan beberapa saham Caring miliknya.

  • Celaan
  • Penalti sebanyak RM38,500
25 Mac 2021
35. Pelanggaran Seksyen 356(1)(a) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dibaca bersama  Perenggan 4.17 dan Perenggan 4.18(e), Seksyen B, Bahagian 1 Garis Panduan Produk Pasaran Modal Tidak Tersenarai di bawah Rangka Kerja Serah dan Simpan (Garis Panduan LOLA)

MIDF Amanah Asset Management Berhad

Penangguhan selama satu (1) hari perniagaan dalam pengemukaan pulangan statistik bulanan bagi satu dana borong yang diperlukan sehingga proses penggulungan dimuktamadkan.

Penalti sebanyak RM1,000.00 22 Mac 2021
36. Pelanggaran Seksyen 356(1)(a) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007  dibaca bersama Perenggan 4.17, Seksyen B, Bahagian 1 Garis Panduan Produk Pasaran Modal Tidak Tersenarai di bawah Rangka Kerja Serah dan Simpan (Garis Panduan LOLA) Kumpulan Sentiasa Cemerlang Sdn Bhd Penangguhan selama satu (1) hari perniagaan dalam pengemukaan pulangan statistik bulanan bagi satu dana borong yang diperlukan sehingga proses penggulungan dimuktamadkan. Penalti sebanyak RM1,000.00 15 Mac 2021
37. Pelanggaran 354(1)(a) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dibaca bersama Perenggan 4.05 dan Perenggan 4.06, Seksyen B, Bahagian 2 Garis Panduan Produk Pasaran Modal Tidak Tersenarai di bawah Rangka Kerja Serah dan Simpan (Garis Panduan LOLA) J.P. Morgan Chase Bank Berhad

Penangguhan selama tiga (3) hari perniagaan dalam pengemukaan laporan pascapenerbitan bulanan bagi program produk berstruktur mereka.

Penalti sebanyak RM3,000.00 15 Mac 2021
38.

Empat (4) pelanggaran Seksyen 354(1)(b)(iii) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (“CMSA”) dibaca bersama:-

  • Klausa 5(a)(i) and 5(f) Kod Etika dan Peraturan Tatalaku Profesional (Dana Unit Amanah) setakat 1 September 2001 Persekutuan Pengurus Pelaburan Malaysia
  • Klausa 2.1.9(g), 2.1.14(b) dan 2.6.4(b) Kod Etika dan Peraturan Tatalaku Profesional (Dana Unit Amanah)  setakat 22 Januari 2013 Persekutuan Pengurus Pelaburan 
    Malaysia (“FIMM”); dan
  • Perenggan 9(e) dan (f) Pekeliling bertajuk “Tugas dan Tanggungjawab Ahli dan Individu Berdaftar dalam Membantu Pelabur Membuat Keputusan Pelaburan Bermaklumat di bawah Urus Niaga Pertukaran” yang dikeluarkan oleh  FIMM bertarikh 14 Julai 2015
Bank Kerjasama Rakyat Berhad

Pelanggaran 1
Bank Rakyat gagal memastikan Perunding Unit Amanah (“UTC”)nya kekal layak dan sesuai kerana mereka telah melakukan pelbagai salah laku terhadap pelanggan mereka.

Pelanggaran 2
Tiada pengasingan tugas yang wajar antara pejabat hadapan dan pejabat belakang. UTC Bank Rakyat UTC berupaya melaksanakan fungsi pejabat hadapan dan pejabat belakang.

Pelanggaran 3
Tiada pengawasan oleh cawangan dan Ibu Pejabat Bank Rakyat terhadap UTC.

Pelanggaran 4
Tiada sistem dan prosedur bagi Bank Rakyat memantau atau menyemak urus niaga yang dilaksanakan oleh UTCnya yang merangkumi menjalan urus niaga berlebihan aset pelanggan (‘churning’).  

    • Celaan bagi setiap Pelanggaran,
    • Arahan untuk melaksanakan perkara berikut:-

      - Bank Rakyat memperuntukkan dan menggunakan tidak kurang daripada RM1,260,000.00dalam tempoh tiga (3) tahun dari sekatan bagi:-
      i. Peningkatan berterusan  pemantauan sistem dan langkah kawalan dalaman Bank Rakyat berhubung aktiviti unit amanahnya; dan
      ii. Memastikan pelaksanaan berkesan kawalan dan prosesnya termasuk peningkatan kemahiran kakitangan melalui latihan atau pembangunan keupayaan;  

      -Bank Rakyat melantik perunding bebas untuk mengkaji semula dan meningkatkan kawalan dalaman Bank Rakyat berhubung aktiviti unit amanah dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh sekatan, yang merangkumi perkara berikut:
      i.Untuk mengkaji semula kawalan yang mencukupi tersedia dalam pemasaran dan pengedaran dana unit amanay dan memastikan semua kelemahan dalam kawalan diperbaiki dengan  berkesan;
      ii. Untuk mengkaji semula keberkesanan inisiatif Bank Rakyat semasa dan yang dirancang, khususnya berhubung dengan peningkatan sistem, pelaksanaan Latihan Penilaian Kesesuaian, pemantauan berterusan urus niaga pelanggan dan memantau aktiviti pemasaran dan pengedaran  (termasuk kecekapan kakitanan bank terlibat);

  • Bank Rakyat hendaklah hanya menyambung semula aktiviti unit amanahnya yang merangkumi pemasaran dan pengedaran dana unit amanah (pelaburan melalui tunai) apabila telah melaksanakan dengan memuaskan Perenggan 2(a) di atas;
  • Bank Rakyat hendaklah melapor kepada SC mengenai pelaksanaan Perenggan 2(a) di atas setiap enam (6) bulan dari tarikh sekatan sehingga penghujung tempoh tiga (3) tahun; dan  
  • Bank Rakyat hendaklah melapor kepada SC mengenai pelaksanaan Perenggan 2(b) di atas dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh sekatan; dan
  • Bank Rakyat hendaklah membentangkan sekatan ini kepada Lembaga Pengarah Bank Rakyat dan menghantar minit mesyuarat Lembaga Pengarah kepada dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh sekatan.
3 Mac 2021
39.

Pelanggaran 354(1)(a) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan dibaca bersama  Seksyen 25(4) Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991

Othman bin Bakri ("Othman") Othman didapati merupakan pemilik benefisial sekuriti didepositkan, iaitu saham Grand-Flo Bhd dalam akaun CDS milik Mohammed Noor bin Mohd Sham.
  • Celaan
  • Penalti sebanyak RM84,000.00

16 Februari 2021

40.

Pelanggaran Seksyen 354(1)(a) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (“CMSA”) dibaca bersama Seksyen 369(b)(B) CMSA

G Neptune Berhad Dengan sengaja mengemukakan maklumat yang palsu atau mengelirukan kepada  Bursa Malaysia Securities Bhd (“Bursa”), iaitu respons dalam jawapan G Neptune bertarikh 9 Julai 2015 kepada pertanyaan dari Bursa (“Jawapan G Neptune kepada Bursa”).

Celaan

 

15 Februari 2021
41.

Pelanggaran 1
Pelanggaran Seksyen 218(2) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan("CMSA"), dibaca bersama Seksyen 9(1)(a) Kod Pengambilalihan dan Percantuman 2010  ("Kod 2010 ") dan Perenggan 5.2 Nota Amalan 9 Kod 2010

Pelanggaran 2
Pelanggaran Seksyen 218(2) CMSA, dibaca bersama Perenggan 4.01(b) dan 4.07(1) Peraturan Pengambilalihan, Percantuman dan Pemerolehan Wajib

Sim Cheng Young

Pelanggaran 1

  • Gagal melaksanakan tawaran wajib atau memohon pengecualian, berhubung pemerolehan saham Grand Hoover Bhd ("GHB") pada 5 Januari 2015, yang meningkatkan pegangan sahamnya apabila digabungkan dengan pegangan saham dalam  Dynamic Merchant Limited, iaitu syarikat milik penuhnya, sehingga melebihi  33% dalam GHB.

Pelanggaran 2            

  • Gagal melaksanakan tawaran wajib atau memohon pengecualian, berhubung saham yang dipindahkan kepadanya berikutan Pemberian Probe berkaitan saham GHB milik mendiang ibunya pada 7 Januari 2020, yang meningkatkan pegangan sahamnya dalam GHB sebanyak lebih daripadaa 2% dalam tempoh enam bulan.  
SC mengenakan penalti sebanyak RM35,000 bagi pelanggaran itu. 20 Januari 2021
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup