Dato’ Alizatul Khair Osman Khairuddin
Dato’ Alizatul Khair Osman Khairuddin
(Dilantik 15 Ogos 2023)


Dato’ Alizatul Khair Osman Khairuddin berkelulusan Ijazah Sarjana Muda UndangUndang (Kepujian) dari Universiti Malaya pada tahun 1976 dan Sarjana Undang-Undang dari London School of Economics, University of London, UK, pada tahun 1982.

Dato’ Alizatul Khair berpengalaman luas dalam bidang perundangan dan kehakiman sejak 1976. Antara jawatan yang disandangnya ialah sebagai Penasihat Undang-undang Kementerian Pendidikan, Timbalan Ketua Bahagian Sivil Jabatan Peguam Negara dan Penasihat Undang-undang Negeri Pulau Pinang di Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Pulau Pinang pada tahun 1995.

Dato’ Alizatul Khair kemudiannya dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman di Mahkamah Tinggi Shah Alam (2003), Hakim di Mahkamah Tinggi Shah Alam (2004), Hakim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (2008) dan Hakim Mahkamah Rayuan pada 2011.

Pada 2017, Dato’ Alizatul Khair telah dilantik ke Mahkamah Persekutuan di mana beliau berkhidmat sehingga bersara pada 2019.
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup