Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri
(Dilantik 1 Jun 2020)
Datuk Dr Zunika Mohamed ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri. Beliau merupakan ahli ekonomi terlatih dan telah berkhidmat dalam pelbagai bidang di beberapa kementerian sepanjang 25 tahun, termasuk tugasan beliau di Unit Perancang Ekonomi.
Beliau memiliki ijazah kedoktoran Ekonomi daripada Universiti Putra Malaysia dan memperoleh ijazah pascasiswazah dan sarjana muda ekonomi masing-masing dari Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia dan Universiti Texas, AS. Dr Zunika juga mempunyai diploma Pentadbiran Awam dari Institut Pentadbiran Awam Negara (INTAN) Malaysia.
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.