Tan Sri Wee Hoe Soon @ Gooi Hoe Soon
Tan Sri Wee Hoe Soon @ Gooi Hoe Soon
(Dilantik 1 Januari 2019)


Tan Sri Gooi Hoe Soon mempunyai lebih 35 tahun pengalaman dalam bidang perakaunan dan kewangan korporat. Beliau memainkan peranan penting dalam menjayakan pelaksanaan beberapa urusan korporat, termasuk pencantuman dan pemerolehan, dan penstrukturan semula hutang korporat oleh PLC.

Beliau merupakan ahli Panel Pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan kini menganggotai Lembaga Yinson Holdings Bhd, Red Ideas Holdings Bhd, Perusahaan Sadur Timah Malaysia (PERSTIMA) Bhd, AIA Bhd dan LMS Compliance Limited.

Tan Sri Gooi ialah bekas Pengerusi Lembaga Pengarah EON Bank Bhd dari 2009 hingga 2012, Pengerusi Amity Bond Sdn Bhd, Timbalan Pengerusi Avenue Capital Resources Bhd. Beliau juga ialah Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah Eksekutif – Urus Niaga Avenue Securities Sdn Bhd. Tan Sri Gooi merupakan ahli Persatuan Akauntan Awam Bertauliah Malaysia dan Institut Akauntan Malaysia.
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup