IPO Tidak Diluluskan
  • 2015
    Pemohon Alasan Tidak Diluluskan
    Q1

    Syarikat 1/15/MM

    Pemohon tidak mematuhi sepenuhnya keperluan penyenaraian bagi Syarikat Pemerolehan Tujuan Khas, seperti yang dinyatakan dalam Garis Panduan Ekuiti SC. Pemohon membuat rayuan kepada Suruhanjaya terhadap keputusan di atas. Rayuan tersebut ditolak.

    Q2

    Syarikat
    2/15/MM

    Pemohon dan penasihatnya tidak mematuhi sepenuhnya keperluan Garis Panduan Tatalaku Ketelitian Wajar bagi Cadangan Korporat. Kelemahan di dalam permohonan penyenaraian dan draf prospektus tersebut menimbulkan kebimbangan terhadap kecukupan dan kebolehpercayaan maklumat yang dikemukakan kepada SC. Dalam hal ini, SC tidak dapat memberi pandangan yang bermaklumat mengenai kesesuaian syarikat untuk penyenaraian.

    Q3

    Syarikat
    3/15/MM

    Pemohon tidak mematuhi sepenuhnya keperluan penyenaraian bagi Syarikat Pemerolehan Tujuan Khas, seperti yang dinyatakan dalam Garis Panduan Ekuiti SC.

  • 2014
    Pemohon Alasan Tidak Diluluskan
    Q3

    Syarikat
    1/14/MM

    Pemohon tidak mematuhi sepenuhnya keperluan penyenaraian bagi Syarikat Pemerolehan Tujuan Khas, seperti yang dinyatakan dalam Garis Panduan Ekuiti SC.

  • 2013
    Pemohon Alasan Tidak Diluluskan
    Q2

    Syarikat 1/13/MM

    Pemohon tidak mematuhi sepenuhnya keperluan perenggan 5.08 Garis Panduan Ekuiti iaitu ia gagal menunjukkan bahawa ia mempunyai kedudukan kewangan yang sihat oleh kerana, antara lain, aliran tunai negatif daripada aktiviti operasi dalam beberapa tahun kewangan yang disemak.

    Syarikat
    2/13/MM

    Pemohon tidak mematuhi sepenuhnya keperluan penyenaraian bagi Syarikat Pemerolehan Tujuan Khas, seperti yang dinyatakan dalam Garis Panduan Ekuiti SC.

    Syarikat
    3/13/MM

    Pemohon tidak mematuhi sepenuhnya keperluan penyenaraian bagi Syarikat Pemerolehan Tujuan Khas, seperti yang dinyatakan dalam Garis Panduan Ekuiti SC.

    Q4

    Syarikat
    4/13/MM

    Penzahiran mengenai pertimbangan pembelian bagi penyusunan semula pra tawaran awam awal (IPO) dan asas untuk mencapai harga IPO tidak mencukupi untuk membolehkan pelabur memahami dengan mendalam dan membuat keputusan pelaburan yang bermaklumat untuk membuat pelaburan saham yang ditawarkan dalam IPO.

  • 2011
    Pemohon Alasan Tidak Diluluskan
    Q2

    Syarikat 1/11/MM

    • Kebimbangan terhadap situasi konflik kepentingan.
    • Perkara di atas menyumbang kepada kegagalan untuk mematuhi Perenggan 4.01, 4.02 dan 4.03 Garis Panduan Ekuiti.
    Q3

    Syarikat 1/11/MM

    • Pemohon mencatatkan aliran tunai negatif daripada aktiviti operasi bagi tahun kewangan yang disemak.
    • Perkara di atas menyumbang kepada kegagalan untuk mematuhi Perenggan 5.08 (b) Garis Panduan Ekuiti SC.

    Syarikat 2/11/MM

    Kebimbangan mengenai pematuhan pemohon terhadap Perenggan 5.08 (a) Garis Panduan Ekuiti SC, yang menyatakan bahawa pemohon mesti mempunyai kedudukan kewangan yang baik dengan modal kerja yang mencukupi bagi sekurang-kurangnya 12 bulan dari tarikh penyenaraian prospektus.

    Syarikat 3/11/MM

    Permohonan ditolak kerana isu tadbir urus korporat.                     

  • 2010
    Pemohon Alasan Tidak Diluluskan
    Q1

    Syarikat
    1/10/MM

    Kebimbangan terhadap standard tadbir urus korporat pemohon.

  • 2009
    Pemohon Alasan Tidak Diluluskan
    Q4

    Syarikat 1/09/MM

    • Kebimbangan terhadap amalan tadbir urus korporat pemohon dan prospek perkembangan perniagaannya.
    • Perkara di atas menyumbang kepada kegagalan untuk mematuhi Bab 3 dan Perenggan 5.14 masing-masing bagi Garis Panduan Tawaran Sekuriti dan Sekuriti Berkaitan Ekuiti SC.

    Syarikat 2/09/MM

    • Pemohon tidak mempunyai perniagaan teras yang menyediakan sumber utama hasil operasi dan keuntungan kepada syarikat.
    • Perkara di atas menyumbang kepada kegagalan untuk mematuhi perenggan 5.08 Garis Panduan Tawaran Sekuriti dan Sekuriti Berkaitan Ekuiti SC.
  • 2008
    Pemohon Alasan Tidak Diluluskan
    Q1

    Syarikat 1/08/SB

    Kebimbangan terhadap prospek pertumbuhan pemohon dan kebergantungan yang tinggi terhadap beberapa pelanggan terpilih.
    Perkara di atas menyumbang kepada kegagalan untuk mematuhi Perenggan 6.18 Dasar dan Garis Panduan Terbitan/Tawaran Sekuriti SC.

  • 2007
    Pemohon Alasan Tidak Diluluskan
    Q1

    Syarikat 1/07/SB

    • Pemohon tidak berada dalam kedudukan kewangan yang sihat memandangkan kedudukan aliran tunainya adalah lemah. Ia mencatatkan defisit berterusan dalam baki tunai penutup bagi tahun-tahun-tahun kewangan yang lepas.
    • Kebimbangan terhadap prospek pertumbuhan masa hadapan Pemohon memandangkan ia sangat bergantung kepada kontrak terhad.
    • Perkara di atas menyumbang kepada kegagalan untuk mematuhi Perenggan perenggan 6.15 dan 6.18 Dasar dan Garis Panduan bagi Terbitan/Tawaran Sekuriti (Garis Panduan Terbitan).
    Q2

    Syarikat 1/07/MB

    • Pemohon tidak berada dalam kedudukan kewangan yang sihat memandangkan kedudukan aliran tunai adalah lemah. Ia mencatatkan defisit berterusan dalam baki tunai penutup bagi tahun-tahun kewangan yang lepas.
    • Kebimbangan terhadap keupayaan Pemohon untuk mendapatkan semula hutang belum terima dagangan dan bukan dagangan yang telah lama tertunggak.
    • Pemohon tidak mempunyai kontrak dalam tangan yang mencukupi daripada pihak yang tidak berkaitan untuk mengekalkan paras keuntungan yang munasabah bagi tempoh sekurang-kurangnya 3 tahun selepas penyenaraian.
    • Perkara di atas menyumbang kepada kegagalan untuk mematuhi Perenggan 6.15 dan 7.04(b) Dasar dan Garis Panduan bagi Terbitan/Tawaran Sekuriti SC.
    Q3

    Syarikat 1/06/MB

    • Kebimbangan terhadap prospek pertumbuhan Pemohon memandangkan ia terlibat dalam saiz pasaran domestik yang kecil dan mencatatkan paras jualan luar negara yang rendah. Selain itu, aktiviti nilai tambah yang dijalankan oleh Pemohon ke atas produknya agak minimum.
    • Pemohon tidak berada dalam kedudukan kewangan yang sihat memandangkan tahap inventori, dagangan belum terima dan tempoh perolehannya adalah tinggi.
    • Perkara di atas menyumbang kepada kegagalan untuk mematuhi Perenggan 6.18 dan 6.15 Dasar dan Garis Panduan bagi Terbitan/Tawaran Sekuriti SC.
  • 2006
    Pemohon Alasan Tidak Diluluskan
    Papan Utama (MB)

    Syarikat 1/06/MB

    • Pemohon tidak mematuhi keperluan rekod prestasi keuntungan di bawah perenggan 6.13(a) Garis Panduan Terbitan selepas mengecualikan hasil daripada pelupusan operasi yang dihentikan daripada keuntungan selepas cukai yang disatukan.
    • Pemohon tidak mematuhi Nota Panduan 7B Garis Panduan Terbitan memandangkan operasinya tidak akan menyebabkan pemindahan sebarang teknologi baharu ke Malaysia.
    • Pemohon beroperasi dalam pasaran yang bersaingan sengit dan terpaksa bersaing dengan syarikat asing sedia ada dan syarikat multinasional yang lebih besar dalam pasaran asing.
    Syarikat 2/06/MB
    • Kebimbangan terhadap kemampanan prestasi kewangan dan prospek pertumbuhan Pemohon memandangkan ia terlalu bergantung kepada kontrak terhad.
    • Pemohon beroperasi dalam industri bersaingan sengit dengan kelebihan daya saing yang minimum.
    Syarikat 31/06/MB
    • Kebimbangan terhadap prospek pertumbuhan masa hadapan Pemohon memandangkan ia sangat bergantung kepada aktiviti yang memiliki prospek pertumbuhan yang terhad.
    • Ketidakpastian mengenai implikasi undang-undang dan kewangan yang berkaitan dengan projek pembinaan tertentu.
    Syarikat 32/06/MB
    • Kebimbangan terhadap keupayaan Pemohon untuk menjayakan projek pembangunan yang besar memandangkan ia hanya pernah menjalankan projek pembangunan yang lebih kecil dan lebih separuh daripada bank tanah Pemohon tertumpu pada satu lokasi.
    • Pemohon tidak berada dalam kedudukan kewangan yang sihat memandangkan kedudukan aliran tunai adalah lemah dan keputusan kewangan yang buruk berdasarkan akaun pengurusan terkini yang  ada.
    Papan Kedua (SB)
    Syarikat 3/06/SB
    • Pemohon terlalu bergantung kepada satu pelanggan akhir.
    • Pemohon terlalu bergantung pada aktiviti kontrak pembuatan tidak bernilai tinggi
    • Pemohon beroperasi dalam industri bersaingan sengit dengan kelebihan daya saing yang minimum.
    Syarikat 4/06/SB
    • Kebimbangan terhadap sekatan jualan Pemohon di pasaran domestik.
    • Keupayaan reka bentuk Pemohon tidak ditunjukkan dengan baik dan produknya tidak dipatenkan.
    • Kebimbangan terhadap peningkatan jualan pada tahun kewangan terkini yang mungkin tidak dapat dikekalkan.
    Syarikat 5/06/SB
    • Majoriti produk Pemohon tidak digunakan secara meluas dan jualannya tertumpu pada sebuah negeri sahaja.
    • Pemohon beroperasi dalam industri bersaingan sengit dengan kelebihan daya saing yang minimum.
    • Jualan kepada pihak berkaitan adalah besar tanpa usaha yang mencukupi untuk mengurangkan keadaan tersebut.
    Syarikat 6/06/SB
    • Pemohon tidak mematuhi keperluan perenggan 6.15 Garis Panduan Terbitan yang memerlukan syarikat yang sedang memohon penyenaraian untuk berada dalam kedudukan kewangan yang sihat dan harus mempunyai paras modal kerja yang mencukupi ketika  penyenaraian.
    • Tadbir urus korporat yang lemah berhubung dengan penyerahan pulangan cukai pendapatan dan pembayaran kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.
    • Pemohon terlalu bergantung kepada satu pelanggan tunggal tanpa usaha yang mencukupi untuk menangani kebergantungan tersebut.
    Syarikat 7/06/SB

    Pemohon gagal memberi jawapan yang memuaskan terhadap kebimbangan yang dibangkitkan oleh SC berhubung dengan kebergantungan yang tinggi kepada satu pelanggan dan aktiviti kontrak pembuatan bernilai rendah tanpa usaha yang mencukupi untuk menanganinya, dan persaingan sengit dalam industri dengan kelebihan daya saing yang minimum.

    Syarikat 8/06/SB
    • Pemohon tidak mematuhi sepenuhnya keperluan perenggan 6.14(a) Garis Panduan Terbitan iaitu penyumbang terbesar kepada keuntungannya baru beroperasi secara penuh selama empat tahun kewangan.
    • Pemohon mempunyai isu tadbir urus korporat, seperti penyata kewangan teraudit bagi anak syarikatnya lewat dikeluarkan dan kegagalan pemegang saham utama untuk mengemukakan maklumat /pengisytiharan/pengesahan seperti yang ditetapkan di bawah Format dan Kandungan Permohonan bagi Tawaran Awam Awal, Garis Panduan Terbitan walaupun telah diberi peringatan beberapa kali.
    Syarikat 9/06/SB
    • Lembaga pengarah Pemohon mempamerkan tadbir urus korporat yang lemah.
    • Keputusan kewangan Pemohon tidak menunjukkan pertumbuhan yang kukuh walaupun syarikat telah dikenali dan beroperasi dalam industri untuk jangka masa yang lama.
    • Pemohon terlibat dalam pengeluaran komponen kurang rumit dan beroperasi dalam industri yang berdaya saing.
    Syarikat 33/06/SB
    • Pemohon telah gagal menunjukkan amalan tadbir urus korporat yang memuaskan dengan mengadakan persetujuan tidak rasmi dengan pihak ketiga dan tidak mendapat kelulusan yang berkaitan dari pihak berkuasa.
    • Kebimbangan terhadap implikasi undang-undang dan kewangan berkaitan dengan operasi Pemohon yang terletak di premis subkontraktor yang tidak mempunyai kelulusan dan lesen yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti perniagaan tersebut.
    • Pemohon tidak berada dalam kedudukan kewangan yang sihat memandangkan paras modal kerjanya adalah lemah.
    Pasaran MESDAQ (MM)
    Syarikat 9/06/MM
    • Penerimaan pasaran bagi produk yang direka dan dibangunkan oleh Pemohon belum dibuktikan memandangkan Pemohon masih baharu berbanding pesaing sedia ada yang lain. Di samping itu, Pemohon beroperasi dalam industri bersaingan sengit dengan kelebihan daya saing yang minimum.
    • Kebimbangan terhadap kemampanan prestasi kewangan dan prospek pertumbuhan Pemohon.
    • Kebimbangan terhadap keadaan penghutang dagangan Pemohon yang besar.
    Syarikat 10/06/MM
    • Kebimbangan terhadap keupayaan Pemohon untuk menembusi/ mendapatkan penerimaan pasaran yang lebih besar dan berjaya menjana pembelian berulang dalam jangka masa panjang daripada pelanggan.
    • Kebimbangan terhadap keupayaan Pemohon untuk bersaing, meningkatkan dan mengekalkan pertumbuhan pendapatan memandangkan pelanggannya yang sedia ada terdiri daripada pelanggan bersaiz kecil sahaja.
    Syarikat 11/06/MM
    • Kebimbangan terhadap keupayaan pemohon untuk bersaing dengan berkesan untuk meningkatkan dan mengekalkan pertumbuhan pendapatan dalam industri pemasaran berbilang aras memandangkan pelanggan untuk produk utamanya adalah syarikat kecil dan baharu.
    • Kebimbangan terhadap keupayaan pemohon untuk menembusi pasaran dengan lebih baik/memperoleh penerimaan pasaran di peringkat global untuk mengatasi bilangan pelanggan yang terhad di pasaran domestik
    Syarikat 12/06/MM

    Pemohon tidak layak dianggap sebagai syarikat berasaskan teknologi memandangkan aktiviti utamanya adalah penyediaan perkhidmatan kejuruteraan dan penyelenggaraan yang menggunakan teknologi tersedia secara komersil.

    Syarikat 13/06/MM
    • Pemohon gagal mempamerkan ciri-ciri syarikat yang mempunyai pertumbuhan yang tinggi berdasarkan pertumbuhan keseluruhan pendapatan dan keuntungannya.
    • Produk perdagangan tidak dianggap sebagai pelengkap kepada produk pembuatan Pemohon.
    • Halangan kemasukan yang rendah.
    Syarikat 14/06/MM
    • Sejarah keupayaan R&D dan pelaburan Pemohon yang lalu agak terhad/rendah, yang merupakan petunjuk kepada halangan teknologi yang rendah untuk kemasukan ke dalam industri.
    • Kebimbangan terhadap kemampanan prestasi kewangan dan prospek pertumbuhan Pemohon.
    Syarikat 15/06/MM

    Kebimbangan terhadap prospek perniagaan yang disebabkan oleh persaingan, produk perniagaan tidak saling melengkapi dan ketidakupayaan syarikat induk untuk mengekalkan penyenaraian jika Pemohon disenaraikan.

    Syarikat 16/06/MM
    • Pertumbuhan masa hadapan Pemohon bergantung kepada produk yang belum dikomersialkan.
    • Kebergantungan Pemohon yang tinggi terhadap beberapa pembekal dan pelanggan utama tanpa usaha yang mencukupi untuk menangani masalah ini
    • Halangan kemasukan yang rendah
    Syarikat 17/06/MM
    • Aktiviti perniagaan Pemohon adalah sangat berdaya saing di mana persaingan datang dari syarikat pemaju hartanah yang mempunyai pasukan dalaman/anak syarikat sendiri yang menjalankan aktiviti perniagaan yang sama seperti Pemohon.
    • Kebimbangan terhadap keupayaan Pemohon untuk bersaing, meningkatkan dan mengekalkan pertumbuhan pendapatan dalam jangka masa panjang memandangkan pada masa lalu, sumbangan pendapatan yang besar diperoleh daripada pihak berkaitan.
    Syarikat 18/06/MM

    Pemohon tidak layak dianggap sebagai syarikat berasaskan teknologi kerana ia merupakan pengguna teknologi dan bukannya pemaju dan pencetus perubahan teknologi memandangkan kebanyakan komponen produk akhir diperoleh daripada pihak ketiga.

    Syarikat 19/06/MM

    Pemohon tidak layak dianggap sebagai syarikat berasaskan teknologi memandangkan teknologi yang dibangunkan oleh Pemohon hanyalah alat sokongan untuk aktiviti teras bukan teknologi Pemohon.

    Syarikat 20/06/MM

    Pemohon tidak layak dianggap sebagai syarikat berasaskan teknologi memandangkan Pemohon pada dasarnya hanya pemaju kandungan multimedia dan bergantung kepada alat perisian daripada pihak ketiga.

    Syarikat 21/06/MM

    Pemohon tidak layak dianggap sebagai syarikat berasaskan teknologi memandangkan perisian yang dibangunkan hanyalah alat sokongan untuk fungsi dalaman.

    Syarikat 22/06/MM

    Pemohon tidak layak dianggap sebagai syarikat berasaskan teknologi memandangkan tiada pembangunan/pembaharuan teknologi.

    Syarikat 23/06/MM

    Pemohon tidak layak dianggap sebagai syarikat berasaskan teknologi memandangkan hanya sedikit sahaja pendapatan yang disatukan disumbangkan oleh kegiatannya yang berasaskan teknologi.

    Syarikat 24/06/MM
    • Kebimbangan terhadap prospek pendapatan masa hadapan dan pertumbuhan keuntungan Pemohon berdasarkan rekod keuntungan bercampur bagi tahun-tahun terdahulu dan tidak menunjukkan trend pertumbuhan yang kukuh.
    • Kebergantungan yang tinggi terhadap industri domestik dan prospek pertumbuhan jangka panjang industri domestik adalah tidak menentu.
    Syarikat 25/06/MM
    • Kebimbangan mengenai penyelesaian bersepadu bagi operasi dan pengurusan pejabat pintar Pemohon, sama ada ia berdaya maju secara komersial.
    • Kebimbangan terhadap keupayaan Pemohon untuk mengekalkan tahap pendapatan semasa sekiranya ia tidak dapat mengekalkan pelanggan utamanya.
    Syarikat 26/06/MM
    • Kebimbangan terhadap prospek masa hadapan Pemohon disebabkan ketidakpastian tentang keupayaan Pemohon untuk meningkatkan dan mengekalkan pertumbuhan pendapatan memandangkan pasaran Pemohon terhad kepada pihak berkuasa tempatan dengan keupayaan terhad untuk menembusi pasaran tempatan dan luar negara yang lain.
    • Kebergantungan Pemohon yang tinggi terhadap rakan kongsi strategik bagi jualan kepada pelanggan.
    Syarikat 27/06/MM

    Kegagalan Pemohon untuk memberi jawapan yang memuaskan terhadap isu yang dibangkitkan oleh SC berkaitan dengan persaingan sengit dalam industri dan kemampuan Pemohon untuk mengekalkan pertumbuhan pendapatannya memandangkan sumbangan pendapatan yang besar adalah dari pihak yang berkaitan.

    Syarikat 28/06/MM
    • Kebimbangan terhadap keupayaan Pemohon untuk berkembang memandangkan tumpuannya adalah pada pasaran terhad.
    • Kebimbangan terhadap keupayaan Pemohon untuk mengekalkan margin keuntungan kasar dan selepas cukai seperti tahun-tahun terdahulu.
    • Keupayaan R&D Pemohon tidak menentu.
    Syarikat 29/06/MM
    • Perniagaan teras Pemohon lebih kepada aktiviti dagangan berbanding aktiviti berasaskan teknologi.
    • Kebimbangan terhadap kemampanan prestasi kewangan dan prospek pertumbuhan Pemohon memandangkan ia berada dalam kedudukan lemah dari segi keupayaannya untuk tawar-menawar dengan pembekal/penyedia perkhidmatannya.
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup