Pada peringkat ini, MIS menyemak surat ikatan bagi memastikan perjanjian minimum yang dinyatakan dalam Garis Panduan mengenai Amanah Pelaburan Hartanah (Garis Panduan REIT) dimasukkan dalam surat ikatan tersebut. MIS juga menyemak prospektus untuk memeriksa sama ada kandungannya adalah menurut Garis Panduan Prospektus mengenai Skim Pelaburan Kolektif dan penzahiran yang dibuat adalah mencukupi untuk membantu pelabur membuat keputusan pelaburan yang bermaklumat. Surat ikatan dan prospektus mesti didaftarkan dengan SC sebelum penyenaraian REIT.
PVAL menyemak laporan nilaian hartanah tersebut untuk memastikan pematuhan terhadap keperluan Garis Panduan Penilaian Hartanah. Ia juga menyemak kecukupan penzahiran dalam sijil penilaian. ECU menyemak struktur pemegangan unit REIT bagi memastikan pematuhannya terhadap keperluan ekuiti Bumiputera.
Perbincangan antara penasihat utama dan SC juga diadakan, bermula dari peringkat perundingan pra-serahan. Sepanjang tempoh penilaian permohonan REIT, berlaku proses semakan dalaman yang ketat bagi memastikan ketelitian, konsistensi, ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam proses tersebut.
Lihat
Proses Kelulusan IPO REIT di Malaysia.pdf