Proses Semakan Dokumen Berkaitan Dengan Tawaran dan Skim
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) menyemak dokumen yang berkaitan dengan tawaran dan skim yang tertakluk di bawah Divisyen 2 Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA) dan Peraturan mengenai Pengambilalihan, Penggabungan dan Pemerolehan Wajib (Peraturan). Objektif semakan itu adalah bagi memastikan pematuhan terhadap keperluan di bawah CMSA, Kod Pengambilalihan dan Penggabungan Malaysia 2016 dan Peraturan.
Berhubung hal ini, Jabatan Pengambilalihan dan Percantuman (TOM) menyemak dan memberikan ulasan mengenai penzahiran yang dibuat dalam dokumen tawaran dan pekeliling lembaga penerima tawaran (untuk tawaran), dokumen skim (untuk skim) dan pekeliling nasihat bebas (untuk kedua-dua tawaran dan skim).

Dokumen yang berkaitan hendaklah mematuhi keperluan minimum penzahiran seperti yang diperuntukkan dalam Jadual 1 (untuk dokumen tawaran), Jadual 2 (untuk surat pekeliling nasihat bebas) dan Jadual 3 (untuk dokumen skim) di bawah Peraturan. Kesemua dokumen ini boleh diajukan kepada lembaga pengarah, pemegang saham dan pemegang sekuriti boleh tukar penerima tawaran hanya selepas SC memaklumkan bahawa ia tidak mempunyai komen lanjut mengenainya.

Penasihat yang memberi nasihat bebas melalui pekeliling nasihat bebas perlu memastikan kebebasannya berdasarkan faktor yang diperuntukkan di bawah perenggan 3.09 dan 3.10 Peraturan ini. Ini adalah untuk memastikan para pemegang saham penerima tawaran mendapat nasihat bebas yang meyakinkan sebelum membuat keputusan bermaklumat mengenai tawaran atau skim tersebut. Penilaian kebebasan seorang penasihat dilakukan melalui pendekatan pemeriksaan kendiri dan pelantikan penasihat tidak tertakluk kepada kelulusan SC. Walau bagaimanapun, penasihat yang dilantik hendaklah mengesahkan kebebasannya kepada SC dalam tempoh 3 hari setelah pelantikannya. Di samping itu, prinsip panduan am mengenai penilaian kuantitatif dan kualitatif oleh penasihat bebas disediakan untuk membantu penasihat bebas dalam membuat cadangan mengenai tawaran dan skim.

Memandangkan masa adalah penting dalam sesebuah tawaran dan skim, Peraturan telah menetapkan tempoh masa tertentu bagi penyerahan dokumen untuk semakan SC dan penghantarannya.
Bagi tawaran, draf pertama dokumen tawaran perlu dihantar ke SC dalam tempoh 4 hari selepas pengumuman notis tawaran, manakala draf pertama pekeliling lembaga penerima tawaran dan pekeliling nasihat bebas hendaklah diterima oleh SC dalam tempoh 20 hari selepas pengumuman notis tawaran. Dokumen tawaran terakhir akan dikeluarkan 21 hari selepas notis tawaran, manakala pekeliling lembaga pengarah penerima tawaran dan pekeliling nasihat bebas hendaklah dihantar dalam tempoh 10 hari, selepas pengeluaran dokumen tawaran.
Garis Masa Pendokumenan Tawaran
Garis Masa Pendokumentasi Skim

Bagi skim, draf pertama dokumen skim hendaklah diserahkan kepada SC dalam tempoh 4 hari, dan draf pertama pekeliling nasihat bebas dalam tempoh 20 hari dari tarikh pengumuman oleh lembaga pengarah penerima tawaran untuk membentangkan resolusi skim itu bagi kelulusan pemegang sahamnya. Kedua-dua dokumen skim dan pekeliling nasihat bebas hendaklah dikemukakan dalam tempoh 35 hari dari pengumuman yang dinyatakan di atas.
Semakan dokumen oleh SC adalah untuk memudah cara urusan pengambilalihan yang adil, cekap dan telus melalui penzahiran yang berkualiti dan bermakna dengan penyediaan maklumat yang relevan dan mencukupi supaya para pemegang saham dapat mempertimbangkan tawaran atau skim dalam tempoh masa yang munasabah.
  • Client Charter & Performance Statistics
    For continuous improvement in our transparency and accountability, the SC reveals its performance in the discharge of its regulatory functions. We provide a brief synopsis on the functions and the underlying principles and regulations we refer to in the evaluation of proposals. It is with strict adherence to these principles that we discharge our regulatory functions and the results of our performance are presented below.

    Corporate Proposals
    • The SC reviews proposals for listing and RTO on the Main Market of Bursa Malaysia Securities Bhd under section 212 of the Capital Markets and Services Act 2007 (CMSA). In this regard, it checks if the proposal is in compliance with the Equity Guidelines, and that the applicants’ directors and substantial shareholders are free from any adverse records and corporate governance issues. The SC also reviews and registers prospectuses under sections 232 and 237 of the CMSA for offerings of securities on both the Main and ACE Markets.

    Private Debt Securities (PDS)
    • Evaluate PDS proposals, monitoring of compliance with the securities laws, regulations and guidelines relating to issues, offers of PDS, for the purpose of achieving the SC’s objectives of promoting and maintaining an orderly, fair, efficient, secure and transparent securities market and affording adequate investor protection.

    Take-over Offers
    • Regulates take-overs and mergers under Division 2 of Part VI of the CMSA. In this regard, the Malaysian Code on Take-overs and Mergers 2016 sets out broad principles to be adhered to by parties involved in a take-over or merger transaction and the Rules on Take-overs, Mergers and Compulsory Acquisitions (Rules) provides operational and conduct requirements.

    Applications for compliance with the Bumiputera equity requirements
    • Analyse the effect of proposals in particular the Bumiputera equity participation, in accordance with the National Development Policy.

    Collective Investment Schemes (CIS)
    • Evaluate proposals relating to the issuance of securities by CIS, vetting and clearance of prospectuses and deeds, registration of prospectuses and deeds, vetting of prospectuses, fund reports, promotional materials and advertisements, to ensure the orderly regulation of the industry.

    Licensing
    • Execute all licensing activities, monitor fit and properness of licensees, administer disciplinary actions on licensees and ensure the processes are done in a transparent, efficient and effective manner.
  • SC Scorecard
    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis aute irure dolor in reprehenderit in voluptate velit esse cillum dolore eu fugiat nulla pariatur. Excepteur sint occaecat cupidatat non proident, sunt in culpa qui officia deserunt mollit anim id est laborum.
  • IPO Non-Approval
    "Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis aute irure dolor in reprehenderit in voluptate velit esse cillum dolore eu fugiat nulla pariatur. Excepteur sint occaecat cupidatat non proident, sunt in culpa qui officia deserunt mollit anim id est laborum
  • Business Processes
    • The Licensing Process
    • The Approval Process of Initial Public Offerings (IPOs) in Malaysia
    • The Review Process of Documents Relating to Offers and Schemes
    • The Approval Process of Unit Trust Funds in Malaysia
    • The Approval Process of Initial Public Offerings (IPOs) of Real Estate Investment Trusts (REITs) in Malaysia
    • The Complaints Management Process
  • Calendar of Periodic Updates

    Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis aute irure dolor in reprehenderit in voluptate velit esse cillum dolore eu fugiat nulla pariatur. Excepteur sint occaecat cupidatat non proident, sunt in culpa qui officia deserunt mollit anim id est laborum.

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup