Perkembangan Global

Ekonomi global memasuki fasa pemulihan pada 2021, disokong oleh pemulihan dalam aktiviti pembuatan dan perdagangan global. Walau bagaimanapun, pemulihan tersebut tidak sekata disebabkan akses kepada vaksin dan sokongan dasar yang berbeza dalam kalangan negara-negara di seluruh dunia. Ekonomi maju (AE) mencatatkan momentum pertumbuhan yang lebih kukuh manakala pemulihan dalam ekonomi pasaran pesat membangun (EME) secara relatifnya lebih lemah.

Kemunculan varian Delta COVID-19 yang sangat mudah berjangkit juga memanjangkan gangguan berkaitan pandemik, apabila negara-negara di seluruh dunia melaksanakan semula pelbagai langkah pembendungan. Walaupun sekatan telah dilonggarkan secara beransur-ansur menjelang akhir 2021, gangguan terhadap bekalan yang lebih lama daripada jangkaan serta harga komoditi yang lebih tinggi dan inflasi makanan terus memberi kesan kepada pemulihan ekonomi global sepanjang tahun.

Carta 1

Tahap tekanan kewangan global kekal rendah pada 2021, lanjutan daripada persekitaran pada akhir 2020. Namun demikian, volatiliti berkala berlaku sepanjang tahun ketika pertembungan pelbagai faktor

Pejabat Penyelidikan Kewangan (OFR) Indeks Tekanan Kewangan Global (FSI) dan FSI Malaysia
Nota: FSI Global diperolehi daripada OFR, Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) manakala Indeks Tekanan Kewangan Malaysia adalah anggaran dalaman menggunakan metodologi yang serupa (lihat Monin, 2017). Nilai FSI melebihi sifar menandakan tekanan kewangan dalam ekonomi yang lebih tinggi dari purata sejarah.
Sumber: Pejabat Penyelidikan Kewangan AS, anggaran dalaman SC.

Prestasi pasaran kewangan global bercampurcampur pada 2021 disebabkan pertembungan pelbagai faktor, antaranya kebimbangan terhadap ketahanan pemulihan ekonomi global, kadar normalisasi dasar monetari dalam AE, dinamik geopolitik dan kemunculan varian baru Omicron COVID-19 menjelang akhir tahun 2021. Ini mengakibatkan volatiliti berkala pasaran kewangan global, dengan prestasi yang berbeza dalam semua kelas aset dan rantau. Walau bagaimanapun, tahap keseluruhan tekanan kewangan global kekal rendah berbanding tahun sebelumnya.

Dalam pasaran ekuiti global, Indeks MSCI Dunia mencatatkan pelbagai pengukuhan pasaran di mana ia meningkat sebanyak 20.1% bersandarkan pada prospek pertumbuhan dan pendapatan korporat AE yang menggalakkan. Sementara itu, Indeks MSCI Pasaran Pesat Membangun merosot sebanyak -4.6%, dipengaruhi oleh prospek pertumbuhan EME yang lemah, termasuk momentum ekonomi China yang memperlahan dan hala tuju dasar yang tidak menentu. Dalam pasaran bon global, kadar hasil meningkat dari awal 2021 diterajui oleh nota 10 tahun Perbendaharaan AS didokong oleh jangkaan inflasi yang lebih tinggi dan langkah dasar monetari global yang lebih ketat.

CARTA 2

Pasaran ekuiti dan bon global mencatatkan prestasi bercampur-campur pada 2021

Prestasi Pasaran Ekuiti Global
Prestasi Pasaran Bon Global
Sumber: Thomson Reuters Datastream; pengiraan SC.
Pautan Berkaitan
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia | Hubungi Kami | Penolak Tuntutan | Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Follow us on:
Ooops!
Generic Popup