Laporan Tahunan Lembaga Pemantauan Audit 2021

Memupuk pengauditan bebas berkualiti tinggi bagi memelihara keyakinan terhadap kualiti dan keandalan penyata kewangan teraudit entiti berkepentingan awam dan kumpulan wang jadual di  Malaysia.

PERUTUSAN PENGERUSI

Sukacitanya saya melaporkan inisiatif dan aktiviti Lembaga Pemantauan Audit Suruhanjaya Sekuriti Malaysia bagi tahun 2021.

Pengenalan

Lembaga Pemantauan Audit (AOB) telah ditubuhkan di bawah Bahagian IIIA Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993 (SCMA) untuk mengawal selia juruaudit entiti kepentingan awam (PIE) dan kumpulan wang jadual untuk dan bagi pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). AOB juga menjalankan pemantauan ke atas mana-mana orang yang menyediakan laporan berkaitan maklumat kewangan PIE dan kumpulan wang jadual, berhubung dengan aktiviti pasaran modal.

AOB kekal fokus terhadap mandatnya untuk memupuk pengauditan bebas yang berkualiti tinggi dalam pasaran modal. Walaupun AOB tetap meneruskan fungsi terasnya, iaitu pendaftaran dan pengiktirafan, pemeriksaan, serta penguatkuasaan, ia memberikan perhatian terhadap kerumitan yang dihadapi oleh industri audit. Pemacu seperti ketidakpastian ekonomi global dan gangguan teknologi sentiasa dipantau untuk memastikan fokus AOB kekal terkini dan relevan.
FUNGSI TERAS AOB

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit praesent. vehicula leo diam, et dapibus urna molestie sodales. 

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit praesent. vehicula leo diam, et dapibus urna molestie sodales. 

Pendaftaran

AOB bertanggungjawab bagi pendaftaran juruaudit PIE dan kumpulan wang jadual. AOB juga mengiktiraf juruaudit asing yang mengaudit penyata kewangan perbadanan asing tersenarai di Bursa Malaysia.

Pemeriksaan

AOB menjalankan program pemeriksaan dan pemantauan ke atas juruaudit untuk menilai tahap pematuhan juruaudit terhadap piawaian pengauditan dan etika yang diguna pakai di Malaysia.

Penguatkuasaan

AOB memulakan prosiding penguatkuasaan dan mengenakan sekatan yang bersesuaian bagi sebarang ketakpatuhan terhadap piawaian pengauditan/etika, pengawalseliaan dan undangundang sekuriti.

RM905.5

billion

RM519.5

billion

RM4.8

billion

RM39.3

billion

345
Registered individual auditors
12
Recognised individual auditors
41
Registered and recognised audit firms
Audited
1,203
PIEs
RM1,718
billion market capitalisation
Audited
1,203
schedule funds
RM716
billion NAV
PROFIL FIRMA AUDIT DAN JURUAUDIT INDIVIDU YANG BERDAFTAR DAN DIIKTIRAF OLEH AOB PADA 31 DISEMBER 2021
345
juruaudit Individu berdaftar
12
juruaudit individu yang diiktiraf
41
firma audit berdaftar dan diiktiraf
Mengaudit
1,203
PIE
RM1,718
bilion permodalan pasaran syarikat awam tersenarai (PLC)
Mengaudit
1,255
kumpulan wang jadual
RM717
bilion nilai aset bersih (NAV)

Pengawasan Dan Penyeliaan Juruaudit PIE Dan Kumpulan Wang Jadual

Sorotan utama daripada fungsi teras AOB bagi 2021 diperjelaskan dalam bahagian seterusnya.

Sehingga 31 Disember 2021, terdapat 41 firma audit berdaftar dan diiktiraf oleh AOB, yang mengaudit 1,203 PIE dan 1,255 kumpulan wang jadual. Terdapat empat firma audit asing dan 12 juruaudit individu asing yang diiktiraf oleh AOB. 

Libat Urus Bersama Pihak Berkepentingan Dan Inisiatif Pembangunan Kapasiti


Tanggungjawab untuk melaksanakan audit penyata kewangan yang berkualiti terletak pada juruaudit. Walau bagaimanapun, AOB percaya bahawa penglibatan tetap dengan pelbagai pihak berkepentingan dan kepimpinan firma audit akan memberi kesan positif dalam meningkatkan kualiti audit. Kualiti audit dapat dicapai dalam situasi di mana terdapat sokongan daripada, dan komunikasi dalam kalangan pihak berkepentingan utama dalam ekosistem pelaporan kewangan.

Pada 2021, AOB menjadi ahli Kumpulan Kerja Pelabur dan Pihak Berkepentingan Lain (IOSWG) Forum Pengawal Selia Audit Bebas Antarabangsa (IFIAR). IOSWG termasuk Ahli IFIAR dari Austria, Kanada, Perancis, Itali, Jepun, Korea, Belanda, Afrika Selatan, United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS). Objektif IOSWG adalah untuk meningkatkan perlindungan pelabur dan menambah baik kualiti audit berdasarkan cadangan daripada kedua-dua pihak pelabur yang merupakan penerima utama audit dan pihak berkepentingan lain yang mempunyai kepentingan dalam perkara yang berkaitan dengan audit.

AOB meneruskan libat urus bersama pihak berkepentingan dan inisiatif pembangunan kapasiti untuk pedaftarnya pada 2021.

Penyata

Pernyataan daripada ahli-ahli Lembaga Pemantauan Audit dan penyata kewangan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021.

Ahli Lembaga AOB terdiri daripada Pengerusi Bukan Eksekutif, Pegawai Eksekutif dan 5 orang Ahli Bukan Eksekutif lain yang dilantik oleh SC. Ahli Bukan Eksekutif merupakan wakil daripada pengawal selia, iaitu BNM dan SSM, profesion perundangan, profesion pengauditan dan sektor swasta. Pegawai Eksekutif bertanggungjawab ke atas pentadbiran harian AOB.

Pengerusi Bukan Eksekutif AOB dilantik untuk tempoh 3 tahun manakala ahli-ahli Bukan Eksekutif Lembaga dilantik untuk tempoh 2 tahun. Pengerusi Bukan Eksekutif dan ahli-ahli Bukan Eksekutif layak untuk lantikan semula setelah tamat tempoh perkhidmatan mereka.

Lain-Lain

Akronim dan Singkatan

Muat Turun Laporan Tahunan 


Pautan Berkaitan
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia | Hubungi Kami |Penolak Tuntutan | Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Follow us on:
Ooops!
Generic Popup