Pengawasan Dan Penyeliaan Juruaudit PIE dan Kumpulan Wang Jadual

Sehingga 31 Disember 2021, terdapat 41 firma audit berdaftar dan diiktiraf oleh AOB, yang mengaudit 1,203 PIE dan 1,255 kumpulan wang jadual. Terdapat empat firma audit asing dan 12 juruaudit individu asing yang diiktiraf oleh AOB.

Pada 2021, AOB menjalankan pemeriksaan ke atas 14 firma audit meliputi 45 juruaudit individu untuk 54 tugasan audit. AOB mengguna pakai pendekatan pemeriksaan berasaskan risiko dalam proses perancangan dan pemilihan tugasan serta bidang utama khusus dalam tugasan audit yang dipilih. Untuk mengukuhkan lagi proses pemantauannya, AOB menjalankan semakan pemantauan luar lokasi dengan menganalisis laporan juruaudit dan penzahiran yang dibuat dalam Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Teraudit PIE masing-masing, dengan memberi tumpuan pada kedudukan kewangan PIE dan pelbagai penunjuk risiko yang signifikan.

Pada 2021, AOB melaksanakan lima tindakan penguatkuasaan. AOB membatalkan pendaftaran seorang rakan kongsi audit dan mengenakan penalti monetari sebanyak RM400,000 terhadap sebuah firma audit di atas kegagalan firma tersebut mematuhi piawaian etika yang berkaitan kebebasan juruaudit. Firma audit tersebut turut dilarang daripada menerima dan mengaudit mana-mana PIE atau kumpulan wang jadual untuk tempoh 12 bulan. Di samping itu, AOB turut mengenakan penalti monetari sebanyak RM150,000 dan RM50,000 masing-masing terhadap firma audit dan rakan kongsi audit yang sama kerana melanggar keperluan Piawaian Pengauditan Antarabangsa (ISA) yang berkaitan. Larangan untuk tempoh 12 bulan juga dikenakan terhadap firma audit tersebut.

Pautan Berkaitan
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia | Hubungi Kami |Penolak Tuntutan | Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Follow us on:
Ooops!
Generic Popup