Pengawasan Dan Penyeliaan Juruaudit Pie dan Kumpulan Wang Jadual

Aktiviti pemantauan utama AOB seperti pendaftaran, pemeriksaan dan penguatkuasaan adalah bertujuan untuk menggalakkan amalan pengauditan berkualiti tinggi. AOB menggalakkan firma audit agar membangunkan kapasiti dan mewujudkan rangka kerja kualiti yang membolehkan audit berkualiti dilaksanakan secara konsisten.
AOB mendaftar dan mengiktiraf 40 firma audit dan 369 juruaudit individu berdaftar dan diiktiraf.

Selaras dengan Seksyen 31V(1) Bahagian IIIA SCMA, AOB menjalankan pemeriksaan ke atas juruaudit PIE dan kumpulan wang jadual untuk menggalakkan audit berkualiti tinggi dan penyata kewangan teraudit yang boleh dipercayai.
Pada 2022, AOB memeriksa 21 Firma Audit meliputi 52 juruaudit individu untuk 56 tugasan audit.
Setiap tahun, AOB menjalankan pemeriksaan ke atas semua firma yang mempunyai lebih daripada 50 pelanggan audit PIE dengan jumlah permodalan pasaran pelanggan audit PIE melebihi RM15.0 bilion.

AOB terus menumpukan usahanya dengan melaksanakan tindakan penguatkuasaan yang akan menyemai tingkah laku yang baik dan mencapai tahap pematuhan yang tinggi dalam kalangan pendaftar AOB.
Dalam menentukan jenis tindakan yang akan dikenakan, AOB memastikan bahawa tindakan penguatkuasaan sepadan dengan sifat dan keseriusan pelanggaran. AOB akan mengenakan tindakan yang lebih ketat terhadap kes pelbagai kegagalan melaksanakan prosedur audit. Pertimbangan lain termasuk tingkah laku juruaudit, rekod kawal
selia terdahulu dan kesan ke atas pasaran modal.

Pautan Berkaitan
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia | Hubungi Kami |Penolak Tuntutan | Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Follow us on:
Ooops!
Generic Popup