Pendaftaran dan Pengiktirafan

Aktiviti pemantauan utama AOB seperti pendaftaran, pemeriksaan dan penguatkuasaan adalah bertujuan untuk menggalakkan amalan pengauditan berkualiti tinggi. AOB menggalakkan firma audit agar membangunkan kapasiti dan mewujudkan rangka kerja kualiti yang membolehkan audit berkualiti dilaksanakan secara konsisten.

Aktiviti pemantauan AOB disasarkan terhadap:

  • Menguatkuasa Syarat-syarat Pendaftaran AOB yang menggalakkan kualiti dan kapasiti;
  • Memacu amalan audit berkualiti melalui pemeriksaan dan usaha pemulihan; dan
  • Menetapkan ketetapan bagi kualiti melalui tindakan penguatkuasaan.

AOB mendaftar dan mengiktiraf 40 firma audit dan 369 juruaudit individu berdaftar dan diiktiraf.

Jadual 1 di bawah menunjukan pecahan bilangan pelanggan PIE dan kumpulan wang jadual juruaudit berdaftar dan
diiktiraf tersebut.

JADUAL 1 - Juruaudit berdaftar dan diiktiraf pada 31 Disember 2022

Carta 1 menunjukkan bilangan firma audit berdaftar dan juruaudit individu untuk lima tahun yang lalu. Bilangan firma audit berdaftar telah menurun daripada 49 pada 2018 kepada 36 pada 2022. Penurunan mendadak dalam bilangan firma audit adalah disebabkan oleh syarat pendaftaran AOB yang diperkenalkan pada Ogos 2018. AOB mengetatkan syarat pendaftaran pada 2019 untuk menambah baik dan mengukuhkan kapasiti dalaman dan tadbir urus firma audit. Syarat pendaftaran menyediakan ruang kepada firma audit untuk menstruktur semula amalan mereka agar lebih bersedia untuk mengaudit PIE dan kumpulan wang jadual.

Bilangan juruaudit individu berdaftar terus meningkat sejak 2019 apabila firma audit mula membina kapasiti.

Carta 2 menunjukkan bilangan firma audit dan juruaudit individu yang diiktiraf untuk lima tahun yang lalu. Dalam tempoh lima tahun tersebut, bilangan firma audit dan juruaudit individu yang diiktiraf kekal tidak berubah pada empat firma dan 12 juruaudit individu yang diiktiraf. Firma audit yang diiktiraf adalah dari Singapura, Hong Kong dan UK.

Firma audit yang diiktiraf mestilah firma rangkaian gabungan antarabangsa, dengan sokongan teknikal yang berkesan dan kawalan kualiti yang mantap daripada firma rangkaiannya.

AOB bergantung pada rangka kerja pemantauan bidang kuasa negara asal juruaudit yang diiktiraf untuk menentukan sama ada mereka sesuai dan layak untuk mengaudit PIE. Sebahagian daripadanya adalah memastikan bahawa firma audit mematuhi piawaian antarabangsa bagi kawalan kualiti, pengauditan, etika dan jaminan lain, dan mereka tertakluk kepada pemeriksaan berkala oleh pengawal selia audit negara asal mereka.

PERGERAKAN PELANGGAN PIE

Pada 2022, tambahan dua firma audit yang berdaftar dengan AOB dengan jumlah pelanggan PIE sebanyak 162 memenuhi kriteria Firma Audit Utama Pada masa ini, Firma Audit Utama di Malaysia terdiri daripada lapan firma audit yang berdaftar dengan AOB yang secara kolektif mengaudit 95.3% daripada jumlah permodalan pasaran PLC di Malaysia. Pada 2022, terdapat penambahan baharu pada senarai pelanggan PIE bagi firma audit berdaftar. Selain itu, terdapat PLC yang telah dinyahsenaraikan dan PIE yang tidak lagi dianggap sebagai PIE.

Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2, masih berlaku perpindahan pelanggan audit PIE dari Firma Audit Utama ke Firma Audit Lain pada tahun 2022. AOB melihat trend ini secara positif kerana pergerakan tersebut akan mencairkan penumpuan pasaran dalam industri audit.

Walaupun AOB melihat trend ini secara positif, Firma Audit Lain diingatkan untuk membangunkan kapasiti sumber manusia firma dari semasa ke semasa untuk mengekalkan kualiti audit mereka. Firma Audit lain harus mengikuti perkembangan dalam pasaran modal. Ini bagi memastikan firma audit mempunyai sumber yang berkebolehan dan cekap untuk melaksanakan audit yang berkualiti.

JADUAL 2 - Pergerakan pelanggan dalam kalangan firma audit yang berdaftar dan diiktiraf dalam tahun 2022

RENCANA: PROFIL USIA JURUAUDIT INDIVIDU YANG BERDAFTAR DAN DIIKTIRAF OLEH AOB

Pada 2017, AOB menekankan keperluan bagi firma audit mempertimbangkan kesinambungan dan kemampanan amalan audit. Perancangan penggantian adalah penting untuk meminimumkan gangguan kepada amalan dan membolehkan rakan kongsi yang akan bersara meninggalkan firma dan melaksanakan peralihan dengan lancar. Firma audit mesti berterusan merekrut bakat baharu, membangun, membimbing dan melatih ahli pasukan mereka untuk memegang peranan pengurusan dan kepimpinan.

CARTA 3 - Profil usia juruaudit individu berdaftar pada 31 Disember 2022

Berdasarkan data pada 2022, 41% (2017: 42%) juruaudit individu
berdaftar berusia 50 tahun dan ke atas. Dalam kumpulan ini, 20%
(2017: 36 %) berusia 60 tahun ke atas. Juruaudit individu berdaftar yang paling tua berusia 79 tahun. Satu perkembangan yang menggalakkan ialah kumpulan yang berusia 40 tahun dan ke bawah telah meningkat kepada 19% (2017:11%), menunjukkan 40 hingga 49, peningkatan dalam bilangan bakat muda dalam profesion.

Pautan Berkaitan
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia | Hubungi Kami |Penolak Tuntutan | Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Follow us on:
Ooops!
Generic Popup