Pemeriksaan ke atas Firma Audit dan Juruaudit Individu

Selaras dengan Seksyen 31V(1) Bahagian IIIA SCMA, AOB menjalankan pemeriksaan ke atas juruaudit PIE dan kumpulan wang jadual untuk menggalakkan audit berkualiti tinggi dan penyata kewangan teraudit yang boleh dipercayai.

Pemeriksaan yang dijalankan oleh AOB terdiri daripada semakan di peringkat Firma dan peringkat Tugasan.

Pada 2022, AOB memeriksa 21 Firma Audit meliputi 52 juruaudit individu untuk 56 tugasan audit.

Setiap tahun, AOB menjalankan pemeriksaan ke atas semua firma yang mempunyai lebih daripada 50 pelanggan audit PIE dengan jumlah permodalan pasaran pelanggan audit PIE melebihi RM15.0 bilion. Lapan Firma Audit Utama ini (2021: enam Firma Audit Utama) secara kolektif mengaudit PLC yang mewakili 73.5% daripada jumlah bilangan PLC dan 95.3% daripada jumlah permodalan pasaran PLC di Malaysia.

AOB mengguna pakai pendekatan pemeriksaan berasaskan risiko dalam memilih firma audit yang lain untuk pemeriksaan di bawah program pemantauannya. AOB mengambil kira pelbagai faktor seperti:

  • Saiz firma audit (termasuk tahap pelaburan yang dilakukan oleh firma untuk kualiti audit);
  • Bilangan rakan kongsi audit berdaftar dengan AOB;
  • Keputusan semakan pemantauan dalaman dan luaran juruaudit;
  • Bilangan pelanggan PIE dan kumpulan wang jadual;
  • Permodalan pasaran dan kerumitan pelanggan firma audit; dan
  • Prestasi kewangan pelanggan terutamanya jika terdapat petunjuk potensi manipulasi kewangan dan/atau kebimbangan mengenai kecairan.

AOB juga melaksanakan beberapa pemeriksaan bersasar sebagai tindak balas terhadap risiko yang baru muncul.

Pada akhir setiap pemeriksaan, AOB menilai tahap keseriusan pemerhatian yang timbul daripada setiap tugasan yang disemak. Firma audit dijangkakan akan melakukan tindakan pemulihan terhadap semua pemerhatian dalam garis masa yang dipersetujui dengan AOB tanpa mengira sama ada tindakan penguatkuasaan seterusnya diambil ke atas juruaudit individu atau firmanya.

AOB menekankan kepentingan mengenal pasti punca sebenar apabila membangunkan pelan tindakan pemulihan. Penting bagi pelan pemulihan tersebut bersifat holistik, relevan dan berdaya maju untuk memastikan sebarang kekurangan atau kelemahan dalam kualiti audit diperbetulkan dengan sewajarnya dan segera untuk memastikan penyata kewangan PIE dan kumpulan wang jadual yang diaudit berkualiti tinggi dan boleh dipercayai.

Maklumat yang lebih mendalam mengenai program pemeriksaan, termasuk pemerhatian pemeriksaan lazim, hasil semakan tematik, analisis trend dan usaha pemulihan yang dilaksanakan oleh firma audit yang diperiksa akan disediakan secara berasingan dalam AOB AIR 2022.

SOROTAN PEMERIKSAAN 2022

Pendekatan berasaskan risiko yang diambil oleh AOB dalam perancangan dan pemilihan tugasan untuk program pemeriksaan dan pemantauan

Tindakan yang diambil pada 2022 termasuk:

  • Mengenakan langkah-langkah pemulihan khusus untuk menggabungkan atau menyemak prosedur audit yang berkaitan
  • Tindakan penguatkuasaan dilakukan oleh AOB menurut Seksyen 31Z SCMA
  • Merujuk kes-kes PLC kepada jabatan yang berkenaan di SC

LIPUTAN INDUSTRI OLEH PEMERIKSAAN AOB PADA 2022

Pautan Berkaitan
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia | Hubungi Kami |Penolak Tuntutan | Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Follow us on:
Ooops!
Generic Popup