Membolehkan Pasaran Yang Lebih Relevan, Cekap dan Pelbagai

Bagi membolehkan pasaran yang lebih relevan, cekap dan pelbagai, SC telah mengambil langkah untuk memudahcara pasaran modal yang berdaya saing dan inklusif. Pada 2022, SC terus menjalankan inisiatif untuk meningkatkan kemampanan ekonomi melalui usaha mengembangkan pasaran modal selaras dengan matlamat dan sasaran negara. Agenda pembangunan SC juga bertujuan sebagai pemangkin pelaburan, mengembangkan ekosistem pendanaan, dan memperkasakan pelabur untuk masa depan yang lebih mantap, di samping mengharungi era pendigitalan. Di samping itu, SC terus meningkatkan daya saing Malaysia dalam pelaburan mampan dan bertanggungjawab (SRI) serta meluaskan dan mendalami pasaran modal Islam untuk mengukuhkan nilai serta bagi mengukuhkan kepimpinannya di peringkat global.

Oleh kerana pendigitalan dan pendemokrasian membentuk semula cara pasaran modal beroperasi, SC komited ke arah memastikan ekosistem pelaburan dan pendanaan sejajar dengan keperluan pasaran yang berubah-ubah.

Memandangkan keperluan mendesak dalam memenuhi matlamat pembangunan mampan dan iklim, kewangan dan pelaburan mampan terus berada haluan pertumbuhan di peringkat global.

SC terus merangka hala tuju strategiknya untuk memacu pasaran modal Islam yang lebih luas dan berkembang, memperluaskan jangkauan dan cadangan nilainya. 

Ketika rakyat Malaysia mengumpul kekayaan, terdapat keperluan untuk membangunkan pendekatan berpandukan nasihat untuk membantu para pelabur mengurus masa depan kewangan mereka.

Pautan berkaitan
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia | Hubungi Kami |Penolak Tuntutan | Paparan laman yang lebih baik dengan resolusi minimum 1280x1024
Follow us on:
Ooops!
Generic Popup