Prospek bagi 2023

Pertumbuhan ekonomi global dijangka terus perlahan pada 2023, tertakluk kepada ketidaktentuan yang ketara. Selain daripada kebimbangan berterusan berkaitan dengan pandemik, terutamanya di China, interaksi antara pemecahan geopolitik, tekanan inflasi yang meningkat dan kadar normalisasi dasar monetari dalam ekonomi utama, akan menjadi penentu utama kepantasan aktiviti ekonomi global. Sementara itu, perkembangan dalam pasaran modal global dijangka selari dengan prospek ekonomi ini.

Ekonomi Malaysia diunjurkan kekal berkembang pada 2023, tetapi pada kadar yang lebih sederhana, mencerminkan persekitaran global yang semakin mencabar dan normalisasi dalam permintaan domestik. Risiko penurunan pertumbuhan tetap ada, disebabkan ketidaktentuan luaran, manakala kadar pemulihan ekonomi mungkin akan terus tidak sekata bagi semua sektor.

Prestasi pasaran modal Malaysia diunjurkan kekal berdaya tahan, sejajar dengan ekonomi domestik. Walau bagaimanapun, pasaran modal domestik akan terus dipengaruhi oleh perkembangan global utama, dengan volatiliti dijangka didorong oleh tahap pengetatan dasar monetari global dan perkembangan geopolitik. Namun begitu, keadaan pasaran modal domestik akan kekal teratur, dan terus menyokong aktiviti ekonomi, didukung oleh asas makroekonomi yang kukuh dan infrastruktur pasaran modal yang menyokong.

Pautan Berkaitan
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia | Hubungi Kami |Penolak Tuntutan | Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Follow us on:
Ooops!
Generic Popup