Pemantauan

SC menjalankan pemantauan proaktif merentasi pelbagai segmen pasaran di bawah bidang kuasanya untuk mengesan potensi salah laku dan mengenal pasti kelemahan yang membolehkan risiko baru muncul dicegah melalui libat urus dan intervensi awal.


  • Mengesan dan Menghalang Pelanggaran Korporat

    SC memainkan peranan penting dalam memantau tatalaku syarikat awam tersenarai (PLC) melalui usaha pemantauannya untuk memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan sekuriti, dengan tujuan untuk menjaga kepentingan pelabur dan mengekalkan integriti pasaran modal. Program pemantauan SC terdiri daripada pelbagai aktiviti, termasuk meneliti urus niaga korporat, penzahiran serta penyata kewangan PLC untuk mengesan penyelewengan atau potensi salah laku.

    Pengumpulan dana PLC melalui penerbitan saham dan penzahiran mengenai urus niaga korporat kekal menjadi keutamaan pasukan pemantauan SC pada 2023. Semakan pemantauan telah dilaksanakan bagi 118 PLC berdasarkan, antara lain, pengumuman oleh PLC, berita dalam media arus perdana dan bukan arus perdana serta aduan yang diterima untuk mengesan potensi pelanggaran undang-undang sekuriti atau ketidakpatuhan piawaian pelaporan kewangan. Sebagai sebahagian dari tinjauan, SC juga mengadakan libat urus dengan pengarah, pegawai, juruaudit dan profesional PLC lain yang terlibat untuk pencarian fakta selanjutnya. Libat urus ini juga mengingatkan para pengarah tentang keperluan untuk bertindak secara konsisten demi kepentingan terbaik syarikat dan pemegang saham mereka.

    Semakan pemantauan yang dijalankan mengetengahkan beberapa kebimbangan yang berkaitan dengan penzahiran, penggunaan dana yang diperoleh dan pemakaian piawaian pelaporan kewangan. Jika penyelewengan atau kemungkiran pelanggaran undang-undang sekuriti dikesan, ia dimajukan untuk siasatan rasmi dan/atau tindakan penguatkuasaan. Sekiranya perlu, Bursa Malaysia juga terlibat dalam hal yang memerlukan perincian yang mendalam sebagai pengawalselia.

    Pada 2023, SC memperkukuh pendekatan pengawasannya, dengan menyasarkan kepada bidang kajian khusus yang dititikberatkan, dimana terdapat hasil yang berkesan dan cekap dalam menyerlahkan potensi pendedahan salah laku. Hasil daripada pendekatan yang disasarkan tersebut, 166 tinjauan terhadap potensi salah laku korporat telah diselesaikan (2022: 317 tinjauan) dengan lapan kes dirujuk untuk siasatan rasmi (2022: 4 kes).
  • Memupuk Pematuhan Terhadap Peraturan Pengambilalihan dan Penggabungan

    Sebagai sebahagian daripada mandatnya, SC juga memantau dengan teliti pematuhan terhadap keperluan pengambilalihan untuk mengesan salah laku dan pelanggaran yang boleh menjejaskan kepentingan orang ramai yang melabur. Pada 2023, SC telah mengenakan sekatan yang terdiri daripada arahan untuk menjual saham, penalti RM500,000 dan teguran terhadap pihak tertentu kerana gagal melaksanakan tawaran pengambilalihan mandatori berikutan pemerolehan saham yang melebihi had rayap, iaitu melebihi 2.0% daripada saham mengundi dalam tempoh enam bulan. Di samping itu, SC juga telah mengeluarkan Notis Pelanggaran kerana ketidakpatuhan lain yang dikesan termasuk mengemukakan permohonan untuk pengecualian selepas kewajipan tawaran mandatori tercetus dan ketidakpatuhan berkaitan dengan urusan dalam sekuriti ketika tempoh tawaran dan/atau penzahiran maklumat kepada SC (Jadual 17).
    JADUAL 17
    Hasil pemantauan

    Hasil pemantauan

    2023 2022
    Tindakan pentadbiran*

    1 2
    Notis Pelanggaran*
    5 5
    Nota: 
    * Statistik juga dinyatakan di bawah tindakan pentadbiran (Jadual 25) dan Notis Pelanggaran (Jadual 26) di bawah SC.

    Selanjutnya, SC berusaha untuk mengesan secara awal isu-isu utama dalam pengambilalihan dan urus niaga lain yang berkaitan dengan menggalakkan perundingan awal untuk menjelaskan pemakaian Kod/Peraturan yang mentadbir urus niaga tersebut. Pada 2023, perundingan dengan SC melibatkan pelbagai aspek peraturan pengambilalihan termasuk mengenai penawar utama, penawar bersama dan pihak yang berkaitan, yang mencetuskan kewajipan tawaran mandatori dan kelayakan untuk pengecualian, syarat dan prasyarat untuk tawaran, tawaran yang menguntungkan dan kekecewaan tawaran, sekatan berikutan tawaran dan kemungkinan tawaran, membatalkan urus niaga berhubung prosedur whitewash dan pertanyaan am lain. Melalui proses perundingan, SC memupuk persekitaran yang kondusif untuk SC memberikan penjelasan dan panduan yang relevan, dengan matlamat untuk meningkatkan pematuhan pihak berkepentingan terhadap keperluan kawal selia untuk transaksi pengambilalihan dan penggabungan.

    Pada 2023, SC dan Bursa Malaysia juga mengadakan dialog berasingan dengan BOD syarikat untuk disenaraikan di Pasaran Utama atau Pasaran ACE mengenai keperluan penting yang harus dipatuhi oleh syarikat tersenarai, termasuk peraturan pengambilalihan utama, sebelum penyenaraian syarikat itu. Inisiatif ini berfungsi sebagai forum penting untuk menyebarkan keperluan kawal selia yang penting dan meningkatkan pemahaman yang lebih baik dalam kalangan syarikat yang baru disenaraikan.

    Selain daripada interaksi SC dengan penasihat semasa semakan permohonan atau perundingan, SC juga mengadakan libat urus bersama pengamal untuk membincangkan isu-isu yang rumit dan untuk menjelaskan jangkaan mengenai pematuhan keperluan pengambilalihan. Pada 28 Julai 2023, mesyuarat kumpulan fokus telah diadakan antara SC, Bursa Malaysia dan 20 firma guaman yang mengambil bahagian untuk membincangkan pelbagai perkara berkaitan kewangan korporat dan pelaburan, termasuk pengambilalihan dan penggabungan. Selanjutnya, pada 5 Oktober 2023, SC menganjurkan dialog mengenai isu-isu terkini pengambilalihan dan penggabungan, yang dihadiri oleh wakil daripada 26 firma penasihat dan Persatuan Perbankan Pelaburan Malaysia (MIBA). Libat urus ini membolehkan SC kekal berwaspada dan fokus kepada pihak berkepentingan dalam memastikan pengawalseliaan aktiviti pengambilalihan di Malaysia kekal sejajar dengan landskap pasaran yang semakin berkembang.

    Secara ringkasnya, pendekatan pelbagai aspek SC yang melibatkan pemantauan proaktif, perundingan, dialog pendidikan dan libat urus bersama pengamal menunjukkan komitmennya dalam mengekalkan pasaran yang adil dan dikawal selia dengan baik sejajar dengan landskap pasaran yang berkembang di Malaysia dan menekankan keberkesanannya dalam mengawal selia aktiviti pengambilalihan.
  • Mengekalkan Pasaran yang Adil dan Teratur Melalui Pemantauan Proaktif

    Tonggak utama pendekatan SC kepada pemantauan pasaran melibatkan penyeliaan yang dipertingkat ke atas aktiviti dagangan yang meliputi perkembangan korporat yang material. Ini adalah penting bagi pengesanan aktiviti dagangan orang dalam yang berpotensi yang menjejaskan integriti pasaran and akses yang saksama kepada maklumat oleh pelabur awam. Bagi memastikan pencapaian ini, SC secara aktif sentiasa mengikuti perkembangan korporat dari spektrum sumber yang luas termasuk penzahiran syarikat, aduan yang diterima dari Bursa Malaysia serta sumber maklumat lain seperti media yang kekal sebagai keutamaan pengawasan utama pada 2023.

    Di samping itu SC memanfaatkan sistem pemantauan dagangan berautomasinya, yang dilengkapi dengan analitik dalaman lanjutan, untuk mengenal pasti dan menganalisis aktiviti dagangan yang diragui. Ini secara berkesan memudahcarakan pengesanan tepat pada masanya sebarang penyelewengan pasaran, termasuk ketika tempoh harga berlebihan dan volitiliti volum yang seterusnya, membolehkan pengenalpastian secara objektif hal-hal salah guna pasaran yang berpotensi dan keputusan bermaklumat terhadap tindakan kawal selia susulan.
  • Menangani Penyimpangan Dagangan di Peringkat Awal dan Mengesan Salah Guna Pasaran untuk Siasatan Lanjut

    SC kekal berwaspada dalam menangani sebarang penyimpangan dagangan yang boleh menimbulkan risiko yang berpotensi kepada integriti pasaran dan bekerjasama erat dengan pihak berkepentingan, menggunakan pelbagai instrumen penguatkuasaan untuk menghindari aktiviti haram dan tidak beretika dalam pasaran modal.

    Pada 2023, aktiviti pengawasan pasaran SC melibatkan sebanyak 1,405 penilaian (2022: 1,333 penilaian) berkenaan anomali dagangan yang dikesan dan analisis mendalam mengenai kes penyalahgunaan pasaran termasuk kemungkinan perdagangan orang dalam dan manipulasi pasaran. Di samping penilaian pengawasan pasaran yang sedemikian, penglibatan kerap dijalankan dengan Bursa Malaysia untuk memastikan bahawa maklum balas pengawalseliaan yang diselaraskan oleh barisan hadapan pengawal selia adalah bersesuaian dengan risiko dan graviti isu pengawasan yang dikesan. Melalui kerjasama tersebut, tindakan pengawalseliaan secara pantas telah diambil untuk membendung penyalahgunaan tingkah laku perdagangan pada peringkat awal. Pengesanan awal seperti sedemikian termasuk pengeluaran Notis Pengawasan oleh Bursa Malaysia yang memerlukan pengantara pasaran dengan segera untuk menangani penyelewengan dan mengambil tindakan pembaikan secepat mungkin. SC komited untuk mengimbangi keperluan dalam memastikan tatalaku dagangan yang teratur dan memudahcarakan pasaran yang baik, sejajar dengan dwimandat SC untuk membangunkan dan mengawal selia pasaran modal Malaysia. Sehubungan ini, SC telah mempertimbangkan kepelbagaian dalam strategi dagangan oleh peserta pasaran apabila menyemak aktiviti dagangan.

    SC menganalisis dengan teliti corak dan tingkah laku dagangan untuk membezakan antara dagangan spekulatif, yang merupakan elemen dinamik pasaran yang wujud, dan tatalaku salah yang dianggap manipulasi pasaran. Perkara-perkara yang berkaitan dengan bidang kebimbangan semasa telah diberi keutamaan dan tertakluk kepada kajian semula yang dipercepatkan. Di mana unsur-unsur kemungkinan penyalahgunaan pasaran telah dibuktikan, kes-kes tersebut telah dipertingkatkan untuk siasatan lanjut dijalankan.
  • Memanfaatkan Teknologi dan Analitik Lanjutan untuk Peningkatan Kecekapan

    SC terus memberi lebih penekanan terhadap penggunaan Teknologi Penyeliaan (SupTech) dan analitik data untuk meningkatkan kecekapan fungsi pengawalseliaan SC. SC memulakan inisiatif untuk meningkatkan kualiti suapan data dagangan daripada Bursa Malaysia serta kefungsian sistem pemantauan dan instrumen analitik SC untuk memudahcarakan analisis aktiviti dagangan yang lebih terperinci. Penambahbaikan itu dijangka membolehkan SC memperoleh lebih banyak pandangan dan kecekapan dalam pengesanan, analisis dan membuat keputusan mengenai perkara pemantauan pasaran.

    Selain daripada sistem pengesanan berasaskan penyelewengan perdagangan dalam pasaran ekuiti, SC telah menggunakan keupayaan SupTech untuk meningkatkan pengawasannya terhadap aktiviti tidak berlesen dan pemantauan PLC. Sebuah alat pengawasan laman web kini digunakan untuk menjalankan pemantauan berterusan dan mendalam terhadap aktiviti tidak berlesen bagi memastikan SC kekal berwaspada, bermaklumat dan dilengkapi untuk respon secara berkesan kepada isu yang timbul daripada aktiviti tersebut. SC juga telah membina sebuah platform melalui pandangan holistik terhadap kewangan utama PLC dan instrumen SupTech bersepadu bagi mengesan kebimbangan terhadap kebaikan keadaan kewangan dan penyeliaan PLC. Cerapan ini bertujuan untuk memperkasa keputusan yang dipacu data serta pengawasan dan penyeliaan berdasarkan ulasan, untuk menangani sebarang kebimbangan secara proaktif.
  • Memperkukuh Kerjasama Pemantauan Rentas Sempadan

    SC terus mengekalkan kerjasama rapat dengan rakan sejawatnya dalam bidang pemantauan antarabangsa melalui saluran perkongsian dan pertukaran maklumat tidak rasmi, dan dengan melibatkan diri dalam dialog mengenai isu pemantauan biasa semasa lawatan sambil belajar ke SC. Kerjasama dan libat urus sedemikian bertujuan untuk mencapai hasil pemantauan positif yang saling menguntungkan SC dan pengawal selia pasaran modal dari bidang kuasa lain.

    Untuk mengikut perkembangan isu-isu pemantauan yang timbul dalam pasaran yang bergerak pantas, sifat kerjasama telah berkembang melangkaui saluran bantuan perundangan bersama formal kepada pertukaran pengalaman tidak formal dengan rakan sejawatan pemantauan serantau. Hubungan kerap dengan rakan sejawatan pemantauan SC telah menghasilkan timbal balik dalam perkongsian pengalaman, maklumat dan pengesahan dalam menangani isu dan cabaran pemantauan pasaran tertentu yang timbul. Usaha ini memastikan bahawa pendekatan SC mengenai kebimbangan utama pemantauan adalah relevan dan selaras dengan amalan terbaik antarabangsa.
  • Pemantauan dan Pengawasan Berterusan ke atas Pasaran Bon Korporat dan Sukuk

    Pada 2023, hasil bon domestik kebanyakannya mengikut arah aliran dengan MGS 10 tahun berjulat antara 3.7% hingga 4.2%. BNM telah menaikkan lagi OPR sebanyak 25 mata asas (bps) pada Mei 2023. Bacaan CPI Malaysia dan AS telah menurun akibat kenaikan kadar oleh bank-bank pusat di seluruh dunia. Daripada pemerhatian SC, peristiwa-peristiwa ini tidak mempunyai sebarang kesan besar ke atas keupayaan penerbit bon korporat domestik untuk mengumpul dana pada kadar yang kompetitif sepanjang tahun.

    Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan SC untuk menyelia pasaran bon korporat dan sukuk, SC memantau dengan teliti penerbit bon korporat di bawah tekanan kredit. Walau bagaimanapun, mereka hanya mewakili sebahagian kecil daripada jumlah penerbit (kurang daripada 2% daripada pasaran bon korporat dan sukuk) dan kebanyakannya berasal daripada sektor tenaga dan utiliti, hartanah dan pengangkutan. Penerbit ini, sebagai contoh, telah meminta penglibatan pelabur untuk tempoh pengecualian untuk mencapai persetujuan nisbah kewangan, pelanjutan masa untuk pembayaran kupon atau prinsipal dan bentuk pembiayaan semula yang lain.

    Pasaran bon korporat dan sukuk telah menyaksikan satu kemungkiran penerbit pada 2023, berjumlah RM200 juta atau hanya 0.02% daripada jumlah bon korporat dan sukuk belum tebus. Lapan penurunan penarafan yang diperhatikan pada 2023, berbanding tujuh pada 2022. Daripada lapan penurunan penarafan, tiga adalah daripada sektor hartanah, dua daripada sektor kewangan, satu daripada sektor teknologi maklumat, satu daripada sektor perindustrian dan satu daripada sektor tenaga dan utiliti. Bagi tinjauan penarafan, terdapat 10 semakan menurun dalam tinjauan penarafan bon korporat pada 2023 berbanding 11 pada 2022.
  • Memperkukuh Aktiviti Pengawasan Pasaran Bon

    Dalam pasaran bon korporat dan sukuk, pengantara pasaran memainkan peranan yang amat penting dalam integriti pasaran, dengan memastikan pematuhan terhadap peraturan dan melindungi kepentingan pelabur. Oleh yang demikian, SC telah mengadakan libat urus bersama pengantara pasaran seperti agensi penarafan kredit, agensi penetapan harga bon dan pemegang amanah bon dan sukuk sepanjang 2023, untuk berkongsi pengetahuan, bertukar pandangan, dan membincangkan penyelesaian kepada cabaran semasa dan masa depan.

    Pada Julai 2023, SC mengadakan perbincangan tertutup dengan agensi penarafan kredit untuk mengemas kini SC mengenai isu-isu terkini yang memberi kesan kepada pasaran bon dan sukuk Malaysia. Beberapa isu termasuk prospek pasca-pandemik, jangkaan kadar faedah domestik dan antarabangsa, kebarangkalian mungkir, penetapan penarafan, dan cabaran serta peluang untuk pasaran bon Malaysia. SC akan terus mengadakan libat urus bersama penggiat pasaran yang berkaitan untuk mengikuti perkembangan pasaran terkini.

Mitigating Systemic Risks And Promoting Financial Stability

Enhanced Risk Governance Framework

In 2021, the SC-wide risk governance framework was enhanced as part of an overall initiative to have an effective integrated and predictive risk surveillance to maintain regulatory agility.

The structured risk governance framework integrated the wider spectrum of risks such as technology, cyber and conduct risk at the SC’s Systemic Risk Oversight Committee (SROC) and Accounting, Market and Corporate Surveillance Committee (ACMS).


Intensified surveillance

The SC continued to intensify its surveillance of systemic risk to maintain market resilience and stability. Regular SROC engagements were held to deliberate concerns emanating from various segments across the capital market. Domestic equity and bond market, foreign fund flows and trade participation continued to be monitored closely for potential stress points. 

In addition, measures and economic stimulus packages introduced by the government to weather the impact of COVID-19, market trading conduct and the financial position of listed companies were among the focus areas for discussion.


Thematic assessments

The SC also conducted thematic assessments covering investors’ fund flows, the position of firms, and policy decisions to ascertain the possible impact on the capital market. In 2021, the SC reviewed and enhanced its crisis indicators on potential emerging risks in the
capital market. 

The enhanced crisis indicators provided a reference point for escalation to SROC when the identified indicators and triggers materialised and ensured prompt response to manage and prevent any issues of concern that might lead to a systemic crisis.


Joint regulatory discussions

In 2021, the SC conducted frequent joint regulatory discussions with other authorities such as Bank Negara Malaysia (BNM) and Labuan Financial Services Authority (Labuan FSA) to identify systemic risk concern areas within the financial and capital markets in Malaysia.


Monitoring of various components of the capital market

The SC continued its efforts to undertake a methodological and integrated approach to ensure any potential systemic risk was being monitored, mitigated, or managed. Figure 1 highlights the findings from the following risk assessments on the various components of the capital market.

Pautan Berkaitan
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia | Hubungi KamiPenolak Tuntutan | Paparan laman yang lebih baik dengan resolusi minimum 1280x1024

Ikuti kami di: 

Ooops!
Generic Popup