Pemantauan dan Pengurusan Risiko Sistemik

Walaupun terdapat perkembangan dalam pasaran kewangan global berikutan harga tenaga yang lebih rendah dan kadar pengetatan monetari yang lebih perlahan, pasaran modal kekal sensitif terhadap potensi kemerosotan dalam asas ekonomi seperti inflasi teras yang terus meningkat dan ketegangan geopolitik yang berlarutan. Berlatarbelakangkan situasi ini, SC kekal berwaspada terhadap potensi risiko penurunan yang mungkin menimbulkan ancaman kepada kestabilan sistemik pasaran modal Malaysia.

Pada 2023, SC mempertingkatkan lagi rangka kerja tadbir urus risiko di seluruh organisasinya untuk memudahcarakan pendekatan yang lebih diperkemas dan tersusun. Di bawah rangka kerja ini, Jawatankuasa Pemantauan Risiko Sistemik (SROC) disokong oleh Jawatankuasa Risiko Pasaran (MRC) dan Jawatankuasa Risiko Teknologi dan Keselamatan Siber (TCRC) (Rajah 1). SROC kerap mengadakan perbincangan untuk membincangkan bidang-bidang yang menimbulkan kebimbangan untuk mengelakkan peningkatan risiko sistemik dalam pasaran modal.

SC mengadakan kerjasama libat urus bersama pengawal selia lain seperti Bank Negara Malaysia (BNM) dan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) untuk mengenal pasti kebimbangan risiko sistemik yang mungkin memberi kesan kepada pasaran modal Malaysia. Isu-isu yang dibincangkan termasuk kegawatan perbankan global pada Mac 2023, inflasi berterusan dan risiko ESG. Libat urus sedemikian membolehkan tindak balas antara agensi yang lebih tepat pada masanya dan lebih diselaraskan, apabila diperlukan. Pasaran ekuiti dan bon domestik, aliran dana asing dan penyertaan perdagangan juga dipantau untuk mengenal pasti potensi titik tekanan.

Pada tahun 2023, SC menyemak dan meningkatkan rangka kerjanya untuk mengurus krisis pasaran modal melalui Rangka Kerja Pengurusan Krisis yang menyediakan proses dan panduan operasi yang jelas yang bermatlamat memberi penyelarasan respons yang baik dalam SC terhadap krisis. Memandangkan perubahan yang ketara dalam dinamik pasaran pasca wabak COVID-19, Program Kesediaan dan Pengurusan Krisis Pasaran Modal selama tiga hari telah dianjurkan secara bersama dengan Toronto Centre untuk mengukuhkan kesediaan seluruh organisasi SC. Program ini bermatlamat untuk memastikan kecukupan dan keberkaitan kesediaan krisis organisasi di samping mengenal pasti bidang-bidang untuk peningkatan berhubung keupayaan respons kepada krisis pasaran untuk masa hadapan.

SC juga menjalankan beberapa penilaian tematik mengenai topik seperti kejatuhan Silicon Valley Bank (SVB), bon Tambahan Peringkat 1 (AT1), ujian tekanan dana dan aliran dana pelabur. Pada suku pertama 2024, SC akan menerbitkan Tinjauan Kestabilan Pasaran Modal keduanya yang mengandungi penilaian keseluruhan risiko dalam pasaran modal Malaysia dan perbincangan mengenai pemacu risiko sistemik yang berkaitan.1

  1. Capital Market Stability Review boleh didapati di https://www.sc.com.my/resources/cmsr.

Mitigating Systemic Risks And Promoting Financial Stability

Enhanced Risk Governance Framework

In 2021, the SC-wide risk governance framework was enhanced as part of an overall initiative to have an effective integrated and predictive risk surveillance to maintain regulatory agility.

The structured risk governance framework integrated the wider spectrum of risks such as technology, cyber and conduct risk at the SC’s Systemic Risk Oversight Committee (SROC) and Accounting, Market and Corporate Surveillance Committee (ACMS).


Intensified surveillance

The SC continued to intensify its surveillance of systemic risk to maintain market resilience and stability. Regular SROC engagements were held to deliberate concerns emanating from various segments across the capital market. Domestic equity and bond market, foreign fund flows and trade participation continued to be monitored closely for potential stress points. 

In addition, measures and economic stimulus packages introduced by the government to weather the impact of COVID-19, market trading conduct and the financial position of listed companies were among the focus areas for discussion.


Thematic assessments

The SC also conducted thematic assessments covering investors’ fund flows, the position of firms, and policy decisions to ascertain the possible impact on the capital market. In 2021, the SC reviewed and enhanced its crisis indicators on potential emerging risks in the
capital market. 

The enhanced crisis indicators provided a reference point for escalation to SROC when the identified indicators and triggers materialised and ensured prompt response to manage and prevent any issues of concern that might lead to a systemic crisis.


Joint regulatory discussions

In 2021, the SC conducted frequent joint regulatory discussions with other authorities such as Bank Negara Malaysia (BNM) and Labuan Financial Services Authority (Labuan FSA) to identify systemic risk concern areas within the financial and capital markets in Malaysia.


Monitoring of various components of the capital market

The SC continued its efforts to undertake a methodological and integrated approach to ensure any potential systemic risk was being monitored, mitigated, or managed. Figure 1 highlights the findings from the following risk assessments on the various components of the capital market.

Pautan Berkaitan
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia | Hubungi KamiPenolak Tuntutan | Paparan laman yang lebih baik dengan resolusi minimum 1280x1024

Ikuti kami di: 

Ooops!
Generic Popup