Pengawasan

Di samping rejim pemberian kebenarannya untuk entiti pasaran modal berlesen dan berdaftar, SC juga menjalankan program penyeliaan komprehensif merentas spektrum entiti kawal seliaannya untuk memupuk pematuhan berterusan dan membolehkan penilaian menyeluruh terhadap risiko dan kerentanan yang baru muncul.


  • Pengawasan Pengantara Pasaran Modal

    SC terus mengguna pakai pendekatan penyeliaan berfokuskan risiko ke atas pengantara pasaran modalnya. Usahanya telah bertumpu ke arah memastikan tatalaku yang betul dan kekukuhan kewangan pengantaranya. Untuk mencapai matlamat ini, SC menggunakan pelbagai instrumen daripada semakan ‘desktop’ yang berterusan dengan memanfaatkan analitik daripada serahan kawal selia dan maklumat yang dikumpul daripada pemantauan berterusan oleh pengawal selia, penilaian pengawasan berstruktur ke atas pengantara terpilih yang ditentukan berdasarkan faktor risiko yang dinilai, tinjauan tematik terhadap risiko yang muncul, serta sebab-sebab penilaian yang bersifat penyiasatan dan berpunca daripada aduan yang diterima, rujukan dan kebimbangan pengawasan berkaitan salah laku (Jadual 18)
    jadual 18
    Penilaian seliaan ke atas pengantara

    Jenis penilaian

    Bilangan penilaian yang dilengkapkan
    2023 2022
    Penilaian* pengawasan yang berstruktur

    28 41
    Penilaian bersebab
    113 70
    Semakan tematik industri 2** 1***
    Nota: 
    * Pengantara yang dikenal pasti untuk penilaian ini ditentukan melalui penilaian faktor risiko yang telah ditetapkan.

    ** Kedua-dua semakan itu melibatkan penilaian terhadap penggunaan Nota Panduan Mengurus Risiko Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus oleh Syarikat Pengurusan Dana dan keadaan kesediaan Pengantara Pasaran Modal dalam mematuhi Garis Panduan Tatalaku Pasaran dan Amalan Perniagaan untuk Penganalisis Pelaburan. Kedua-dua semakan itu masing-masing meliputi 93 dan 54 Pengantara Pasaran Modal.

    *** Semakan ini melibatkan penilaian ke atas piawaian dan kawalan yang dilaksanakan oleh syarikat Broker Saham dalam mengekalkan struktur imbuhan yang sesuai. Semakan meliputi semua syarikat broker saham.

    Lanjutan daripada penilaian pengawasan tersebut, SC telah mengeluarkan sejumlah 41 komunikasi kepada pengantara masing-masing mengenai kebimbangan dan jangkaan peraturannya. Ini terdiri daripada keduadua, Notis Pelanggaran untuk pelanggaran undangundang sekuriti dan/atau Garis Panduan SC dan surat pengawasan untuk penambahbaikkan proses mengenai kawalan (Jadual 19).
    jadual 19
    Hasil pengawasan

    Hasil pengawasan

    2023 2022
    Rujukan untuk tindakan pentadbiran penguatkuasaan

    4 1
    Pengeluaran nota panduan
    0 2
    Komunikasi/libat urus industri
    8 6
    Pengeluaran Notis* Pelanggaran
    37 30
    Pengeluaran surat pengawasan 4 14
    Nota:
    * Statistik adalah seperti di bawah Notis Pelanggaran SC (Jadual 26).

    SC mengiktiraf kepentingan penerapan budaya untuk perantara seperti nilai, kepercayaan, tingkah laku yang dikongsi bersama dan amalan yang membentuk tatalakunya. Perantara dengan budaya yang baik menunjukkan tadbir urus yang kukuh, menggalakkan layanan adil terhadap pelanggan serta melindungi integriti pasaran. Lanjutan ini, pengantara akan kurang terdedah kepada salah laku. Sehubungan ini, pada 2023, SC menjalankan tinjauan melalui soal selidik kepada 286 pengantara pasaran modal ke arah pemahaman budaya dan amalan pengantara yang lebih baik. SC bercadang untuk berkongsi hasil tinjauan yang merangkumi struktur dan amalan tadbir urus yang teratur ke arah memupuk dan mempromosikan budaya yang baik.

    Pada Oktober 2023, SC telah mengadakan satu siri Bengkel Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan/Percambahan (AMLCTF/PF) bersama Pegawai Pematuhan syarikat broker saham, pembrokeran derivatif dan syarikat pengurusan unit amanah/dana (secara kolektif dikenali sebagai ‘pengantara’) untuk menekankan peranan penting Pegawai Pematuhan dalam memastikan pengantara bukan sahaja memahami malah secara berkesan mengurangkan risiko yang berkaitan dengan pengubahan wang haram, pembiayaan keganasan dan pembiayaan percambahan. Kajian kes yang diperoleh daripada usaha penguatkuasaan SC dan tanda amaran turut dikongsi.

    Bengkel ini juga menampilkan perbincangan menarik tentang latihan kajian kes, meliputi topik seperti pendekatan berasaskan risiko iaitu penilaian risiko berasaskan perniagaan dan berasaskan perhubungan, pengenalpastian pemilik benefisial, dan pengesanan tanda amaran/urus niaga luar biasa. Latihan ini menggalakkan peserta berkongsi pengalaman dan perspektif praktikal mereka, memupuk pertukaran idea dan penyelesaian yang bernas.
    Semakan Tematik Mengenai Status Pematuhan Pengantara Pasaran Modal dengan Garis Panduan Tatalaku Pasaran dan Amalan Perniagaan untuk Penganalisis Pelaburan dan Penganalisis mereka


    BACA SELANJUTNYA

  • Pengawasan Bursa dan Infrastruktur Pasaran Kewangan

    Di bawah undang-undang sekuriti, SC bertanggungjawab untuk meluluskan dan mengawal selia pengendali sekuriti dan pengendali bursa derivatif serta infrastruktur pasaran kewangan seperti rumah penjelasan serta depositori pusat (institusi yang diluluskan).

    Sebagai syarikat pemegangan bursa tunggal di Malaysia, Bursa Malaysia tertakluk kepada keperluan berkanun seperti mengendalikan pasaran yang adil dan teratur, bertindak atas kepentingan awam dengan mengambil kira perlindungan pelabur, memastikan pengurusan risiko yang berhemat serta memastikan sumber kewangan, kemanusiaan dan lain-lain yang mencukupi.

    Pada tahun 2023, SC menjalankan libat urus pengawalseliaan secara kerap bersama Bursa Malaysia dalam isu tadbir urus, pengurusan risiko, audit dalaman dan kawalan, strategi komersial, dan keberkesanan rangka kerja pengawalseliaan barisan hadapannya. Penglibatan sedemikian dilengkapkan dengan semakan berterusan terhadap penyerahan kawal selia dan penilaian peraturan (RA) pada institusi yang diluluskan.

    Pada Januari 2023, SC telah memuktamadkan RA ke atas platform Bursa Suq Al-Sila (BSAS) yang dikendalikan oleh Bursa Malaysia Islamic Services Sdn Bhd (BMIS), anak syarikat milik penuh Bursa Malaysia. Penilaian tertumpu kepada proses dan prosedur berhubung dengan penyertaan masuk peserta, serta kecukupan dan keberkesanan kawalan dalam memantau pematuhan berterusan peserta dengan peraturan platform dan keperluan Syariah lain yang terpakai.

    Walaupun tiada kebimbangan segera mengenai integriti keseluruhan struktur dan sistem BSAS, beberapa cadangan telah dibuat kepada Bursa Malaysia, termasuk mempertingkat pengurusan sumber manusia dan perancangan penggantian BMIS, serta mengukuhkan dan memperkemas proses untuk pengambilan masuk dan menyelia pesertanya.

    Pada Jun 2023, SC juga mengadakan dialog peringkat tinggi dengan BOD Bursa Malaysia. Libat urus itu berfungsi sebagai platform untuk kepimpinan keduadua organisasi bertukar pandangan tentang isu-isu strategik dan kebimbangan pengawalseliaan utama.
  • Pengawasan Pengendali Pasaran yang Diiktiraf

    Rangka kerja pengawalseliaan untuk (RMO) direka selaras dengan nilai pasaran segmen ini, diimbangi dengan faktor risiko seperti saiz, struktur, rangkaian produk dan perkhidmatan, serta demografi peserta. Pendekatan kawal selia SC bertujuan untuk memastikan bahawa RMO terus beroperasi dengan adil dan teratur selaras dengan jangkaan pengawalseliaan. Alatan pengawasan yang digunakan termasuk libat urus secara kerap bersama RMO, semakan penyerahan peraturan dan penilaian aduan. Bidang tumpuan pada 2023 termasuk tadbir urus, pengurusan risiko, penerimaan pelanggan/pengeluar dan usaha wajar, serta keselamatan dan sistem siber integriti.

    Pada Mei 2023, SC menjalankan semakan tematik mengenai pematuhan keseluruhan RMO terhadap Garis Panduan SC mengenai Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan untuk Institusi Pelaporan dalam Pasaran Modal dan Garis Panduan Pelaksanaan Sekatan Kewangan Bersasar berkaitan Pembiayaan Percambahan untuk Pengantara Pasaran Modal (Panduan AML).

    Kajian semula tematik fokus kepada risiko baharu muncul bagi individu di sisi undang-undang dan peraturan undang-undang serta antirasuah dan rasuah. Hasil daripada tinjauan ini menyediakan asas untuk beberapa cadangan yang disampaikan oleh SC kepada RMO semasa libat urus pengawalseliaan.

    Latihan ini juga merupakan sebahagian daripada komunikasi berterusan SC dengan RMO untuk meningkatkan pemahaman mereka terhadap jangkaan pengawalseliaan SC, yang akan memudahcara usaha mereka untuk memastikan pematuhan yang berterusan. Melangkah ke hadapan, SC akan meneruskan pemantauan terhadap RMO untuk memastikan sebarang jurang yang dikenal pasti ditangani tepat pada masanya sebagai mitigasi dan pengurusan risiko AMLCFT/PF yang berkesan.

    Memandangkan pertumbuhan dalam segmen aset digital, SC juga meningkatkan pengawalseliaan terhadap pengendali RMO-DAX untuk memastikan ciri utama dalam operasi perniagaan, termasuk tadbir urus, polisi dan prosedur, sistem dan pengamalan sebenar adalah mengikut keperluan kawal selia dan pengawasan.

    Pada 2023, SC menjalankan RA terhadap RMO-DAX, bertumpukan kepada kecukupan dan keberkesanan rangka kerja usaha wajar yang berterusan berbanding Garis Panduan AML SC. Lanjutan daripada penilaian itu, SC telah mengenal pasti beberapa bidang untuk penambahbaikan termasuk keperluan untuk pelaksanaan dasar secara lebih konsisten dan prosedur, dokumentasi rasmi serta penyimpanan rekod termasuk tadbir urus yang lebih berkesan dan pengawasan oleh lembaga pengarah.
  • Pengawasan Organisasi Kawal Selia Kendiri

    SC menyelia Persekutuan Pengurus Pelaburan Malaysia (FIMM) dalam memastikan mandat kawal selianya dilaksanakan dengan betul sebagai organisasi kawal selia kendiri (SRO) untuk kepentingan awam dan perlindungan pelabur.

    Pendekatan penyeliaan yang proaktif telah dijalankan untuk memudahcarakan penyeliaan yang berkesan ke atas FIMM melalui kewajipan pelaporan dan libat urus dengan lembaga pengarah dan pengurusan kanan FIMM. SC juga mengambil bahagian dalam program utama oleh FIMM yang termasuk mesyuarat agung tahunan, taklimat kawal selia industri, dan konvensyen tahunan FIMM untuk membincangkan isu-isu dan trend penyeliaan berkaitan pemasaran, pengedaran dan amalan jualan yang melibatkan unit amanah dan skim persaraan swasta.

    Pada 2023, juga diperhatikan bahawa FIMM telah melaksanakan kebanyakan cadangan daripada penilaian kawal selia SC sebelum ini untuk mengukuhkan lagi keberkesanan dan kecekapan fungsi pendaftaran, penyeliaan dan penguatkuasaan. Selain itu, pelbagai usaha untuk pembangunan industri, pendidikan dan celik kewangan telah dilaksanakan sebagai sebahagian daripada mandat pembangunannya.
  • Pengawasan Pentadbir Pencen Swasta

    Sebagai pentadbir berpusat, Pentadbir Pencen Swasta (PPA) menyediakan perkhidmatan repositori data untuk ahli dan pembekal serta pendidikan pelabur tentang PRS. Pengawasan SC ke atas PPA terus memastikan ia terus mengunapakai amalan tadbir urus yang wajar dan melaksanakan fungsinya dengan berkesan dalam rangka kerja operasi yang baik.

    Pada 2023, PPA terus menyediakan perkhidmatan pendaftaran dan tambah nilai melalui platform PRS Dalam Talian yang kekal sebagai utiliti utama untuk ahlinya dan orang ramai yang melabur. Memandangkan peranannya dalam pendidikan pelabur, PPA telah memperkenalkan pelbagai inisiatif pemasaran dan kempen promosi yang bertujuan untuk merangsang pertumbuhan industri PRS.

Mitigating Systemic Risks And Promoting Financial Stability

Enhanced Risk Governance Framework

In 2021, the SC-wide risk governance framework was enhanced as part of an overall initiative to have an effective integrated and predictive risk surveillance to maintain regulatory agility.

The structured risk governance framework integrated the wider spectrum of risks such as technology, cyber and conduct risk at the SC’s Systemic Risk Oversight Committee (SROC) and Accounting, Market and Corporate Surveillance Committee (ACMS).


Intensified surveillance

The SC continued to intensify its surveillance of systemic risk to maintain market resilience and stability. Regular SROC engagements were held to deliberate concerns emanating from various segments across the capital market. Domestic equity and bond market, foreign fund flows and trade participation continued to be monitored closely for potential stress points. 

In addition, measures and economic stimulus packages introduced by the government to weather the impact of COVID-19, market trading conduct and the financial position of listed companies were among the focus areas for discussion.


Thematic assessments

The SC also conducted thematic assessments covering investors’ fund flows, the position of firms, and policy decisions to ascertain the possible impact on the capital market. In 2021, the SC reviewed and enhanced its crisis indicators on potential emerging risks in the
capital market. 

The enhanced crisis indicators provided a reference point for escalation to SROC when the identified indicators and triggers materialised and ensured prompt response to manage and prevent any issues of concern that might lead to a systemic crisis.


Joint regulatory discussions

In 2021, the SC conducted frequent joint regulatory discussions with other authorities such as Bank Negara Malaysia (BNM) and Labuan Financial Services Authority (Labuan FSA) to identify systemic risk concern areas within the financial and capital markets in Malaysia.


Monitoring of various components of the capital market

The SC continued its efforts to undertake a methodological and integrated approach to ensure any potential systemic risk was being monitored, mitigated, or managed. Figure 1 highlights the findings from the following risk assessments on the various components of the capital market.

Pautan Berkaitan
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia | Hubungi KamiPenolak Tuntutan | Paparan laman yang lebih baik dengan resolusi minimum 1280x1024

Ikuti kami di: 

Ooops!
Generic Popup