Usaha Pembangunan Kapisiti dan Kolaborasi

Hasil yang diinginkan daripada aktiviti pengawasan audit AOB adalah agar firma audit menyampaikan kualiti audit yang konsisten melalui pembangunan kapasiti berterusan dan rangka kerja kualiti audit yang berkesan. Inisiatif pembangunan kapasiti untuk profesion telah menjadi bidang tumpuan penting bagi AOB. AOB menggunakan wang yang dikutip daripada penalti yang dikenakan untuk memudahcarakan inisiatif pembangunan kapasiti bagi profesion perakaunan dan pengauditan. Walaupun AOB menggunakan tindakan penguatkuasaannya untuk mengingatkan juruaudit tentang kepentingan menegakkan kualiti audit, AOB juga menyedari cabaran yang dihadapi oleh firma audit berhubung pembangunan kapasiti.

Membangun Kapasiti Juruaudit Berdaftar AOB Melalui Kolaborasi dengan Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia

Pada tahun 2024, satu siri bengkel telah dianjurkan untuk juruaudit berdaftar AOB untuk menangani penemuan lazim AOB yang diperhatikan ketika pemeriksaan firma audit dan tugasan audit.

Menyedari cabaran yang dihadapi oleh profesion audit berhubung pembangunan kapasiti, siri bengkel ini bertujuan untuk mengukuhkan kualiti audit dan meneruskan usaha untuk melahirkan akauntan profesional yang cekap yang menjaga kepentingan awam dan mempertahankan reputasi profesion.

Bengkel ini telah dikendalikan oleh wakil-wakil Firma audit utama dan meliputi penemuan pemeriksaan lazim utama seperti pensampelan audit, anggaran perakaunan, audit kumpulan dan analisis punca utama. Kelebihan bengkel ini adalah kerana bukan sahaja tertumpu kepada pengetahuan teknikal dan juga reka bentuk kajian kes praktikal e untuk memacu pelaksanaan piawaian pengauditan dan perakaunan.

Terdapat juga sesi libat urus yang dirangka untuk memberi manfaat kepada akauntan profesional bertajuk ‘Mempercepat Kecemerlangan Pelaporan Kewangan Anda’. Sesi ini bertujuan untuk berkongsi pandangan tentang penemuan yang dikenal pasti oleh Jawatankuasa Semakan Penyata Kewangan (FSRC) MICPA susulan semakan keperluan pendedahan penyata kewangan PLC terpilih di Malaysia.

Pandangan yang dikongsi ketika sesi tersebut oleh FSRC adalah bertujuan untuk meningkatkan dan menggalakkan pelaporan kewangan berkualiti tinggi. Sesi ini juga berkongsi pandangan tentang MFRS 18 ‘Pembentangan dan Pendedahan dalam Penyata Kewangan’ yang akan berkuat kuasa pada 1 Januari, 2027.

Pautan Berkaitan
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia | Hubungi Kami |Penolak Tuntutan | Paparan laman yang lebih baik dengan resolusi minimum 1280x1024
Follow us on:
Ooops!
Generic Popup