Pemeriksaan ke atas Firma Audit dan Juruaudit Individu

AOB menjalankan pemeriksaan ke atas juruaudit PIE dan kumpulan wang jadual untuk menggalakkan keyakinan
terhadap kualiti dan kebolehpercayaan penyata kewangan teraudit mengikut Seksyen 31V(1) Bahagian IIIA SCMA.

Pemeriksaan tahunan dijalankan ke atas Firma Audit Utama* manakala Firma Audit Lain diperiksa sekurang-kurangnya
sekali dalam lima tahun, berdasarkan pertimbangan risiko. Pada 31 Disember 2024, syarikat awam tersenarai yang
diaudit oleh Firma Audit Utama membentuk kira-kira 96% daripada permodalan pasaran bursa saham.

Rajah 2
Ulasan peringkat firma dan tugasan

Peringkat firma

Menilai kepatuhan firma terhadap keperluan Piawaian
Antarabangsa tentang Kualiti Pengurusan
(ISQM) 1.

Peringkat tugasan

  • Menilai kepatuhan juruaudit terhadap Piawaian
    Pengauditan Antarabangsa (ISA)
    dan piawaian etika
    yang berkaitan; dan
  • Menilai sama ada bukti audit yang mencukupi dan
    sesuai telah diperolehi berhubung laporan audit PIE
    atau kumpulan wang jadual.

Pada tahun 2024, AOB memeriksa sembilan Firma Audit Utama dan empat Firma Audit Lain termasuk sejumlah
40 tugasan audit. Seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3, tugasan audit yang telah diperiksa pada tahun 2024
melibatkan pelanggan audit dengan perniagaan yang merangkumi pelbagai industri.

Nota:
* Firma Audit Utama ialah firma yang mempunyai lebih daripada 10 rakan kongsi yang secara kolektif mengaudit lebih daripada 50 PIE dengan jumlah permodalan pasaran melebihi RM15.0 bilion. Firma Audit Utama terdiri daripada Baker Tilly Monteiro Heng PLT, BDO PLT, Crowe Malaysia PLT, Deloitte PLT, Ernst & Young PLT, Grant Thornton Malaysia PLT, KPMG PLT, PriceWaterhouseCoopers PLT dan UHY Malaysia PLT. Firma Audit Lain adalah firma selain Firma Audit Utama.

Pautan Berkaitan
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia | Hubungi Kami |Penolak Tuntutan | Paparan laman yang lebih baik dengan resolusi minimum 1280x1024
Follow us on:
Ooops!
Generic Popup