Aktiviti pemantauan AOB termasuk pendaftaran dan pengiktirafan juruaudit entiti berkepentingan awam (PIE) dan kumpulan wang jadual. Pada 2024, AOB memproses 29 permohonan untuk pendaftaran juruaudit individu yang mana satu permohonan telah ditolak kerana gagal memenuhi kriteria pendaftaran yang ditetapkan di bawah Seksyen 31P Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993.

Pada tahun ini, 26 juruaudit individu menarik balik pendaftaran mereka dengan AOB kerana mereka tidak lagi terlibat dalam audit PIE dan kumpulan wang jadual. AOB mengiktiraf firma audit dan juruaudit individu asing entiti berkepentingan awam yang disenaraikan di Malaysia tetapi diperbadankan di luar Malaysia.
Pada 2024, AOB memproses permohonan baharu untuk pengiktirafan terhadap Ernst & Young LLP (Singapura) dan tiga rakan kongsi firma tersebut. Pada masa ini, AOB mengiktiraf lima firma audit asing dari Singapura, Hong Kong dan United Kingdom. Secara kolektif, firma audit asing ini mengaudit lima syarikat yang diperbadankan di luar negara, yang disenaraikan di Bursa Malaysia.
Statistik Pendaftaran dan Pengiktirafan
Sehingga 31 Disember 2024, terdapat sejumlah 37 firma audit dan 377 juruaudit individu berdaftar dengan AOB dengan lima lagi firma audit asing dan 16 juruaudit individu asing diiktiraf oleh AOB.
Jadual 1
Jumlah PIE dan kumpulan wang jadual, pelanggan audit juruaudit berdaftar dan diiktiraf AOB setakat 31 Disember 2024.
Profile firma audit | Bil. firma Audit | Bil. juruaudit individu | Bil. Pelanggan Audit PIE | % Jumlah permodalan pasaran | Bil. pelanggan audit kumpulan wang jadual | % jumlah nilai aset bersih |
---|---|---|---|---|---|---|
Firma audit berdaftar | ||||||
Firma audit utama | 9 | 247 | 988 | 95.1 | 1,319 | 99.3 |
Firma audit lain | 28 | 130 | 311 | 4.8 | 61 | 0.7 |
Jumlah kecil | 37 | 377 | 1,299 | 99.9 | 1,380 | 100 |
Juruaudit asing diiktiraf | 5 | 16 | 5 | 0.1 | - | - |
JUMLAH | 42 | 393 | 1,304 | 100 | 1,380 | 100 |