Ekosistem yang Fasilitatif dan Inklusif

Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana serta Syarikat Pertengahan

Pada 23 Mei 2024, SC melancarkan Pemangkin Akses PMKS dan Syarikat Pertengahan kepada Pasaran Modal: Pelan Hala Tuju 5 Tahun (2024-2028) (Pelan Hala Tuju), sebuah pelan tindakan pelbagai tahun yang bertujuan untuk memposisikan pasaran modal sebagai sumber pembiayaan yang lebih menarik dan kukuh bagi PMKS serta MTC, sambil membina asas kukuh untuk penyelesaian pasaran modal yang berskala dan mampan bagi PMKS dan syarikat pertengahan.

Pelan Hala Tuju itu dilancarkan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican bagi pihak Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. Acara yang diadakan di SC itu dihadiri lebih 400 peserta terdiri antaranya daripada wakil kementerian dan agensi kerajaan, pemilik perniagaan PMKS dan MTC, persatuan industri, firma penyelidikan dan pengantara kewangan. 

Dalam membangunkan Pelan Hala Tuju, pendekatan seluruh negara telah digunakan, yang terdiri daripada libat urus yang meluas dengan pihak berkepentingan utama – baik daripada sektor awam mahupun swasta. SC telah mengadakan empat bengkel pemikiran dan penyelesaian yang melibatkan pemilik PMKS dan MTC, persatuan industri, pengantara pasaran modal, serta agensi kerajaan. Bengkel ini memberikan cerapan mendalam tentang cabaran utama pembiayaan yang dihadapi oleh PMKS dan MTC. Perkara ini dilengkapkan dengan 25 libat urus dua hala dengan beberapa peserta bengkel untuk menyelami lebih mendalam isu dan cadangan mereka.

Bagi mendapatkan sokongan penting daripada kerajaan, SC telah melaksanakan latihan sosialisasi dan menjalankan libat urus dengan Pejabat Perdana Menteri serta kementerian berkaitan, termasuk menteri-menteri daripada kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD), Ekonomi (MOE), dan Pelaburan, Perdagangan, dan Industri (MITI). Langkah ini bertujuan untuk memastikan Pelan Hala Tuju sejajar dengan keutamaan dan matlamat setiap kementerian. Selepas pelancaran Pelan Hala Tuju, SC terus bekerjasama rapat dengan kerajaan, termasuk membentangkan Pelan Hala Tuju di Majlis Pembangunan Usahawan dan PKS Kebangsaan (NESDC), yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, untuk mendapatkan sokongan selanjutnya daripada kementerian dan agensi. 

Kejayaan pelaksanaan 36 inisiatif yang dikenal pasti dalam Pelan Hala Tuju memerlukan komitmen dan usaha pelbagai pihak. Oleh itu, SC membuat libat urus dengan rakan kongsi utama untuk menyokong inisiatif demi meletakkan pasaran modal sebagai pilihan pembiayaan yang menarik untuk PMKS dan MTC. Sehingga Disember 2024, SC telah memeterai dua Memorandum Persefahaman (MOU). Yang pertama adalah kerjasama dengan Khazanah Nasional untuk merangsang pertumbuhan dan pengembangan syarikat pertengahan (MTC) melalui komitmen pelaburan awal sebanyak RM500 juta oleh khazanah. Selain itu, kerjasama ini juga melibatkan pelaksanaan pelbagai program pembinaan kapasiti dan inisiatif inkubasi pengumpulan dana bagi meningkatkan kesediaan MTC terhadap pasaran modal. MOU kedua adalah dengan Credit Guarantee Corporation (CGC) untuk menghubungkan PMKS dan MTC kepada penyelesaian pembiayaan pasaran modal yang paling sesuai dengan keperluan pembiayaan mereka melalui platform imSME CGC, serta untuk menyokong usaha nyahrisiko pelaburan dalam PMKS dan MTC dengan memberikan jaminan kredit kepada penyelesaian pasaran modal.

Melangkah ke hadapan, SC akan terus menjalinkan libat urus secara meluas dengan pihak-pihak yang berminat untuk memacu pelaksanaan inisiatif Pelan Hala Tuju.

Mitigating Systemic Risks And Promoting Financial Stability

Enhanced Risk Governance Framework

In 2021, the SC-wide risk governance framework was enhanced as part of an overall initiative to have an effective integrated and predictive risk surveillance to maintain regulatory agility.

The structured risk governance framework integrated the wider spectrum of risks such as technology, cyber and conduct risk at the SC’s Systemic Risk Oversight Committee (SROC) and Accounting, Market and Corporate Surveillance Committee (ACMS).


Intensified surveillance

The SC continued to intensify its surveillance of systemic risk to maintain market resilience and stability. Regular SROC engagements were held to deliberate concerns emanating from various segments across the capital market. Domestic equity and bond market, foreign fund flows and trade participation continued to be monitored closely for potential stress points. 

In addition, measures and economic stimulus packages introduced by the government to weather the impact of COVID-19, market trading conduct and the financial position of listed companies were among the focus areas for discussion.


Thematic assessments

The SC also conducted thematic assessments covering investors’ fund flows, the position of firms, and policy decisions to ascertain the possible impact on the capital market. In 2021, the SC reviewed and enhanced its crisis indicators on potential emerging risks in the
capital market. 

The enhanced crisis indicators provided a reference point for escalation to SROC when the identified indicators and triggers materialised and ensured prompt response to manage and prevent any issues of concern that might lead to a systemic crisis.


Joint regulatory discussions

In 2021, the SC conducted frequent joint regulatory discussions with other authorities such as Bank Negara Malaysia (BNM) and Labuan Financial Services Authority (Labuan FSA) to identify systemic risk concern areas within the financial and capital markets in Malaysia.


Monitoring of various components of the capital market

The SC continued its efforts to undertake a methodological and integrated approach to ensure any potential systemic risk was being monitored, mitigated, or managed. Figure 1 highlights the findings from the following risk assessments on the various components of the capital market.

Pautan Berkaitan
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia | Hubungi KamiPenolak Tuntutan | Paparan laman yang lebih baik dengan resolusi minimum 1280x1024

Ikuti kami di: 

Ooops!
Generic Popup