Pendaftaran dan Pengiktirafan Firma Audit dan Juruaudit Individu

Pendaftaran dan pengiktirafan firma audit serta juruaudit individu merupakan antara fungsi pengawalseliaan teras AOB. Aktiviti pendaftaran dan pengikitirafan firma audit dan juruaudit yang dilaksanakan sepanjang tahun pelaporan ditunjukkan dalam Jadual 1.

JADUAL 1
Pendaftaran dan pengiktirafan

Setakat 1 Januari 2025
Bil. pemohon baharu
Bil. penarikan balik/tidak diperbaharui
Bil. penggantungan
Setakat of 31 Disember 2025
Berdaftar





Firma audit
371(1)(1)36
Juruaudit individu
37729(23)(2)381
Diiktiraf





Firma audit asing
51(1)-5
Juruaudit individu asing
167(7)-16

Pada tahun 2025, AOB telah menggantung satu firma audit dan dua juruaudit individu selama dua tahun susulan kegagalan mereka untuk mematuhi keperluan berkaitan ISQM 1 dan ISA.

Carta 1 dan carta 2 masing-masing menunjukkan perincian mengenai bilangan firma audit dan juruaudit individu yang berdaftar dan diiktiraf oleh AOB serta bilangan PIE yang diaudit bagi tempoh lima tahun yang lalu.

CARTA 1
Statistik pendaftaran lima tahun bagi firma audit dan juruaudit individu berdaftar

CARTA 2
Statistik pengiktirafan lima tahun bagi firma audit asing dan juruaudit individu asing diiktiraf

Kemasukan semula Individu yang Mempunyai Ulasan Buruk sebagai juruaudit berdaftar AOB

Keperluan dan kriteria pendaftaran AOB bertujuan memastikan hanya individu yang sesuai didaftarkan sebagai juruaudit PIE dan kumpulan wang jadual. Langkah ini diambil bagi melindungi kualiti audit dan menjaga kepentingan awam.

Penilaian kesesuaian dan kebolehpercayaan AOB adalah berpandukan Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993 (SCMA), Buku Panduan bagi Pendaftaran dan Pengiktirafan AOB serta garis panduan berkaitan. Kriteria tersebut lazimnya merangkumi tiga tonggak utama berikut:

a) Karakter dan Integriti

    • Mesti menunjukkan kejujuran, keadilan dan tingkah laku beretika.
    • Tiada rekod penipuan, ketidakjujuran atau salah laku profesional.
    • Pematuhan terhadap undang-undang, peraturan dan piawaian profesional.
    • Kebebasan dan objektiviti dalam membuat pertimbangan profesional.

b) Kompetensi dan Keupayaan

    • Memiliki kelayakan profesional yang sesuai contohnya, ahli MIA.
    • Pengalaman audit yang relevan, khususnya melibatkan PIE.
    • Pembangunan profesional berterusan bagi mengekalkan pengetahuan dan kemahiran.
    • Keupayaan untuk mengaplikasikan piawaian audit dan etika dengan berkesan.

c) Kestabilan Kewangan

    • Mesti bertanggungjawab dari segi kewangan dan bukan seorang bankrap yang belum dilepaskan.

Selaras dengan itu, proses kemasukan semula untuk mendaftarkan juruaudit individu yang mempunyai ulasan buruk terdahulu tertakluk kepada penilaian menyeluruh terhadap kesesuaian dan kebolehpercayaan juruaudit tersebut untuk melaksanakan audit yang berkualiti. Ulasan buruk tersebut boleh berpunca daripada tindakan penguatkuasaan AOB sebelum ini dan/atau tindakan oleh agensi kawal selia lain.

Kemasukan semula sebagai juruaudit berdaftar AOB tidak berlaku secara automatik. AOB menilai setiap permohonan kemasukan semula secara individu dan berdasarkan kes yang mengikut keadaan. Faktor yang dipertimbangkan termasuk sifat, keadaan pelanggaran terdahulu serta tahap kebimbangan.

Juruaudit mesti membuktikan semula kesesuaian dan kebolehpercayaan mereka serta menunjukkan bahawa isu-isu terdahulu telah ditangani. Tanggungjawab untuk membuktikan perkara tersebut terletak sepenuhnya pada juruaudit, yang perlu mengemukakan dokumen sokongan bagi menunjukkan bahawa isu yang membawa kepada ulasan buruk telah ditangani dan diperbetulkan, di samping memastikan bahawa semua keperluan pendaftaran semasa dipenuhi pada masa permohonan semula untuk didaftarkan dengan AOB.

Pautan berkaitan
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia | Hubungi KamiPenolak Tuntutan | Paparan laman yang lebih baik dengan resolusi minimum 1280x1024

Ikuti kami di: 

Ooops!
Generic Popup