Menyokong Agenda Kemampanan Nasional Melalui Pasaran Modal


Kemampanan kekal sebagai tonggak utama dalam memperkukuh daya tahan dan daya saing jangka panjang pasaran modal Malaysia. SC terus memajukan inisiatif yang menerapkan amalan mampan di seluruh ekosistem, meningkatkan ketelusan, dan menggerakkan modal ke arah projek dengan hasil sosial dan alam sekitar yang boleh diukur. Perkembangan utama termasuk penubuhan rangka kerja Bursa Sosial Malaysia untuk menyalurkan modal filantropi dan swasta untuk kebaikan sosial, dan melanjutkan inisiatif COFAR untuk memacu pembiayaan untuk penyesuaian iklim.

Jawatankuasa Penasihat Pelaporan Kemampanan (ACSR) telah mencapai kemajuan dalam melaksanakan NSRF, menjalankan rundingan awam mengenai cadangan Rangka Kerja Jaminan Kemampanan, dan menyokong pembentukan badan profesional untuk pengamal kemampanan. Melalui inisiatif ini, SC memperkukuh komitmennya untuk mempertingkatkan ekosistem pasaran modal bagi menyokong inisiatif kemampanan negara.

Merintis Laluan untuk Penubuhan Bursa Sosial Pertama di Malaysia

Menurut Indeks Pemberian Dunia 2024, Malaysia berada di kedudukan ke-20 daripada 142 negara dengan skor 50, menunjukkan amalan menderma adalah budaya dalam masyarakat. Ini merupakan asas yang baik untuk pembentukan kaedah pendermaan yang lebih sistematik. Untuk tujuan ini, pada tahun 2024, Perdana Menteri Malaysia mengumumkan di Forum Ekonomi dan Kewangan Islam Global bahawa SC akan memudahkan penubuhan Bursa Sosial sebagai sebahagian daripada usaha untuk menggerakkan modal swasta dan filantropik bagi menyokong projek berimpak sosial.

Bursa Sosial tersebut akan berfungsi sebagai platform pengumpulan dana berasaskan pasaran khusus untuk projek-projek dengan hasil sosial yang positif melalui penggemblengan modal swasta dan filantropik yang akan memberi manfaat kepada entiti seperti organisasi bukan untung (NPO), perusahaan sosial dan Majlis Agama Islam Negeri.

Dalam membangunkan Bursa Sosial, SC melancarkan Program Rintis Bursa Sosial (SEPP25) pada Januari 2025, dengan penyertaan daripada lima NPO yang mempamerkan projek berimpak sosial. Fasa perintis menyediakan jalan untuk mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam mengenai komponen kritikal untuk menubuhkan Bursa Sosial. Sepanjang SEPP25, yang berlangsung selama enam bulan, lima NPO tersebut telah bekerjasama dengan SC untuk berkongsi data dan memberikan input mengenai blok binaan utama bagi Bursa Sosial. SEPP25 juga membolehkan SC mengumpul maklum balas bagi pembangunan rangka kerja kawal selia SC untuk Bursa Sosial.

Lanjutan dari SEPP25, dan libat urus pelbagai pihak berkepentingan, SC mengeluarkan Garis Panduan Platform Bursa Sosial (Garis Panduan SEP) pada 19 September 2025 yang merintis laluan bagi penubuhan Bursa Sosial pertama di Malaysia yang memudahkan pengumpulan dana untuk projek berimpak sosial. Garis Panduan SEP menetapkan syarat bagi pengendali SEP dan NPO, yang meliputi kelayakan, penzahiran dan pelaporan mandatori, bagi memberi jaminan kepada penderma mengenai penggunaan dana dan hasil projek. Pembangunan Bursa Sosial akan dijalankan secara berperingkat, dengan fasa semasa melibatkan pengenalan SEP untuk memudahkan NPO yang layak untuk mengumpul derma tunai bagi projek berimpak sosial yang disenaraikan dalam SEP. Walaupun penyertaan adalah secara sukarela, keupayaan untuk menyenaraikan projek dalam SEP menawarkan NPO saluran pengumpulan dana yang boleh dipercayai dalam rangka kerja yang dikawal selia. Dalam fasa seterusnya, Bursa Sosial akan diperluas untuk merangkumi instrumen dan peserta jenis lain, seperti perusahaan sosial dan NPO lain.

Pada Disember 2025, SC mendaftarkan satu pengendali SEP di bawah seksyen 76A CMSA. Pengendali SEP berdaftar tersebut bertanggungjawab untuk menubuhkan dan mengendalikan SEP pertama Malaysia, serta menerima masuk NPO yang layak mengikut syarat yang ditetapkan dalam Garis Panduan SEP. Dalam usaha untuk menggalakkan penyertaan NPO, salah satu langkah yang diperkenalkan sebagai sebahagian daripada Bajet 2026 ialah penubuhan geran kerajaan berjumlah RM2 juta untuk membantu NPO membiayai sebahagian daripada yuran yang dikenakan oleh pengendali SEP apabila projek disenaraikan oleh NPO dalam SEP. Ini mencerminkan komitmen kerajaan di bawah Rancangan Malaysia ke-13 (RMK-13) untuk memupuk sektor ketiga yang lebih berdaya tahan dan berimpak di Malaysia. Di samping itu, sumbangan yang dibuat melalui SEP akan terus menikmati kesaksamaan cukai di bawah subseksyen 44(6) dan perenggan 13(1) Jadual 6 Akta Cukai Pendapatan 1967, yang terpakai kepada NPO dan penderma yang menyumbang kepada projek berimpak sosial yang disenaraikan dalam SEP. Inisiatif Bursa Sosial merupakan satu langkah penting ke arah pembentukan satu ekosistem pengumpulan dana yang telus, bertanggungjawab dan inklusif yang menyokong projek berimpak sosial yang bermanfaat di Malaysia.

Mitigating Systemic Risks And Promoting Financial Stability

Enhanced Risk Governance Framework

In 2021, the SC-wide risk governance framework was enhanced as part of an overall initiative to have an effective integrated and predictive risk surveillance to maintain regulatory agility.

The structured risk governance framework integrated the wider spectrum of risks such as technology, cyber and conduct risk at the SC’s Systemic Risk Oversight Committee (SROC) and Accounting, Market and Corporate Surveillance Committee (ACMS).


Intensified surveillance

The SC continued to intensify its surveillance of systemic risk to maintain market resilience and stability. Regular SROC engagements were held to deliberate concerns emanating from various segments across the capital market. Domestic equity and bond market, foreign fund flows and trade participation continued to be monitored closely for potential stress points. 

In addition, measures and economic stimulus packages introduced by the government to weather the impact of COVID-19, market trading conduct and the financial position of listed companies were among the focus areas for discussion.


Thematic assessments

The SC also conducted thematic assessments covering investors’ fund flows, the position of firms, and policy decisions to ascertain the possible impact on the capital market. In 2021, the SC reviewed and enhanced its crisis indicators on potential emerging risks in the
capital market. 

The enhanced crisis indicators provided a reference point for escalation to SROC when the identified indicators and triggers materialised and ensured prompt response to manage and prevent any issues of concern that might lead to a systemic crisis.


Joint regulatory discussions

In 2021, the SC conducted frequent joint regulatory discussions with other authorities such as Bank Negara Malaysia (BNM) and Labuan Financial Services Authority (Labuan FSA) to identify systemic risk concern areas within the financial and capital markets in Malaysia.


Monitoring of various components of the capital market

The SC continued its efforts to undertake a methodological and integrated approach to ensure any potential systemic risk was being monitored, mitigated, or managed. Figure 1 highlights the findings from the following risk assessments on the various components of the capital market.

Pautan berkaitan
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia | Hubungi KamiPenolak Tuntutan | Paparan laman yang lebih baik dengan resolusi minimum 1280x1024

Ikuti kami di: 

Ooops!
Generic Popup