Pemantauan dan Pengurusan Risiko Sistemik

Pada tahun 2025, ketidaktentuan ekonomi global dan ketegangan perdagangan yang berterusan mempengaruhi dinamik pasaran kewangan dan pasaran modal di peringkat antarabangsa serta domestik. Walaupun kejelasan yang lebih besar mengenai dasar tarif AS telah meningkatkan sentimen pelabur, pasaran modal Malaysia kekal terdedah kepada ketidakpastian berhubung perkembangan perdagangan masa hadapan, kesan akhirnya, serta hala tuju dasar monetari AS, yang kesemuanya boleh merebak ke pasaran modal domestik. Berlatarbelakangkan ini, SC mengekalkan tahap kewaspadaan yang tinggi untuk mengenal pasti dan mengurus potensi kelemahan kepada kestabilan sistemik pasaran modal domestik secara proaktif.

Struktur tadbir urus risiko sistemik SC yang telah ditetapkan (Rajah 1) memastikan proses eskalasi kebimbangan yang diselaraskan dan berstruktur hasil daripada pengawasan dan penilaian risiko sistemik.

Jawatankuasa Pengurusan Risiko (RMC) mengadakan mesyuarat berkala untuk membincangkan potensi risiko yang timbul merentasi pelbagai segmen pasaran modal, dengan objektif untuk menangani isu-isu sebelum ia boleh meningkat menjadi kebimbangan sistemik. Dalam melaksanakan peranan pengurusan risiko sistemiknya, SC memantau secara aktif pelbagai komponen pasaran modal termasuk pasaran ekuiti dan bon domestik, infrastruktur pasaran, aktiviti dagangan, aliran dana pelabur, pengurusan pelaburan serta aktiviti pengantara bagi mengenal pasti potensi titik tekanan. Memandangkan keterhubungan dalam keseluruhan sistem kewangan, SC turut bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa pengawalseliaan lain, seperti BNM dan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (FSA Labuan), bagi mengenal pasti bidang risiko sistemik yang berpotensi memberi kesan kepada pasaran modal domestik.

Isu utama yang dibincangkan sepanjang libat urus ini merangkumi ketaktentuan pasaran global, pergerakan mata wang, serta perkembangan terkini berkaitan kesan dasar tarif AS. Perbincangan ini menyokong tindak balas antara agensi yang lebih cekap dan terkoordinasi apabila diperlukan, sekali gus mengukuhkan daya tahan keseluruhan sistem kewangan.

Pada tahun 2025, SC terus memperkukuh keupayaan dan kesiapsiagaan pengurusan krisisnya dengan melaksanakan beberapa program bagi mengukuhkan tahap kesiapsiagaan di seluruh organisasi. Ini merangkumi Latihan Simulasi Krisis Pasaran Modal yang dianjurkan bersama Toronto Centre, bertujuan untuk membolehkan SC mempraktikkan pengendalian krisis dalam persekitaran yang selamat, menilai keberkesanan dan kecukupan protokol serta proses sedia ada, di samping memupuk budaya pengurusan krisis yang proaktif dan pembelajaran berterusan.

SC turut menjalankan beberapa kajian tematik mendalam mengenai topik-topik berkaitan, termasuk tarif AS, pemulihan ekonomi China, serta penyahdolaran dan implikasinya terhadap pasaran modal Malaysia. Usahausaha ini turut dilengkapi dengan libat urus bersama pihak berkepentingan industri bagi mendapatkan pandangan tentang risiko pasaran semasa atau yang sedang muncul.

Dengan komitmen untuk mengurus risiko sistemik secara proaktif, SC telah menerbitkan Tinjauan Kestabilan Pasaran Modal yang keempat pada suku pertama 2026. Penerbitan ini membincangkan landskap risiko pasaran modal Malaysia, dengan menyorot pemacu utama risiko sistemik serta memberikan pandangan kepada pihak berkepentingan dalam mengemudi keadaan pasaran yang semakin berubah.

Mitigating Systemic Risks And Promoting Financial Stability

Enhanced Risk Governance Framework

In 2021, the SC-wide risk governance framework was enhanced as part of an overall initiative to have an effective integrated and predictive risk surveillance to maintain regulatory agility.

The structured risk governance framework integrated the wider spectrum of risks such as technology, cyber and conduct risk at the SC’s Systemic Risk Oversight Committee (SROC) and Accounting, Market and Corporate Surveillance Committee (ACMS).


Intensified surveillance

The SC continued to intensify its surveillance of systemic risk to maintain market resilience and stability. Regular SROC engagements were held to deliberate concerns emanating from various segments across the capital market. Domestic equity and bond market, foreign fund flows and trade participation continued to be monitored closely for potential stress points. 

In addition, measures and economic stimulus packages introduced by the government to weather the impact of COVID-19, market trading conduct and the financial position of listed companies were among the focus areas for discussion.


Thematic assessments

The SC also conducted thematic assessments covering investors’ fund flows, the position of firms, and policy decisions to ascertain the possible impact on the capital market. In 2021, the SC reviewed and enhanced its crisis indicators on potential emerging risks in the
capital market. 

The enhanced crisis indicators provided a reference point for escalation to SROC when the identified indicators and triggers materialised and ensured prompt response to manage and prevent any issues of concern that might lead to a systemic crisis.


Joint regulatory discussions

In 2021, the SC conducted frequent joint regulatory discussions with other authorities such as Bank Negara Malaysia (BNM) and Labuan Financial Services Authority (Labuan FSA) to identify systemic risk concern areas within the financial and capital markets in Malaysia.


Monitoring of various components of the capital market

The SC continued its efforts to undertake a methodological and integrated approach to ensure any potential systemic risk was being monitored, mitigated, or managed. Figure 1 highlights the findings from the following risk assessments on the various components of the capital market.

Pautan berkaitan
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia | Hubungi KamiPenolak Tuntutan | Paparan laman yang lebih baik dengan resolusi minimum 1280x1024

Ikuti kami di: 

Ooops!
Generic Popup