Alex kini terlibat dalam Lembaga Piawaian Pengauditan dan Jaminan, Lembaga Piawaian Etika dan Lembaga Pendidikan Institut Akauntan Malaysia (MIA). Alex berkhidmat sebagai Penasihat kepada Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia dan juga mewakili SC sebagai ahli dalam Jawatankuasa Pelesenan Audit Kementerian Kewangan Malaysia. Beliau merupakan bekas Ahli Majlis MIA.
Beliau merupakan ahli Kumpulan Kerja Pelabur dan Pihak Berkepentingan Lain Forum Antarabangsa Pengawal Selia Audit Bebas. Alex juga kini merupakan ahli Pusat Kecemerlangan Etika dan Piawaian Profesional CPA Australia. Beliau sebelum ini merupakan Presiden Divisyen Malaysia CPA Australia pada tahun 2013 dan 2014. Beliau merupakan bekas ahli Lembaga Penasihat Amalan Awam CPA Australia di Melbourne, Australia.
Alex ialah Akauntan Bertauliah MIA, Felo CPA Australia, ahli Institut Akauntan Bertauliah di England dan Wales (ICAEW) dan Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA). Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Perakaunan) dari Universiti Monash,
Australia.