Dato’ Seri Ahmad Johan Mohammad Raslan
Dato’ Seri Ahmad Johan Mohammad Raslan

Dato’ Seri Ahmad Johan Mohammad Raslan merupakan Pengerusi Eksekutif PwC Malaysia dari tahun 2004 hingga 2012, sebelum beliau bersara dari firma tersebut.

Dato’ Seri Johan telah berkhidmat dalam beberapa lantikan dalam kerajaan, termasuk sebagai Pengerusi FRF dari tahun 2003 hingga 2009, ahli Jawatankuasa Eksekutif Kestabilan Kewangan BNM dari tahun 2009 hingga 2012, dan ahli Panel Penasihat Antarabangsa Labuan FSA dari tahun 2004 hingga 2012.

Dalam bidang tadbir urus korporat, Dato’ Seri Johan membantu SC melancarkan Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia (MCCG) pertama ke pasaran pada tahun 2000. Sejak itu, beliau telah membantu merangka beberapa versi MCCG yang seterusnya.

Dato’ Seri Johan kini merupakan Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Sime Darby Property Bhd (Sime Darby Property). Beliau juga berkhidmat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Audit dan Jawatankuasa Kemampanan Lembaga Sime Darby Property. Beliau pernah menjadi ahli lembaga dua PLC lain pada masa lalu. Beliau kini merupakan ahli lembaga Institut Pengarah Korporat Malaysia.

Dato’ Seri Johan memiliki Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dalam Ekonomi dan Perakaunan dari University of Hull, UK. Beliau adalah Felow ICAEW dan ahli MIA dan MICPA. Dato’ Seri Johan berkhidmat sebagai Presiden MICPA dari tahun 2011 hingga 2012.

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup