Datuk Nor Azimah Abdul Aziz
Datuk Nor Azimah Abdul Aziz
Ketua Pegawai Eksekutif
Suruhanjaya Syarikat Malaysia

Datuk Nor Azimah Abdul Aziz merupakan Ketua Pegawai Eksekutif, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Sebelum pelantikan beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pada 1 Mei 2020, beliau merupakan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Kawal Selia dan Penguatkuasaan dan seterusnya menyandang jawatan sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perkhidmatan Korporat antara tahun 2016 sehingga 2020. Memulakan perkhidmatan dengan SSM sebagai Pengurus Besar di Jabatan Polisi, Perancangan dan Pembangunan Korporat pada tahun 2003. Kerjaya beliau bermula pada tahun 1992 sebagai Peguam Bela & Peguam Cara dan seterusnya berkhidmat sebagai Pensyarah Undang- Undang di Jabatan Perakaunan, Fakulti Perniagaan dan Pengurusan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Sewaktu berkhidmat di UKM, beliau telah dipinjamkan ke Jabatan Kawal Selia dan Piawaian di MIA pada Julai 2000.

Berpengalaman luas dalam inisiatif reformasi undang-undang dan telah menyelia pembangunan perundangan yang penting di bawah bidang kuasa SSM antaranya Akta Syarikat 2016, Akta Skim Kepentingan 2016, Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 dan Akta Syarikat (Pindaan) 2007. Beliau kini merupakan Ahli Lembaga AOB, Ahli Lembaga Pengiktirafan Pegawai Integriti Bertauliah (LPPIB), Ahli Lembaga Yayasan Laporan Kewangan (FRF), Ahli Jawatankuasa Kelulusan & Pelaksanaan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Ahli Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA), dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa
Eksekutif (ExCo) Corporate Registers Forum (CRF) dan terkini beliau dilantik sebagai Profesor Adjung di UKM.

Beliau berkelulusan Undang-Undang daripada Institut Teknologi MARA (kini Universiti Teknologi MARA atau UiTM) dan memperoleh Ijazah Sarjana Undang-Undang (LLM in Business Law) dari Aberystwyth University, United Kingdom.

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup