Notis Privasi berkenaan Aturan Pentadbiran IOSCO
Notis privasi ini menerangkan cara Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (“SC”) mengendalikan data peribadi yang diterima melalui pemindahan antarabangsa daripada pengawal selia sekuriti Kawasan Ekonomi Eropah (“EEA”). SC merupakan penandatangan kepada Aturan Pentadbiran IOSCO yang menetapkan bahawa perlindungan bagi pemindahan data peribadi antara pengawal selia sekuriti EEA dan bukan EEA.

1. Pengumpulan dan Pemproses Data Peribadi oleh SC
SC mengumpul dan memproses data peribadi dalam melaksanakan fungsinya di bawah seksyen 15 Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993, termasuk secara pemindahan antarabangsa di bawah Memorandum Persefahaman Pelbagai Hala IOSCO mengenai Perundingan dan Kerjasama serta Pertukaran Maklumat (“IOSCO MMoU”)
(https://www.iosco.org/library/pubdocs/pdf/IOSCOPD386.pdf).

Berhubung data peribadi yang diterima melalui pemindahan antarabangsa daripada pengawal selia sekuriti EEA, SC merupakan penandatangan kepada Aturan Pentadbiran IOSCO bagi Pemindahan Data Peribadi antara Pengawal Selia Sekuriti EEA dan bukan EEA (“Aturan Pentadbiran”). Sebagai penandatangan kepada Aturan Pentadbir tersebut, SC komited untuk mengendalikan data peribadi yang diterima daripada pengawal selia sekuriti EEA menurut perlindungan yang ditetapkan dalam Aturan Pentadbiran tersebut.

2. Pemindahan Data Peribadi oleh SC
SC boleh memindahkan data peribadi kepada pihak berkuasa penyeliaan asing sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 150 Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993. Jika benar-benar diperlukan, data peribadi boleh dipindahkan oleh SC, sebagai contoh, di mana pemindahan tersebut diminta oleh pihak berkuasa penyeliaan asing bagi bantuan dalam siasatan yang dijalankan olehnya bagi penguatkuasaan atau pentadbiran undang-undang dan peraturannya di bawah aturan perkongsian maklumat, seperti IOSCO MMoU.

3. Hak-Hak Subjek Data
Seseorang individu yang data peribadinya telah dipindahkan daripada pengawal selia sekuriti EEA kepada SC (“subjek data”) berhak untuk memohon akses kepada data peribadinya, tertakluk kepada pengecualian tertentu. Subjek data juga boleh memohon bagi data peribadinya diperbetulkan sekiranya individu tersebut percaya ia mengandungi kesilapan atau ketinggalan maklumat.

SC akan mengendalikan data peribadi yang diterima daripada pengawal selia sekuriti EEA menurut perlindungan yang ditetapkan dalamn Aturan Pentadbiran. Bagaimanapun, memandangkan bentuk kerja-kerja SC yang kebiasaanya sensitive, dan risiko prejudis kepada pelaksanaan fungsi kawal selia kami, dalam beberapa kes, perlindungan subjek data akan terhad, seperti obligasi SC untuk tidak mendedahkan maklumat sulit mengikut kerahsiaan profesional atau obligasi perundangan lain, atau untuk menghalang prejudi atau membahayakan fungsi pengawasan atau penguatkuasaannya.

Sebarang soalan atau kebimbangan
Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan atau kebimbangan mengenai pengumpulan, penggunaan, pemprosesan, perlindungan, penzahiran, atau pemindahan data peribadi anda oleh SC, sila hubungi:

Jabatan Hal Ehwal Antarabangsa
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
[email protected]

Aduan
Sekiranya anda ingin mengemukakan aduan berkenaan cara data peribadi anda dikendalikan, anda boleh menghubungi:

Pejabat Ketua Kaunsel
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
[email protected]
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup