Menggalakkan keterhubungan serantau
1. Forum Pasaran Modal ASEAN (ACMF)

Forum Pasaran Modal ASEAN (ACMF) merupakan kumpulan peringkat tinggi para pengawal selia pasaran modal dari 10 negara anggota ASEAN, iaitu Brunei Darussalam, Kemboja, Indonesia, Lao PDR, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Ditubuhkan pada 2004 di bawah naungan Menteri-Menteri Kewangan ASEAN, tanggungjawab utama ACMF adalah untuk membangunkan pasaran modal serantau yang luas, cair dan bersepadu.

SC menyokong usaha-usaha integrasi di bawah Rangka Tindakan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) 2025 yang bertujuan untuk mencapai pertumbuhan dan daya tahan serantau yang mampan. Ia memainkan peranan penting dalam ACMF, termasuk mempengerusikan Forum tersebut dari Februari 2006 - Ogos 2008 dan Oktober 2014 - Oktober 2018 bagi tempoh selama 4 tahun.

Ketika mempengerusikan ACMF, SC menerajui pembangunan Visi ACMF bagi 2025 ke arah pasaran modal ASEAN yang saling berhubung, inklusif dan berdaya tahan. Inisiatif utama sehingga kini termasuk Rangka Kerja Mobiliti Profesional ASEAN, Kad Skor Tadbir Urus Korporat ASEAN, Rangka Kerja ASEAN bagi Skim Pelaburan Kolektif dan lain-lain. ACMF juga melancarkan satu piawaian lengkap yang terdiri daripada Piawaian Bon Hijau, Bon Sosial dan Bon Lestari untuk mempercepatkan pembangunan kelas aset yang mampan di rantau ini.

Bagi memudahcarakan usaha penyepaduan pasaran modal serantau, SC kini bersama-sama mempengerusikan kumpulan kerja berikut:

  • Kewangan Mampan, bersama Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Filipina
  • Program Pembangunan Pasaran, bersama Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Kemboja

2. Jawatankuasa Kerja ASEAN mengenai Pembangunan Pasaran Modal (WC-CMD)

Jawatankuasa Kerja ASEAN mengenai Pembangunan Pasaran Modal (WC-CMD ditubuhkan sebagai sebahagian daripada Hala Tuju bagi Integrasi Monetari dan Kewangan ASEAN, yang diluluskan oleh Mesyuarat Menteri-Menteri Kewangan ASEAN di Manila pada 2003. 

WC-CMD bertindak sebagai jawatankuasa penyelaras yang memantau inisiatif dan kemajuan anggota-anggota ASEAN ke arah pembinaan kapasiti dan menetapkan infrastruktur bagi penmbangunan pasran modal ASEAN, dengan matlamat jangka panjangnya untuk menapai kolaborasi rentas sempadan dalam kalangan pelbagai pasaran modal di ASEAN.

Anggota WC-CMD terdiri daripada wakil-wakil dari Kementerian Kewangan, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa dan Bank-bank Pusat. Dari Julai 2018 hingga Jun 2020, pengerusi bersama WC-CMD ialah SC dan Kementerian Kewangan, Vietnam.

Rangka kerja WC-CMD termasuk meningkatkan peranan pasaran modal ASEAN untuk menyokong pembiayaan infrastruktur, termasuk pembiayaan Islam, serta menggalakkan pembiayaan mampan melalui kolaborasi bersama Forum Pasaran Modal ASEAN. 
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup