Sumbangan Kepada Pembuatan Dasar Kawal Selia Antarabangsa
SC terlibat secara aktif dalam pelbagai forum antarabangsa termasuk antara lain, Pertubuhan Antarabangsa Suruhanjaya Sekuriti (IOSCO), Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) dan Pasukan Petugas Tindakan Kewangan (FATF).

1. Pertubuhan Antarabangsa Suruhanjaya Sekuriti (IOSCO)
IOSCO merupakan forum dasar antarabangsa terkemuka untuk pengawal selia sekuriti dan diiktiraf sebagai penetap standard global untuk pengawalseliaan sekuriti. Anggota organisasi ini mengawal selia lebih daripada 95% pasaran sekuriti dunia dalam lebih 115 bidang kuasa dan keanggotaannya terus berkembang.

SC telah mengetuai pelbagai Jawatankuasa dan Pasukan Petugas IOSCO, termasuk yang berikut:
  • Lembaga IOSCO (Naib Pengerusi: 2013 - 2018);
  • Jawatankuasa Pasaran Maju dan Pesat Membangun (Pengerusi: 2013 - 2018; Pengerusi: 1996 - 1999; Naib Pengerusi: 2008 - 2012, Naib Pengerusi 2019 - Kini);
  • Jawatankuasa Serantau Asia Pasifik (Pengerusi: 2000 - 2004);
  • Kumpulan Kerja Jawatankuasa Pasaran Pesat Membangun mengenai Kawal Selia Pasaran Sekunder (Pengerusi: 1994 - 2013);
  • Pasukan Petugas Lembaga Pengarah mengenai Pembiayaan Jangka Panjang (Pengerusi Bersama: 2013 - 2014);
  • Pasukan Petugas Jawatankuasa Eksekutif mengenai Pasaran Modal Islam (Pengerusi: 2002 - 2004)

SC juga mengambil bahagian dan memberi input kepada Jawatankuasa Dasar IOSCO, yang bertanggungjawab untuk menetapkan piawaian yang menjadi penanda aras yang digunakan untuk menilai rangka kerja pengawalseliaan anggota IOSCO. Anggota IOSCO, termasuk SC, menjalani pelbagai penilaian oleh beberapa organisasi antarabangsa, termasuk Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia sebagai sebahagian daripada Program Penilaian Sektor Kewangan (FSAP).

Dari proses penilaian yang meluas ini, rangka kerja pengawalseliaan pasaran modal Malaysia memperoleh skor 92%, dengan penarafan 'Dilaksanakan Sepenuhnya ' bagi 34 daripada 37 Prinsip IOSCO yang dinilai. Penilaian terperinci tersebut boleh didapati di sini. Sejak penilaian tersebut, SC telah mengambil langkah-langkah untuk merapatkan jurang yang berkaitan, termasuk meminda undang-undangnya dan menambah baik garis panduan yang berkaitan.
2. Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD)
Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) merupakan organisasi antarabangsa yang ditubuhkan pada tahun 1961 dengan 34 negara anggota. Objektif OECD adalah untuk menggalakkan dasar-dasar yang akan meningkatkan kesejahteraan ekonomi dan sosial penduduk dunia.

Jawatankuasa ini bermesyuarat dua kali setahun dan penyertaan adalah eksklusif bagi negara anggota OECD dan negara bukan anggota yang menerima jemputan. SC juga mengambil bahagian dan memberi input teknikal kepada kerja-kerja OECD mengenai Tadbir Urus Korporat, termasuk melalui Meja Bulat OECD Asia mengenai Tadbir Urus Korporat yang diadakan setiap tahun.
3. Pasukan Petugas Tindakan Kewangan (FATF)
Pasukan Petugas Tindakan Kewangan (FATF) merupakan badan antara kerajaan yang ditubuhkan pada 1989 oleh Menteri-menteri bidang kuasa anggotanya. Objektif FATF adalah untuk menetapkan piawaian dan menggalakkan pelaksanaan berkesan langkah-langkah perundangan, kawal selia dan operasi untuk memerangi pengubahan wang haram, pembiayaan pengganas dan ancaman-ancaman terhadap integriti sistem kewangan antarabangsa berkaitan yang lain.

Sebagai anggota FATF dan Kumpulan Asia Pasifik mengenai Pengubahan Wang Haram (APG), Malaysia diiktiraf sebagai sebuah bidang kuasa yang menjadi teras usaha global untuk memerangi pengubahan wang haram dan pembiayaan pengganas. Untuk tujuan ini, SC telah melaksanakan piawaian antarabangsa yang ditetapkan oleh FATF menerusi Garis Panduan SC mengenai Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan untuk Pengantara Pasaran Modal dan Garis Panduan Pelaksanaan Sekatan Kewangan Sasaran Berkaitan dengan Pembiayaan Penyebaran Haram bagi Pengantara Pasaran Modal.

Pada 2014, FATF dan APG menjalankan penilaian bersama mengenai ke atas sistem pencegahan pengubahan wang haram dan pembiayaan pengganas (AML / CFT) Malaysia. Penilaian ini merupakan satu semakan komprehensif terhadap keberkesanan sistem AML / CFT Malaysia dan tahap pematuhannya terhadap Cadangan FATF. Keseluruhannya, Malaysia mempunyai rangka kerja AML / CFT yang kukuh dengan dasar-dasar yang dibangunkan dan dilaksanakan dengan baik. Laporan ini boleh didapati di sini.
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup