Pada tahun 2022, pasaran mata wang kripto dilanda ‘crypto winter’ yang menyaksikan harga mata wang kripto utama jatuh dengan ketara. Akibatnya, kebanyakan aset digital yang dijejak yang telah didagangkan pada DAX tempatan mencatatkan prestasi negatif (Carta 1) apabila kebimbangan terhadap kemelesetan dan ketegangan geopolitik melemahkan permintaan untuk aset mata wang kripto yang berisiko tinggi.
Aktiviti dagangan DAX tempatan berkurangan menjelang akhir 2022 dengan DAX Tokenize mendapat daya tarikan yang lebih berbanding pengendali asset digital yang seangkatan dengannya (Carta 2). Secara keseluruhan, nilai aset digital didagangkan kekal kecil pada 0.35% berbanding dengan pasaran ekuiti domestik setakat Disember 2022.