Broker saham dan bank pelaburan (IB) terus menepati keperluan minima kecukupan modal (nisbah kecukupan modal (CAR) sebanyak 1.20 kali; nisbah modal berwajaran risiko (RWCR) sebanyak 8.00%). Setakat Disember 2022, purata CAR broker saham berada pada tahap 13.47 kali, meningkat daripada 12.82 kali pada 2021, manakala purata IB RWCR meningkat kepada 38.76% (setakat Disember 2022) daripada 37.35% pada 2021.
Kawalan pengurusan risiko pengantara broker saham cukup teguh untuk menguruskan pendedahan risiko kredit yang timbul daripada pembiayaan margin. Nisbah perlindungan cagaran setakat Disember 2022 berada pada tahap 3.28 kali (2021: 3.53 kali), berbanding dengan tahap minimum yang diperlukan sebanyak 1.30 kali.
Secara keseluruhannya, pengantara broker saham berupaya mengurus kedudukan kecairan masing-masing secara berhemah dan secukupnya.