Pengurusan Pelaburan

AUM industri pengurusan dana berjumlah RM906.46 bilion pada akhir Disember 2022 (Carta 1), mencatatkan penurunan sebanyak -RM44.59 bilion, atau -4.69% daripada AUM 2021 sebanyak RM951.05 bilion. Sebahagian besar ini disebabkan penurunan dalam nilai pasaran aset selari dengan pasaran global yang lemah, dimana peruntukkan utamanya adalah di dalam ekuiti (47.59%, 2021: 49.20%), diikuti oleh sekuriti pendapatan tetap (23.25%, 2021: 22.05%) dan pasaran wang (14.81%, 2021: 15.40%).

Peruntukan dalam aset asing berkurangan sebanyak -RM30.05 bilion kepada RM281.59 bilion (Carta 2), manakala peruntukan dalam aset tempatan menurun sebanyak -RM14.54 bilion kepada RM624.87 bilion (Carta 3), yang terutamanya disebabkan penebusan bersih dalam dana pasaran kewangan dan nilai pasaran yang lemah.

Peruntukan AUM asing tertumpu di AS, Asia Pasifik kecuali China, Jepun, dan ASEAN dan Kesatuan Eropah (Carta 4).

Nota:
* Bilangan mungkin tidak tepat kerana pembundaran.

UTF kekal sebagai sumber AUM terbesar pada 53.83% (2021: 55.40%), diikuti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di 17.41% (2021: 17.34%) dan badan korporat pada 10.78% (2021: 9.97%) (Carta 5).

NAV UTF bernilai RM487.94 bilion pada Disember 2022 (Carta 6), mencatatkan penurunan daripada RM526.90 bilion pada Disember 2021. Penurunan ini disebabkan oleh kemerosotan dalam nilai aset, konsisten dengan pasaran ekuiti yang lemah dan keseluruhan pergerakan AUM.

Pengurus dana mempunyai proses pengurusan risiko kecairan yang mencukupi, untuk memastikan kecairan dana yang cukup dalam pengurusan penebusan secara teratur. UTF mencatatkan penebusan bersih sebanyak -RM9.60 bilion3 setakat Disember 2022, yang terdiri daripada jualan kasar berjumlah RM239.56 bilion3 dan penebusan kasar sebanyak -RM249.16 bilion (2021: jualan bersih sebanyak RM15.92 bilion)3 , khususnya didorong oleh penebusan bersih dalam dana pasaran wang.


3 Termasuk pelaburan semula pengagihan

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup