Sorotan Utama
ENFORCEMENT ACTIVITIES
2015
2016
2017
2018
Cases referred to Enforcement
22272016
Investigations initiated (no. of cases)
101386
Investigations completed (no. of cases)
13101012
Persons charged in criminal proceedings
1717108
Criminal charges laid
220613914
Persons against whom civil actions initiated
5220-
Person involved in regulatory settlements
6273
Administrative actions
41373280

Peralihan Malaysia ke fasa endemik menandakan permulaan bagi pemulihan negara. Pembukaan semula aktiviti ekonomi dan pasaran pekerjaan telah melonjakkan sentimen terhadap pasaran dan sektor korporat.

Sepanjang tempoh semakan, pasaran modal domestik kekal berdaya tahan dan teratur tanpa sebarang kebimbangan kestabilan sistemik diperhatikan. Memandangkan kedudukan pasaran yang mencabar, SC akan terus berwaspada dalam mengendalikan dan mengurangkan sebarang potensi risiko yang mungkin timbul.

  • Pasaran Ekuiti dan Infrastruktur

    PASARAN DOMESTIK terjejas oleh keadaan volatiliti global, dengan FBMKLCI mencatatkan penurunan tahunan sebanyak -4.60% khususnya melalui kaunter penjagaan kesihatan.

    Mekanisme pengurusan RISIKO PASARAN telah disediakan dan tiada pemutus litar (circuit breaker) yang tercetus pada tahun 2022.

  • Pasaran Bon

    KELUK HASIL SEKURITI KERAJAAN MALAYSIA (MGS) meningkat selari dengan pasaran bon global.

    KADAR MUNGKIR bon korporat dan sukuk yang rendah, sebanyak 0.18%.


  • Aset Digital

    AKTIVITI DAGANGAN dalam bursa aset digital (DAX) tempatan merosot menjelang akhir 2022.

    NILAI ASET DIGITAL DIDAGANGKAN kekal kecil sebanyak 0.35% berbanding pasaran ekuiti domestik.


  • Aliran Pelaburan

    PEGANGAN ASING dalam ekuiti stabil. Namun, pegangan asing dalam bon mengalami penurunan pada 2022.

    SUMBER DANA ASING kekal kecil dalam segmen pengurusan dana.

    ANALISIS TERHADAP PENYERTAAN PELABUR setakat 30 September 2022 menunjukkan bahawa 68.68% daripada semua pegangan asing dalam pelbagai pasaran dan sektor, merupakan pelabur asing strategik.


  • Pengurusan Pelaburan

    NILAI ASET DI BAWAH PENGURUSAN (AUM) UNTUK PENGURUSAN DANA DAN NILAI ASET BERSIH (NAV) UNTUK DANA UNIT AMANAH (UTF) 
    mencatatkan penurunan dari 2021, di mana sebahagian besarnya adalah disebabkan kejatuhan nilai pasaran aset, setara dengan pasaran ekuiti yang tidak memuaskan.

    PENGURUS DANA mempunyai proses pengurusan risiko kecairan yang mencukupi untuk memastikan kecairan yang memadai bagi menguruskan kemungkinan peningkatan dalam penebusan.

    KEPUTUSAN UJIAN TEKANAN menunjukkan kecairan yang mencukupi merentasi semua dana pelaburan dalam bentuk tunai dan setara tunai bagi menahan tekanan penebusan yang besar.


  • Pengantara Broker Saham

    BROKER SAHAM DAN BANK PELABURAN kekal berdaya tahan dan mempunyai penampan modal yang mencukupi untuk menguruskan kedudukan kecairan masing-masing secara berhemah.

  • Syarikat Awam Tersenarai*

    KEBANYAKAN SEKTOR mencatatkan pendapatan yang lebih tinggi pada 2022, dengan sektor perkhidmatan kewangan, perkhidmatan pengguna dan runcit  serta pembuatan sebagai tiga sektor teratas dengan pendapatan lebih
    baik secara ketara.

    SEKTOR PEMBUATAN PENJAGAAN KESIHATAN DAN TENAGA kekal terdedah kepada perubahan dan cabaran pasca COVID-19.

    *Berdasarkan kewangan terkini yang tersedia sehingga suku ketiga 2022.


Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup