Tinjauan Risiko
ENFORCEMENT ACTIVITIES
2015
2016
2017
2018
Cases referred to Enforcement
22272016
Investigations initiated (no. of cases)
101386
Investigations completed (no. of cases)
13101012
Persons charged in criminal proceedings
1717108
Criminal charges laid
220613914
Persons against whom civil actions initiated
5220-
Person involved in regulatory settlements
6273
Administrative actions
41373280

Pasaran kewangan global terutamanya pasaran modal dijangka mengharungi pelbagai bentuk risiko dan kelemahan yang berpunca daripada keadaan geopolitik dan pendirian dasar monetari daripada pelbagai bank pusat utama di tengah-tengah kebimbangan inflasi dan pertumbuhan yang tinggi. Pasaran modal Malaysia juga akan terdedah kepada kerentanan seperti berikut:

  • Pengetatan Dasar Kewangan

    Pasaran global beralih daripada memiliki kecairan yang banyak, kepada keadaan monetari dan kewangan yang lebih ketat di mana ini dijangka akan mewujudkan volatiliti yang lebih tinggi.

    Sebarang kemerosotan dalam keadaan kecairan pasaran akan memberi kesan terhadap keseluruhan prestasi pasaran ekuiti, terutamanya pasaran pesat membangun, apabila aliran masuk dana asing ke dalam pasaran tersebut lesap.

    Sebaliknya, apabila pelabur global mengurangkan kedudukan mereka dalam pasaran pesat membangun, ia mendorong kepada penilaian yang lebih rendah, oleh itu memberi peluang yang luas untuk Malaysia, memandangkan negara mempunyai syarikat awam tersenarai (PLC) yang berasas kukuh.


  • Kondisi Ekonomi

    Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah meramalkan pertumbuhan global yang perlahan daripada nilai 3.2% pada 2022 kepada nilai 2.7% pada 2023, yang merupakan pertumbuhan paling lemah sejak 2001 selain daripada krisis kewangan global pada tahun 2008 dan COVID-19 pada tahun 2020.

    Risiko penurunan kepada pertumbuhan ekonomi akan menambah lagi kekangan kepada garis bawah sektor korporat, dalam keadaan harga komoditi yang tidak menentu, menambahkan lagi gangguan terhadap rantaian bekalan global dan keteguhan dolar AS.

    Kadar faedah yang meningkat juga akan menaikkan kos pembiayaan, manakala firma berleveraj tinggi akan menghadapi peningkatan tekanan dalam membayar hutang mereka.


  • Daya Tarikan Pasaran Modal

    Pasaran modal domestik dijangka kekal berdaya tahan. Namun, pasaran modal domestik hendaklah mengekalkan daya tarikan agar setanding dengan pasaran serantau. Akses pengumpulan dana yang lebih baik serta kepelbagaian produk dan perkhidmatan pelaburan akan menjadi kelebihan buat pasaran modal Malaysia.

    Dana pelaburan yang diuruskan secara pasif berterusan menjejaki indeks tanda aras seperti MSCI Emerging Markets Index. Oleh itu, nilai wajaran Malaysia dalam indeks tersebut secara langsung mendorong aliran dana daripada pelabur pasif.

    Pencarian cadangan unik dan memacu penciptaan nilai dalam PLC Malaysia adalah penting untuk menarik para pelabur.


  • Kemampanan

    Kemampanan telah mendapat perhatian utama di peringkat global terutamanya dengan Agenda 2030 untuk Pembangunan Kemampanan yang telah diterima pakai oleh semua negara anggota Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (UN).

    Pelabur pasaran modal juga telah semakin menekankan kepentingan alam sekitar, sosial dan tadbir urus dalam membuat pertimbangan pelaburan mereka.

    Memandangkan pelbagai negara berada dalam peringkat pelaksanaan yang berbeza, penzahiran dan risiko peralihan kekal sebagai cabaran utama bagi peserta pasaran modal.


Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup