Jenis-jenis Pelabur Asing

Analisis selanjutnya mengenai jenis pegangan asing yang berjumlah 20.58% setakat 30 September 2022, menunjukkan bahawa pelabur strategik asing berjumlah 68.68% merentasi pelbagai pasaran dan sektor di Bursa Malaysia (Rajah 1a). Mengikut jenis, 96.34% daripada pelabur strategik asing adalah syarikat manakala selebihnya terdiri daripada pelabur individu, agensi kerajaan, syarikat induk dan lain-lain.

Hampir separuh daripada pelabur bukan strategik asing, adalah dari AS dan tiga pegangan teratas mereka berada di kaunter perbankan (Carta 1).

Manakala, 31.32% daripada pegangan asing merupakan pelabur bukan strategik, yang kebanyakannya terdiri daripada dana pengurus, dana lindung nilai, dan dana kekayaan berdaulat dengan bakinya adalah dana pencen, syarikat insurans, dan lainlain (Rajah 1a). Ini boleh dikategorikan lagi sebagai pelabur aktif atau pasif (Carta 2). Pelabur pasif menjejaki pulangan indeks seperti penanda aras pasaran dan cenderung untuk membeli dan menyimpan melainkan terdapat perubahan pada konstituen indeks. Sementara itu, pelabur aktif berusaha untuk melabur melalui pemilihan saham mengikut budi bicara atau perdagangan dengan menjangkakan perubahan pasaran.3

Dana pencen lazimnya membeli dan menyimpan kerana tumpuannya adalah terhadap pendapatan jangka panjang dan bukannya pengumpulan modal.4 Oleh itu, pelabur yang paling kerap masuk atau keluar pasaran merupakan pelabur bukan strategik yang aktif, diikuti oleh bank pusat, kerajaan, dana pencen, dan seterusnya pelabur bukan-strategik pasif.


3BIS Quarterly Review: The implications of passive investing for securities markets. Sushko, V. & Turner, G., Bank of International Settlements, 2018
Policy Actions: Pension Funds Investment in Infrastructure. Della Croce, R., OECD Working Papers on Finance, Insurance and Private Pensions No. 13. OECD. 2011.
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup