ACMF Memudah Cara Pengumpulan Dana dan Pelaburan Rentas Sempadan
3 Mac 2015   |   Kuala Lumpur
AMCF Laksana Rangka Kerja Semakan Seragam bagi Prospektus yang Sama; Lima Dana ASEAN yang Layak Diluluskan
Forum Pasaran Modal ASEAN (ACMF) mengumumkan hari ini bahawa Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Pihak Berkuasa Monetari Singapura (MAS), Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC), Thailand dan Singapore Exchange (SGX) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi mewujudkan Rangka Kerja Semakan Seragam bagi Prospektus ASEAN yang Sama.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh pengawal selia kanan ASEAN dan wakil-wakil dari badan-badan serantau. Ia diadakan sempena mesyuarat ACMF ke-22 di Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh SC, Pengerusi ACMF sekarang.

Rangka Kerja Semakan Seragam tersebut, satu inisiatif di bawah Pelan Pelaksanaan ACMF yang diluluskan oleh Menteri-Menteri Kewangan ASEAN pada tahun 2009, akan meningkatkan daya tarikan ASEAN sebagai pusat pengumpulan dana. Di bawah rangka kerja tersebut, penerbit yang ingin menawarkan atau menyenaraikan ekuiti atau sekuriti hutang biasa kini boleh menjangkakan masa ke pasaran yang lebih pendek dan akses kepada modal dengan lebih cepat di negara-negara yang menanda tangan MoU tersebut melalui proses semakan yang seragam.

Penanda tangan MoU tersebut bercadang untuk melaksanakan Rangka Kerja tersebut dengan buku panduan terbitan bersama menjelang suku tahun ketiga 2015. Buku panduan tersebut akan memberi panduan mengenai pelbagai hal pentadbiran dan prosedur termasuk kriteria untuk terbitan, prosedur permohonan dan garis masa semakan.

Mesyuarat ACMF ke-22 tersebut turut mengumumkan pemberian kebenaran kepada lima dana sebagai Skim Pelaburan Kolektif (CIS) yang Layak di bawah Rangka Kerja ASEAN bagi penawaran rentas sempadan CIS, yang dilaksanakan pada Ogos 2014. Lima dana yang layak tersebut telah diluluskan oleh SC dan MAS, manakala SEC Thailand sedang dalam proses penyemakan satu permohonan dana. Dana yang layak ini dibenarkan untuk ditawarkan kepada pelabur runcit di Malaysia, Singapura dan Thailand.

Negara-negara anggota juga telah meluluskan Program Pembangunan Pasaran Modal ASEAN, dengan matlamat memberi bantuan bersama kepada semua pasaran di rantau ini untuk memudahcarakan pembangunan pasaran modal tempatan. Program menyeluruh ini dirancang mengikut keperluan tertentu setiap negara dan disejajarkan dengan objektif ACMF untuk mencapai lebih kesalinghubungan serantau.

Mesyuarat ACMF tersebut juga telah meluluskan cadangan untuk membangunkan Pelan Tindakan lima tahun dari 2016 – 2020. Pelan Tindakan ACMF 2016 – 2020 ini akan memberi tumpuan bagi memastikan akses mudah kepada modal dan pelaburan dalam pasaran serantau yang berhubung kait.

ACMF telah ditubuhkan pada tahun 2004 untuk menggalakkan aliran modal yang lebih bebas dan keberkaitan antara pasaran modal ASEAN. Inisiatif utama lain di bawah ACMF termasuk Pautan Dagangan ASEAN; rangka kerja bagi Kemasukan Pantas Penyenaraian Sekunder bagi membolehkan masa ke pasaran yang lebih cepat bagi syarikat korporat yang memohon penyenaraian sekunder; dan Standard Penzahiran ASEAN untuk memudahcarakan penawaran ekuiti dan sekuriti hutang biasa. ACMF juga telah berusaha untuk memprofil ASEAN sebagai kelas aset melalui Kad Skor Tadbir Urus Korporat ASEAN, yang telah meningkatkan daya tarikan PLC ASEAN yang ditadbir dengan baik kepada masyarakat pelabur antarabangsa.

Maklumat lanjut mengenai Pelan Pelaksanaan ACMF dan Rangka Tindakan Komuniti Ekonomi ASEAN boleh didapati di www.theacmf.org/ACMF/ report/ImplementationPlan.pdf.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup