AOB Kenakan Celaan ke atas Dua Juruaudit Kerana Melanggar Piawaian Pengauditan
5 Mac 2018   |   Kuala Lumpur
Lembaga Pemantauan Audit Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengenakan celaan awam terhadap dua juruaudit, Sathiea Seelean A/L Manickam dari Morison Anuarul Azizan Chew (MAAC) dan Tan Poh Ling, bekas rakan MAAC, kerana gagal mematuhi Piawaian Antarabangsa mengenai Pengauditan apabila mengaudit penyata kewangan entiti kepentingan awam (PIE).

Kedua-dua juruaudit gagal merangka dan melaksanakan prosedur audit yang sesuai berkenaan dengan penghutang dagangan dan hasil ketika mengaudit penyata kewangan 2011 dan 2012 sebuah PIE.

Oleh itu, juruaudit tersebut melanggar seksyen 31Z Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993 kerana gagal mematuhi syarat pendaftaran yang menghendaki mereka mematuhi piawaian pengauditan yang diiktiraf. AOB mengingatkan pihak yang berdaftar untuk mematuhi semua keperluan yang berkaitan dengan piawaian pengauditan dan etika yang diiktiraf di Malaysia.
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
LEMBAGA PEMANTAUAN AUDIT
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup