Bekas CEO Inix Technologies dipenjara kerana kemuka kenyataan palsu
22 April 2015   |   Kuala Lumpur
Mahkamah Rayuan hari ini mengenakan tempoh hukuman penjara 45 bulan ke atas Jimmy Tok Soon Guan, bekas CEO Inix Technologies Holdings Bhd (INIX).

Jimmy, 45, telah didakwa di Mahkamah Sesyen pada tahun 2011 dengan satu dakwaan mengemukakan maklumat palsu di dalam prospektus syarikat di bawah Seksyen 55 Akta Suruhanjaya Sekuriti (SCA) 1993 dan dakwaan mengemukakan kenyataan palsu kepada Bursa Malaysia Securities Berhad di dalam laporan sukuan syarikat di antara Oktober 2005 dan Julai 2006 di bawah Seksyen 122B Akta Industri Sekuriti (SIA) 1983.

Jimmy telah mengaku bersalah terhadap dakwaan-dakwaan tersebut dan telah didenda sebanyak RM1.1 juta oleh Mahkamah Sesyen pada tahun 2011.
Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan rayuan SC dengan mengenakan hukuman pemenjaraan ke atas Jimmy selain denda yang telah dikenakan oleh Mahkamah Sesyen.

Jimmy telah dikenakan hukuman penjara sebanyak 45 bulan, di mana dia dikenakan penjara selama sembilan bulan bagi setiap dakwaan. Mahkamah mengarah pemenjaraan untuk keempat-empat dakwaan di bawah Seksyen 122B dijalankan serentak.

Jimmy telah didakwa bersama dua bekas pengarah Inix, iaitu Mok Chin Fan (Mok), 57, dan Cheong Kok Yai (Cheong), 55 dan bekas eksekutif akaun syarikat tersebut, Normah Bt Sapar (Normah), 41.

Mahkamah Rayuan turut membenarkan rayuan pendakwaraya terhadap ketiga-tiga individu tersebut. Mok dan Cheong telah diberi pemenjaraan selama 30 bulan untuk kesalahan yang sama, manakala Normah menerima hukum penjara 30 bulan kerana bersubahat dengan Jimmy.

Mok dan Cheong sebelum ini telah mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen dan didenda sebanyak RM325,000 bagi setiap satu kesalahan, manakala Normah telah didenda sebanyak RM350,000.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup