Bekas Ketua Ekuiti Bank Pelaburan Dijatuhi Hukuman Penjara Enam Bulan dan Didenda RM1 Juta kerana Dagangan Orang Dalam
10 April 2018   |   Kuala Lumpur
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur telah menyabitkan kesalahan dan menjatuhkan hukuman ke atas Goh Keng Huat, bekas ahli perbankan pelaburan kerana dagangan orang dalam bagi saham Road Builder Holdings Bhd (RBH). Goh, 48, hari ini mengaku bersalah ke atas satu pertuduhan dagangan orang dalam di bawah seksyen 89E(2)(a) Akta Perindustrian Sekuriti 1983. Menurut pertuduhan tersebut, Goh telah memperoleh 100,000 unit saham RBH ketika memiliki maklumat dalaman pada 4 September 2006. Goh ketika itu merupakan Ketua Pasaran Ekuiti, Aseambankers Malaysia Bhd (kini Maybank Investment Bank Bhd).

Goh, yang kini menetap di Australia, dijatuhi hukuman penjara selama 6 bulan dan denda sebanyak RM1 juta oleh Hakim Mahkamah Sesyen Dato’ Habibah Mohamed Yusof, atau enam bulan penjara, susulan permohonan rayuan di bawah peruntukan seksyen 172C Kanun Prosedur Jenayah. Mahkamah turut mengambil kira sembilan lagi pertuduhan yang sama terhadap Goh bagi pembelian 751,600 unit saham RBH antara 5 September 2006 dan 16 Oktober 2006.

Pada 10 Oktober 2017, SC mengenakan 10 pertuduhan dagangan orang dalam ke atas Goh manakala isterinya, Wee Siew Ling dengan 10 pertuduhan kerana bersubahat dengan Goh dalam perlakuan kesalahan tersebut dengan membenarkan dia memperoleh saham RBH menerusi akaun dagangan miliknya. Berikutan pengakuan bersalah oleh Goh, SC menarik balik pertuduhan ke atas Wee. Maklumat dalaman tersebut merujuk kepada cadangan pengambilalihan RBH oleh IJM Corporation Bhd dengan jumlah pembayaran keseluruhan untuk pembelian berjumlah kira-kira RM1.56 bilion yang diumumkan kepada Bursa Malaysia pada 18 Oktober 2006. Berdasarkan fakta kes yang dibacakan di mahkamah, Aseambankers merupakan salah satu penasihat bersama dalam pengambilalihan itu dan Goh memiliki maklumat dalaman tersebut kerana dia turut terlibat secara aktif dalam pelaksanaan korporat tersebut.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup