Bekas pengarah urusan Liqua didakwa melakukan penipuan sekuriti
8 Jun 2010   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mendakwa Goh Bak Ming kerana bersubahat dengan Poh Gaik Lye untuk menipu Liqua Health Corporation Bhd sebanyak RM9.75 juta antara 23 Februari dan 31 Julai 2007.

Skim untuk menipu, yang mana Goh (mantan Pengarah Urusan Liqua) dituduh bersubahat, melibatkan anak syarikat Liqua, Liqua Health Marketing (M) Sdn Bhd membuat Perjanjian Pengagihan bersama Wynsum Healthy Living Sdn Bhd pada bulan Februari 2007, yang membabitkan pembayaran sebanyak RM12 juta kepada Wynsum. Daripada jumlah RM12 juta tersebut, RM9.75 juta telah digunakan untuk membiayai pembelian lebih 45 juta saham Liqua, antara lain, melalui akaun Tacforce International (M) Sdn Bhd.

Goh dituduh di bawah seksyen 87A(a) yang dibaca bersama dengan seksyen 122C(c) Akta Perindustrian Sekuriti 1983 (SIA), dan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM1 juta dan penjara bagi tempoh tidak melebihi 10 tahun, jika sabit kesalahan.

Goh dibenarkan ikat jamin sebanyak RM500,000 dengan dua penjamin. Beliau dikehendaki menyerahkan semua dokumen perjalanannya termasuk pasport kepada Mahkamah. Kes tersebut akan disebut pada 9 Julai 2010.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup