Bekas remisier gagal rayuan kedua
23 February 2011   |   Kuala Lumpur
Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan sabitan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini terhadap Haron Jambari kerana menipu Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) berhubung dengan pembelian saham-saham Petronas Dagangan Bhd shares pada tahun 1994 (transaksi saham-saham PDB).

Haron, bekas remisier di Arab Malaysian Securities Sdn Bhd, didakwa bawah Seksyen 87A Akta Perindustrian Sekuriti (SIA) kerana membuat kenyataan palsu kepada pelanggannya, MAIWP. Dia juga dituduh bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan kerana melakukan pecah amanah (CBT) kerana menggelapkan RM2 juta milik MAIWP berhubung dengan transaksi saham-saham PDB tersebut.

Nik Aziz Nik Mohd Amin, bekas akauntan MAIWP, dituduh bersubahat dengan Haron bawah Seksyen 87A SIA dan Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 109 Kanun Keseksaan. Dia juga didakwa bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan kerana menerima RM130,000 tanpa pertimbangan daripada Haron pada masa menjalankan tugasnya sebagai penjawat awam dengan MAIWP.

Pada 29 Julai 2002, Mahkamah Sesyen menjatuhi hukuman tiga tahun penjara ke atas Haron, dan denda sebanyak RM1 juta (atau dua tahun penjara) bagi kesalahan bawah SIA dan empat tahun penjara dan dua sebatan kerana melakukan CBT. Nik Aziz menerima hukuman yang sama bagi kesalahan bawah SIA dan CBT, dan dua tahun penjara berhubung dengan pertuduhan bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan. Rayuan mereka telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada 24 Ogos 2005.

Hari ini, Mahkamah Rayuan mengekalkan kedua-dua sabitan dan hukuman yang dikenakan oleh Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi ke atas Haron. Mahkamah Rayuan turut mengekalkan sabitan dan hukuman bagi kesalahan CBT dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan ke atas Nik Aziz tetapi membebaskannya daripada tuduhan bersubahat dengan Haron dalam membuat kenyataan palsu. Mahkamah juga mengetepikan hukuman sebat memandangkan Nik Aziz kini berusia 50 tahun. Semua hukuman diperintahkan supaya berjalan serentak.

Pendakwaan ke atas Haron Jambari dan Nik Aziz Nik Mohd Amin dalam tahun 1995 merupakan kes pertama bawah Seksyen 87A SIA yang dibawa oleh SC. Ia juga merupakan kes pertama, pada tahun 2002, yang SC berjaya, selepas sabitan, memperoleh hukuman penjara bawah seksyen tersebut.

Ini merupakan kes pertama yang pendakwaannya dibuat secara bersama oleh SC dan Pejabat Peguam Negara pada tahun 1995, ekoran daripada siasatan yang dijalankan oleh SC, pihak polis dan Biro Pencegahan Rasuah. Kerjasama antara agensi itu berterusan sehingga kini.

Semua penggiat pasaran mempunyai peranan penting dalam mendukung integriti pasaran. Jika terdapat bukti yang mencukupi mengenai salah laku profesional atau lainnya, SC akan mengambil tindakan yang sewajarnya.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup