Bengkel Pasaran Islam SIDC Yang Pertama

Pakar bertemu untuk Mempromosi Pembangunan Modal Insan Pasaran Modal Islam

Kuala Lumpur, 23 Jun 2006

Pusat Perkembangan Industri Sekuriti (SIDC), bahagian latihan dan pendidikan Suruhanjaya Sekuriti (SC), akan menganjurkan program latihan menyeluruh mengenai pasaran modal Islam dari 10-14 Julai 2006 di Bangunan SC di Kuala Lumpur.

Bengkel yang julung kalinya diadakan tersebut bertajuk "Program Pasaran Islam" mengguna pakai format pembelajaran progresif dan akan membolehkan pakar dan para peserta mengetahui dengan lebih dekat trend dan perkembangan terkini, dan mempertingkat pengetahuan mereka mengenai produk dan perkhidmatan baru dalam rangkaian aplikasi dan inovasi niaga Islam antarabangsa yang semakin meluas. Dr Mohd Daud Bakar, ahli Majlis Penasihat Syariah SC dan Presiden International Institute of Islamic Finance Inc. (IIIF) merupakan prinsipal program tersebut.

Program tahap tinggi ini bertujuan mempromosikan pemindahan pengetahuan dan perkongsian kepakaran oleh para profesional pasaran yang mahir. Menyumbang ke arah pembangunan modal insan dalam pasaran modal Islam. Program tersebut adalah tepat pada masanya memandangkan pasaran modal Islam yang berkembang dengan pantas yang telah muncul sebagai bidang pertumbuhan penting yang menawarkan pelbagai produk yang semakin diterima, infrastruktur, institusi, pengantara dan pelabur.

Pengantara pasaran, perunding, penerbit, jurustrategi pelaburan, para profesional pasaran saham, eksekutif kewangan kanan, pelabur institusi, syarikat pembiayaan, pengawal selia pasaran sekuriti, bursa, wakil kerajaan serta ahli akademik akan berpeluang meraih manfaat penuh daripada bengkel ini.

Bengkel ini merupakan akreditasi CPE SIDC dan membawa 10 mata CPE. Untuk butiran lanjut program, maklumat dan pendaftaran, sila hubungi Khidmat Korporat SIDC di talian - 6204 8667.

PUSAT PERKEMBANGAN INDUSTRI SEKURITI

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup